31/05/2026
Salah satu pengalaman yang wajib cuba bila ke Korea ialah memakai Hanbok.
Hanbok ialah pakaian tradisional Korea yang telah digunakan sejak ratusan tahun. Untuk wanita, ia biasanya terdiri daripada jeogori (baju atas) dan chima (skirt), manakala lelaki p**a memakai jeogori dan baji (seluar tradisional).
Pada zaman dahulu, jenis kain, warna dan corak Hanbok boleh mencerminkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Hari ini p**a, Hanbok menjadi simbol budaya Korea dan masih dipakai semasa perkahwinan, perayaan tradisional serta acara kebudayaan.
Bila berjalan di sekitar Gyeongbokgung dengan memakai Hanbok, suasananya memang berbeza. Rasa macam kembali ke zaman Dinasti Joseon walaupun hanya untuk beberapa jam.
Kadang-kadang, travel bukan sekadar melihat tempat. Tetapi merasai budaya yang membentuk tempat itu.