11/05/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐.
Hari Ibu ialah hari istimewa yang telah ditetapkan untuk memberi tumpuan, meraikan dan menghormati ibu dan tokoh ibu atas segala jasa yang telah mereka lakukan. Ia adalah hari yang dianjurkan agar orang ramai menunjukkan rasa terima kasih kepada tokoh ibu dan ibu-ibu di seluruh dunia atas pengorbanan mereka. Perayaan Hari Ibu ini mempunyai tarikh yang berbeza di seluruh dunia tetapi semuanya adalah bertumpu kepada penghargaan terhadap ibu.
Hari Ibu di seluruh dunia jatuh pada tarikh yang berbeza pada masa yang berbeza dalam setahun. Sebahagian daripada mereka mengikuti tarikh rasmi Hari Ibu yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad kedua bulan Mei, manakala sesetengah negara mempunyai cuti dan perayaan tradisional mereka sendiri yang kini juga disebut sebagai Hari Ibu. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui tarikh Hari Ibu 2025 bagi membantu anda membuat persediaan istimewa buat ibu anda.
Banyak negara mempunyai tradisi mereka sendiri untuk meraikan orang penting seperti ibu yang pada pendapat orang ramai tetap menggelarnya sebagai 'Hari Ibu'. Berikut adalah perbezaan sambutan Hari Ibu di pelbagai tempat di seluruh dunia:
United Kingdom (UK)
Di United Kingdom (UK), Hari Ibu berlangsung pada hari yang sama dengan hari Ahad Keibuan (Mothering Sunday) mengikut ajaran tradisional Kristian. Ini berlaku pada hari Ahad keempat semasa tempoh Kristian โLentโ iaitu masa persiapan, penyucian, renungan/refleksi diri dan memohon pengampunan. Mengikut tradisi lama pada hari Ahad Keibuan ini anak-anak akan melawat gereja tempat mereka dibaptiskan atau gereja mereka semasa kanak-kanak. Oleh sebab itu, tarikh Hari Ibu akan berubah pada setiap tahun mengikut kalendar Kristian. Walaubagaimanapun kini, ia tidak lagi dianggap sebagai perayaan keagamaan kesan Pemodenan.
Kini di United Kingdom, Hari Ibu adalah dikhaskan untuk meraikan ibu. Selalunya mereka akan menghantar bunga, kad dan kanak-kanak akan membuat kad, hadiah kenang-kenangan dan membuat kejutan kepada ibu masing-masing.
Amerika Syarikat
Penduduk Amerika meraikan Hari Ibu pada tarikh yang paling pop**ar di seluruh dunia iaitu hari Ahad kedua pada bulan Mei. Hari Ibu moden ini diketahui umum kerana ia sebenarnya berasal dari Amerika yang diilhamkan oleh Anna Jarvis pada tahun 1907. Beliau telah berkempen untuk mengangkat satu hari sebagai hari untuk meraikan ibu sebagai penghormatan kepada ibunya sendiri, yang telah meninggal dunia pada tahun 1905 yang banyak berjasa kepada negara sebagai aktivis. Kempennya berterusan sehinggalah pada tahun 1911 apabila โMother's Dayโ diumumkan sebagai hari cuti umum yang diiktiraf di setiap negeri di Amerika Syarikat.
Hari Ibu semakin pop**ar dan tradisi membeli bunga dan hadiah menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Anna Jarvis membantah perubahan ini, kerana beliau merasakan cuti umum ini telah berubah dan bertumpu kepada mencari keuntungan oleh beberapa pihak berbanding sentimen untuk menghargai jasa ibu. Selepas berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Hari Ibu, beliau kemudian berkempen menentang perayaan ini sepanjang hayatnya.
Mexico
Di Mexico, โDรญa de las Madresโ iaitu Hari Ibu disambut pada 10 Mei setiap tahun. Ia merupakan acara yang besar-besaran hanya untuk meraikan ibu. Keluarga akan berkumpul untuk meraikan dengan memainkan muzik, jamuan makan dan menghadiahkan bunga untuk ibu-ibu.
Kini, ramai yang meraikannya dengan mengupah kump**an muzik dan memainkan lagu untuk ibu mereka. Pada waktu malam, ia merupakan hari yang penuh dengan makanan dan dinikmati bersama keluarga. Hari Ibu ialah antara hari yang paling sibuk dalam setahun untuk kebanyakan restoran di Mexico!
Thailand
Di Thailand, Hari Ibu disambut pada 12 Ogos kerana tarikh ini merupakan hari lahir permaisuri mereka - Permaisuri Sirikit. Ia pertama kali disambut pada tahun 1976, kerana Ratu Sirikit dilihat sebagai ibu negara mereka. Sambutan Hari Ibu di sini adalah untuk meraikan kerja amal ratu mereka yang sentiasa menyokong rakyat negaranya juga sebagai menghormati semua ibu di seluruh negara tersebut. Antara tradisi menarik adalah kanak-kanak melibatkan diri dengan menderma kepada sami dan membuat pelbagai amal kebajikan untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka.
Ia diumumkan sebagai cuti kebangsaan dan antara acara yang pop**ar termasuklah perarakan kereta berhias, bunga api dan jamuan makan. Anda akan sering melihat hiasan bendera dan gambar Ratu Sirikit semasa Hari Ibu diraikan di Thailand. Satu lagi tradisi unik mereka adalah, kanak-kanak akan menghadiahkan ibu mereka dengan bunga melati, yang merupakan simbol kesucian kasih sayang seorang ibu.
Jepun
Di Jepun, Hari Ibu pada asalnya disambut pada 6 Mac kerana ia merupakan hari lahir Maharani Kลjun. Walau bagaimanapun, pada tahun 1949 ia telah ditukar kepada Ahad kedua pada bulan Mei sejajar dengan tarikh umum untuk sambutan Hari Ibu di seluruh dunia. Bunga Teluki merah iaitu โRed Carnationโ ialah bunga yang paling pop**ar untuk diberikan kepada ibu-ibu pada Hari Ibu di Jepun.
Malaysia
Di Malaysia, Hari Ibu juga disambut sebagai penghormatan tambahan atas jasa ibu dengan memberikan hadiah, bunga dan sebagainya. Kedudukan ibu sangat mulia di sisi masyarakat Malaysia dan menganggap bahawa setiap hari adalah hari untuk meraikan ibu bapa dan cuba untuk membalas jasa mereka dengan seikhlas hati. Pada hari ini orang ramai disarankan untuk mengambil peluang untuk berkumpul dan mengeratkan silaturrahim antara anak dan ibu bapa serta sesama adik-beradik dan juga ahli keluarga yang lain.
Dikesempatan Ini, Padawan Cosmo - PC , ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat Semua yang bergelar Ibu dan Khasnya, buat Warga Padawan. Selamat Hari Ibu.
Kredit Web Twinkl USA
Sedikit Kata - kata dari Admin.
Kali pertama Ibu menangis untuk mu, ketika melahirkan mu. Jadi, jangan biarkan tangisan nya berulang kerana keras Hati mu.
Setitis air mata Ibu menitis, boleh jadi Sekawah minyak Api Neraka buat mu anak
Jangan Sampai kena Goreng.๐ฅด
-PC
.