BBcats

BBcats The official page of CATS FM Newsroom (BBcats)

MERADONG - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun selepas diperc...
03/10/2026

MERADONG - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun selepas dipercayai memiliki 23 paket dadah jenis Methamphetamine dalam serbuan di Bintangor, petang Jumaat, 2 Oktober.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering memaklumkan, serbuan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Sing Hiong kira-kira jam 5.20 petang.

Pemeriksaan menemui 23 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki Syabu di dalam sebuah beg kecil merah di atas meja.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, namun ujian saringan air kencing didapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menghubungi Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.

Sumber: Kenyataan Media KPD Meradong DSP Tansli Mering

Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 41 tahun yang disyaki mencuri kabel di Kampung Siol Kandis, Petra J...
03/10/2026

Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 41 tahun yang disyaki mencuri kabel di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, pada Jumaat, 2 Oktober.

Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati positif dadah, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Berita penuh link di bawah:
https://www.catsfm.my/trendings/bilik-berita-cats/4630

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) memperketat proses tapisan dan garis panduan promosi susulan isu penggunaa...
03/10/2026

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) memperketat proses tapisan dan garis panduan promosi susulan isu penggunaan nama ‘Kumang’ dan ‘Keling’ bagi haiwan ternakan.

DVSS menghentikan penggunaan kedua-dua nama tersebut serta-merta, selain menarik balik dan memperbetulkan bahan paparan berkaitan.

Berita penuh link di bawah:
https://www.catsfm.my/trendings/bilik-berita-cats/4629

03/10/2026

KUCHING – Festival WAK 2026 menyediakan sekitar 400 acara dan aktiviti sepanjang bulan Oktober ini, sekali gus memberi ruang kepada komuniti terutama golongan muda mengetengahkan bakat masing-masing.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merangkumi makanan, hiburan, seni, budaya, muzik dan pelbagai aktiviti kreatif.

Katanya, penganjuran WAK sepanjang sebulan turut membolehkan pengunjung memilih pelbagai program mengikut minat, dengan aktiviti berlangsung di banyak lokasi di Kuching.

Ujarnya, kejayaan WAK turut membuktikan hasil kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti dalam menghidupkan ekosistem kreatif di bandar raya itu.

Beliau berkata, penganjuran WAK bersama beberapa acara lain sepanjang Oktober menjadikan Kuching lebih meriah, selain berpotensi menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya berkenaan.

Datuk Seri Abdul Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Festival WAK Edisi Ke-8 di Kuching, hari ini.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri mengeluarkan 20 saman dan menahan seorang wanita berusia 59 tahun s...
03/10/2026

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri mengeluarkan 20 saman dan menahan seorang wanita berusia 59 tahun selepas didapati memandu dengan kandungan alkohol dalam badan menerusi Op Mabuk di Jalan Miri-Airport.

Berita penuh link di bawah:
https://www.catsfm.my/trendings/bilik-berita-cats/4628

KUCHING – Festival WAK edisi ke-8 tahun ini tampil dengan kelainan apabila buat pertama kalinya menganjurkan acara komed...
03/10/2026

KUCHING – Festival WAK edisi ke-8 tahun ini tampil dengan kelainan apabila buat pertama kalinya menganjurkan acara komedi antarabangsa.

Pengarah Festival WAK, Donald Tan berkata, acara komedi selama seminggu itu memberi dimensi baharu kepada festival yang sebelum ini lebih sinonim dengan muzik, seni, kraf dan industri kreatif.

Menurutnya, konsep WAK yang bersifat akses terbuka membolehkan kandungan festival berubah dan berkembang setiap tahun mengikut idea serta penyertaan komuniti.

Beliau berkata, selain komedi, WAK edisi kelapan terus menampilkan pelbagai program berkaitan muzik, seni, kraf dan industri kreatif, namun dengan kelainan tersendiri.

Ujarnya, pendekatan itu menjadikan setiap edisi WAK berbeza dan terus berkembang seiring kreativiti komuniti Sarawak.

Donald berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival WAK edisi Ke-8 di Kuching, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan belanjawan negeri 2027 akan menyentuh isu...
03/10/2026

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan belanjawan negeri 2027 akan menyentuh isu tarif elektrik, hala tuju ekonomi dan kedudukan hasil negeri, selain menegaskan komitmen mempertahankan hak minyak dan gas Sarawak di bawah MA63 serta menyalurkan hasil negeri untuk pembangunan rakyat.

Berita penuh link di bawah:
https://www.catsfm.my/trendings/bilik-berita-cats/4627

KUCHING – Sokongan berterusan Kerajaan Sarawak menjadi pemangkin kepada perkembangan Festival WAK sebagai platform utama...
03/10/2026

KUCHING – Sokongan berterusan Kerajaan Sarawak menjadi pemangkin kepada perkembangan Festival WAK sebagai platform utama komuniti kreatif negeri.

Pengarah Festival WAK, Donald Tan berkata, sokongan melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, pihak berkuasa tempatan serta agensi kerajaan membolehkan festival itu terus berkembang sejak diperkenalkan pada 2017.

Katanya, komitmen berkenaan bukan hanya terhadap WAK, tetapi turut merangkumi keseluruhan ekosistem seni dan budaya.

Berucap pada Majlis Pelancaran Festival WAK edisi Ke-8 di Kuching hari ini, beliau berkata keyakinan yang diberikan kerajaan negeri turut menjadi tanggungjawab untuk memastikan WAK terus membuka ruang kepada artis, pemuzik, pereka, usahawan dan bakat baharu.

Tambah Donald, WAK kini mahu terus memperkukuh kerjasama seluruh komuniti kreatif bagi menghasilkan impak lebih besar kepada Sarawak.

Majlis pelancaran festival itu disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SIBU – Dua individu maut manakala seorang cedera  dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Dudong, Kanowit-Ju...
03/10/2026

SIBU – Dua individu maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Dudong, Kanowit-Julau, petang tadi.

Kemalangan kira-kira jam 4.15 petang itu membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza dan kenderaan pacuan empat roda.

Dua mangsa dalam kereta Bezza, masing-masing lelaki berusia 52 tahun dan wanita berusia 49 tahun, disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Sementara itu, lima individu yang menaiki pacuan empat roda dengan seorang wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lelaki serta tiga kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa menerima rawatan awal daripada KKM di lokasi kejadian.

Sumber: Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak

KUCHING - Kerajaan Sarawak menyokong usaha memperluaskan Festival WAK ke Bintulu dan kawasan lain di negeri ini, sebagai...
03/10/2026

KUCHING - Kerajaan Sarawak menyokong usaha memperluaskan Festival WAK ke Bintulu dan kawasan lain di negeri ini, sebagai langkah memperkukuh jaringan industri kreatif Sarawak.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peluasan WAK mampu mewujudkan rangkaian festival kreatif di seluruh Sarawak, dengan setiap kawasan mengetengahkan identiti dan potensi komuniti masing-masing.

Berucap ketika melancarkan Festival WAK edisi ke-8 di Kuching, hari ini, beliau berkata WAK yang bermula di Kuching pada 2017 kini berkembang ke Sibu dan Miri, yang masing-masing memasuki edisi ketiga.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan WAK mampu menjadi platform yang menghimpunkan penggiat seni, budaya, muzik, usahawan dan komuniti di seluruh Sarawak.

Katanya, peluasan WAK bukan sahaja memberi ruang kepada bakat tempatan, malah berpotensi menjana peluang ekonomi kepada penggiat kreatif, perniagaan, pengusaha acara serta sektor pelancongan.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pada masa sama, Datuk Patinggi Abang Johari menggesa sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan melihat sokongan terhadap WAK sebagai satu pelaburan dalam pembangunan bakat dan ekonomi kreatif Sarawak.

Beliau berharap WAK terus berkembang sebagai platform kreatif Sarawak yang mampu menembusi peringkat nasional, serantau dan antarabangsa, berteraskan semangat Segulai Sejalai.

Address

CATS FM
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BBcats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share