20/10/2025
FESTIVAL KRAF BORNEO SARAWAK KEMBALI LAGI!!
Orang ramai dijemput hadir ke Festival Kraf Borneo Sarawak 2025 bersempena Sarawak Regatta - Kuching Waterfront Festival pada tarikh 24 Oktober 2025 hingga 2 November 2025 bertempat di Kuching Waterfront.
Festival ini menghimpunkan lebih daripada 90 usahawan kraf terutamanya dari Sarawak dan Sabah. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik diadakan seperti jualan kraf, jualan komuniti kraf, demonstrasi kraf, pengembangan ilmu, pameran kraf dan banyak lagi.
Juh datang rami-rami ke Festival Kraf Borneo Sarawak!