14/08/2026
Dari Pesaing Jadi Pemimpin Sarawak: Kisah Abang Johari & Adenan Satem
Pada 29 Ogos 1998 di One Hotel Santubong Kuching Resort, berlangsungnya antara pemilihan paling diingat dalam sejarah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Gambar tok merakam duak tokoh besar Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggau Pehin Sri Adenan Satem, yang pernah berentap merebut jawatan Timbalan Presiden PBB bagi kuota Parti Bumiputera.
Masa ya, pertandingan tok jadi perhatian sebab PBB lebih dikenali dengan budaya muafakat dalam pemilihan kepimpinan. Sebab ya, pertandingan untuk jawatan kanan parti dianggap sigek detik yang cukup penting dalam sejarah PBB.
Tiga calon bertanding dalam pemilihan ya:
* Abang Johari Tun Openg-373 undi
* Adenan Satem –268 undi
* Abang Abu Bakar Abang Mustapha –27 undi
Abang Johari menang dengan kelebihan 105 undi mengalahkan Tok Nan masa ya, sekali gus mengukuhkan kedudukan beliau sebagai antara pemimpin utama dalam PBB serta membuka laluan ke arah kepimpinan tertinggi parti.
Walaupun tewas dalam pemilihan ya, pengaruh Adenan s*k pernah luntur. Beliau terus diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting dalam parti serta memainkan peranan besar dalam pentadbiran negeri ketika zaman Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Lepas pemilihan ya, hubungan keduak-duak tokoh tok tetap bait. Abang Johari pernah nyebut pertandingan ya sebagai "urusan keluarga", malah nganggap Adenan sebagai "abang", menunjukkan semangat perpaduan dalam PBB tetap diutamakan walaupun pernah bersaing.
Beberapa tahun kemudian, perjalanan politik keduak-duak pemimpin tok bertemu di puncak kepimpinan Sarawak.
Pada tahun 2014, Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima, menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau memimpin negeri sehingga menghembuskan nafas terakhir pada Januari 2017.
Selepas pemergian Adenan, 13 Januari 2017, Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam. Kemudian pada tahun 2022, jawatan Ketua Menteri ditukar kepada Premier Sarawak selepas pindaan Perlembagaan Negeri.
Jadi, gambar tok bukan jak gambar duak orang ahli politik. Gambar tok melambangkan perjalanan duak pemimpin besar yang pernah bersaing dalam parti, tetapi akhirnya sama-sama mencorakkan hala tuju pembangunan Sarawak secara bergilir-gilir.
1998 – Pesaing merebut jawatan Timbalan Presiden PBB.
2014 – Adenan jadi Ketua Menteri Sarawak.
2017– Abang Johari menyambung legasi sebagai Ketua Menteri, sebelum bergelar Premier Sarawak.
Dari pesaing dalam parti hingga menjadi pemimpin berturut-turut negeri, kisah keduak-duak tokoh tok kekal sebagai antara bab paling bersejarah dalam politik moden Sarawak.
THE TWO LEGENDS
Duak tokoh politik. Satu persaingan bersejarah. Dua pemimpin yang meneruskan legasi Sarawak.
Abang Johari Tun Openg & Adenan Satem, nama yang akan terus dikenang dalam sejarah PBB dan bumi Kenyalang.