Wheels & Kicks

  • Home
  • Wheels & Kicks

Wheels & Kicks Dari TAPAK ke JALAN. Kereta. Kasut. Lifestyle.

KERETA: BUKAN SEKADAR DARI "A" ke "B"Bagi orang luar, kereta ni cuma alat. Masuk, start, tekan minyak, sampai destinasi....
17/12/2025

KERETA: BUKAN SEKADAR DARI "A" ke "B"

Bagi orang luar, kereta ni cuma alat. Masuk, start, tekan minyak, sampai destinasi. Habis cerita.
Tapi bagi orang yang hidup dalam dunia automotif, cerita dia jauh lebih panjang daripada tu.

Kereta ni emosi.
Dia boleh jadi hadiah pertama lepas kerja keras bertahun-tahun.
Dia boleh jadi saksi susah senang—hujan panas, OT malam-malam, drive jauh balik kampung.
Ada juga yang jadikan kereta ni identiti. Cara kau jaga, cara kau drive, cara kau setup—semua tu cerminan diri kau.

Sebab tu bila orang cakap, “alah kereta lama je,” aku senyum je.
Kereta lama ke baru bukan ukuran. Yang penting, kau faham apa yang kau pakai.
Kau tau karakter enjin dia.
Kau tau perangai gearbox dia.
Kau tau bila masa sesuai tekan, bila masa kena berhemah.

Dalam dunia sekarang, ramai nak kereta laju.
Tapi tak ramai nak belajar kenapa kereta tu laju.
Ramai nak nampak cantik di luar, tapi lupa asas keselamatan, penjagaan, dan ilmu.

Aku selalu pesan—tak kisah kau drive Myvi, Civic, BMW, atau pickup.
Asalkan kau bertanggungjawab dengan pilihan kau.
Kau jaga kereta tu elok-elok.
Dan paling penting, kau faham apa yang kau tekan.

Sebab bila kau tekan tanpa ilmu, kau bukan je tanggung kereta…
kau tanggung risiko.

Dan dalam dunia automotif, satu benda yang sentiasa relevan:
Kau tekan, kau tanggung.

12/12/2025

Mesin German. Stage 3. 🔥🔥🔥

11/12/2025

Seronok layan kawan-kawan umur bawah pada kita ni sebenarnya. Dah korang mintak pelik-pelik, aku layankan je. 😂

10/12/2025

ISUZU DMAX iTEQ 2012. Hensmes! 😎

T.K.O.Jarang aku nak menulis mengenai isu-isu yang tengah viral ni sebab luar bidang pengetahuan aku, tapi yang ni aku b...
10/12/2025

T.K.O.

Jarang aku nak menulis mengenai isu-isu yang tengah viral ni sebab luar bidang pengetahuan aku, tapi yang ni aku boleh tulis.

Ramai netizen yang cakap kanda ni sembang la, kayu la, macam-macam lagi la. Tak baik tau korang, dia dah cuba so embrace la sikit usaha yang dia bagi tu, walaupun tu usaha dia nak marketingkan Warzone ni. Hahahaha. Bukan semua orang boleh naik ring, bak kata Muay Thai atlet kita si Jojo. Hardcore punye fighter atlet memang akan berbulu dengan event macam ni, bukan sebab dorang sombong tapi sebab dorang sayangkan combat sport ni.

Combat sport ni ada ethics, rules dan yang paling penting ada disiplin yang sangat-sangat strict. Ada banyak keringat, masa dan macam-macam lagi yang perlu dikorbankan untuk meletakkan satu-satu individu atas pentas combat sport ni. Sebab tu Jojo berbulu, korang jangan marah Jojo.

Untuk side kanda pulak, apa yang aku boleh ulas ialah kanda memang takde stamina. Senang cakap pancit la, kalau orang pahang cakap "bonk". Hahahaha. Tapi bukan satu tu je flaw yang nampak pada kanda, jelas nampak yang kanda kurang buat cover up, dia betul-betul tadah je muka dia kasi Yunus sebat. Sebab apa? Sebab dia pandang rendah pada lawan dia, sebab dia terlalu eager nak henyak lawan dia sampai dia yang kena henyak. Hahahaha.

Sebab tu kita kena selalu ingat pesan orang-orang lama. Baik bawak resmi padi, dari bawak resmi lalang. Apa yang aku selalu letak dalam kepala dulu masa masuk gelanggang, jangan fikir apa yang kita boleh buat pada orang, tapi selalu lah fikir apa yang orang boleh buat pada kita.

Sekian dulu dari aku, ex fighter yang boroi. Wa bukan fighter, wa lover. 🙈

30/09/2025

“Triton VGT Adventure 2015 Modified – Ready untuk Onroad & Offroad 🔥”
✅ Enjin 2.5 Turbo Diesel – power padu
✅ 4x4 siap jalan jauh & offroad
✅ Body lift + sport rim & tayar besar
✅ Barang modified semua on 🔥

Kereta jaga rapi, condition tiptop. Sesuai untuk family, kerja berat & kaki adventure.

💰 Harga menarik, terus boleh pakai!
📍 Lokasi: Kuantan
📞 Call/WhatsApp: 0139920289

"MANA SATU KORANG PILIH?"Kalau kau ada RM70k sekarang, kau pilih:👉 Myvi baru full spec👉 Civic 2017 2nd handMana pilihan ...
23/08/2025

"MANA SATU KORANG PILIH?"
Kalau kau ada RM70k sekarang, kau pilih:
👉 Myvi baru full spec
👉 Civic 2017 2nd hand
Mana pilihan korang? 😁

🛻 STOK BARU MASUK 🛻Yo geng! Wali Jual Kereta sini – kau tekan, kau tanggung! Hari ni kita layan pickup jantan, Nissan Na...
22/08/2025

🛻 STOK BARU MASUK 🛻
Yo geng! Wali Jual Kereta sini – kau tekan, kau tanggung! Hari ni kita layan pickup jantan, Nissan Navara 2.5 SE tahun 2019!
Nampak rugged, maskulin. Grille chrome, lampu projector, rim standard tapi steady. Pickup ni kalau bawak gi pasar, 3 peti ayam confirm masuk Interior simple tapi practical. Fabric seat, aircond dia sejuk tahap Genting malam-malam. Ruang kaki pun luas, belakang selesa duduk.
Pickup ni pakai enjin 2.5 turbodiesel YD25. 188hp, 450Nm torque – cukup untuk tarik kayu balak, muat sawit, atau tarik hati bakal mentua sekali. 😂 7-speed auto, ada 4x4 mode, memang steady Pickup ni sesuai kerja kebun, bisnes, atau orang bandar nak nampak garang. Safety ada ABS, EBD, 2 airbags – cukup untuk kerja harian.
Bila drive, rasa dia keras sikit tapi stabil. Jangan try corner macam bawa Silvia, kang pickup jadi kapal layar. ⛵🤣 So Navara SE 2019 ni balance – harga mesra poket, power ada, maintenance senang. Kalau kau tengah cari pickup, roger aku, 🚘🔥 Kau tekan, kau tanggung!”
👉 Nak test drive, PM aku.

26/07/2025

Review Honda City E tahun 2015 gais.

PERODUA MYVI 1.5 SE 2017 - Si Kecil Tapi PowerKalau sembang pasal kereta tempatan yang memang jadi kegemaran rakyat Mala...
18/07/2025

PERODUA MYVI 1.5 SE 2017 - Si Kecil Tapi Power

Kalau sembang pasal kereta tempatan yang memang jadi kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi confirm top 3. Tapi hari ni kita nak fokus pada Myvi 1.5 SE tahun 2017 – model sebelum keluar Myvi generasi baru yang sekarang ni banyak atas jalan.

1. Reka Bentuk – Simple Tapi Sporty

Myvi 2017 ni memang tak ada rupa ‘nak berlumba’ sangat, tapi untuk versi 1.5 SE, dia bagi vibe lebih sporty sikit berbanding model standard. Ada bodykit kilang, rim 14 inci alloy, dan lampu projector headlamp depan. Bumper dia pun nampak lebih garang sikit.

Kalau tengok warna-warna yang dia keluar masa tu – ada merah chili, biru elektrik, putih solid – semua nampak “pop” atas jalan.

2. Enjin 1.5L – Tak Kecik Hati, Tak Kecik Tenaga

Walaupun orang s**a bahan Myvi sebab selalu potong lane tanpa signal, tapi hakikatnya enjin dia memang responsive dan tahan lasak. Myvi SE ni datang dengan enjin 1.5L DOHC DVVT-i – sama macam Toyota Avanza dan Perodua Alza.

Kuasa dia lebih kurang 102 hp dan 136 Nm torque. Untuk kereta kecil berat bawah 1000kg, memang cukup untuk pickup masa nak potong lori atau nak cepat lepas lampu isyarat.

Dan paling best – jimat minyak. Ramai user report boleh dapat 13-15km/l dengan pemanduan biasa. Kalau bawak steady highway, boleh pergi lebih jauh.

3. Dalam Ruang – Kecik Di Luar, Luas Di Dalam

Jangan tertipu dengan saiz luar Myvi ni. Dalam dia luas gila untuk kereta segmen B. Ruang kaki belakang pun selesa untuk orang dewasa. Bonet belakang pun boleh tahan, muat dua bag besar kalau nak jalan jauh.

Seat pun jenis separa bucket, dengan jahitan merah (untuk SE), nampak sporty dan selesa. Dashboard dia simple tapi lengkap – radio, Bluetooth, USB, dan juga meter kluster yang senang baca.

4. Fungsi Keselamatan – Lebih Dari Sekadar ‘Kereta Murah’

Myvi SE 2017 datang dengan ABS, EBD, dan 2 airbags. Memang tak fancy macam Myvi 2024 sekarang yang ada A.S.A, tapi untuk tahun 2017, dia dah cukup lengkap. Yang penting, struktur badan dia guna reinforced frame (body structure) untuk kurangkan impak kalau berlaku perlanggaran.

🔥 Fun Fact:

Myvi pernah mendapat gelaran “King” oleh rakyat Malaysia, bukan sebab dia mahal, tapi sebab praktikal, tahan lasak dan value for money. Kalau dalam kereta ada 4 orang kawan, semua tahu: “Kau bawak Myvi je bro, confirm sampai mana-mana.”

Dan tahu tak? Myvi generasi kedua (macam model SE 2017 ni) pernah jadi kereta paling banyak dijual di Malaysia selama beberapa tahun berturut-turut.



Kenapa Myvi SE 2017 Masih Power Sampai Sekarang?

✅ Harga secondhand dah stabil – sekitar RM30k - RM40k bergantung kondisi
✅ Maintenance murah, sparepart senang cari
✅ Enjin tahan, boleh tahan sampai beratus ribu KM
✅ Sesuai untuk daily use, student, mak ayah, peniaga, semua pun boleh



Kesimpulan: Siapa Sesuai Pakai Myvi 1.5 SE 2017?
• Orang muda yang nak kereta first
• Mak ayah yang nak hantar anak sekolah
• Rider atau peniaga online yang nak jimat minyak
• Sesiapa yang nak kereta jimat tapi masih bergaya

Kalau kau tengah cari kereta yang jimat, ringkas, tapi tak nampak boring, Myvi 1.5 SE 2017 ni memang pilihan bijak. Dia bukan setakat ikon jalanan, tapi dia “King of the Road” versi ekonomi.

Ingat, bawak Myvi bukan sebab tak mampu kereta besar, tapi sebab nak bijak berbelanja. Nak beli ni, roger-roger abang ye. 🤣

“Kau tekan, kau tanggung!” 😎💨

Address

Lot 133 L, Jalan Semambu

25350

Telephone

01126937300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wheels & Kicks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wheels & Kicks:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share