29/11/2025
๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ข ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐ข๐ญ๐
Dalam setiap perjalanan saya di Sabah, dari kampung ke kampung, dari PDM ke PDM.. saya melihat wajah rakyat yang sabar, tabah dan penuh hasrat.. Impian yang tidak pernah padam, meskipun diuji pelbagai kekurangan dan kesulitan.
Ada waktu, kita diuji.. Ada masa, langkah kita disalah tafsir.. Ada hari di mana penat terasa lebih berat daripada biasa.. Namun setiap kali saya berjumpa rakyat Sabahโฆ setiap kali saya melihat masa depan anak-anak kecil negeri iniโฆ hati saya kembali kuat.
Kerana perjuangan ini bukan tentang saya..
Ia tentang agama yang perlu dipelihara,
Tentang bangsa yang perlu dibina,
Tentang negeri yang mesti dimajukan untuk kemakmuran bersama.
Hari ini, segala usaha telah dilaksanakan..
Kita sudah bergerak sedaya yang mampu..
Selebihnya, saya serahkan kepada Allah SWT,
Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati dan niat perjuangan ini.
Semoga setiap langkah yang diambil, setiap salam yang disambut, setiap doa yang dititipkanโฆ menjadi saksi bahawa perjuangan parti ini ikhlas untuk rakyat Sabah yang saya sayangi.
Moga Allah menentukan yang terbaik.
๐๐๐ฆ๐ข ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ,
๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐๐๐ก,
๐๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐ค๐ข๐ญ๐.