05/12/2025
Player to highlights, dari kacamata seorang jurugambar bola sepak yang banyak melihat kejohanan grassroots dan seumpamanya.
Saya tidak mempunyai info yang lengkap tentang pemain ini, serba sedikit apa yang saya tahu:
Nama panggilan: Chris
Umur: 15 tahun
Asal: Matunggong
Bersekolah: -
Bermain di posisi bek tengah pemain ini mempunyai pakej yang lengkap sebagai 'last bek' bukan saja kerana mempunyi ketinggian yang cukup dan fizikal yang baik tapi dalam permainan juga pemain ini sangat tenang selain kedengaran vocal didalam padang memberikan arahan kepad rakan-rakan dan apa yang lebih meyakinkan ialah kerana pemain ini jarang melakukan kesilapan dibarisan pertahanan.
Sebagai seorang pemain pertahanan, sepakan bola yang kuat dan kemas adalah satu kriteria wajib ada dan itulah tugas pemain ini setiap kali pasukan mendapat sepakan percuma iaitu melakukan hantaran kemas untuk rakan-rakan dihadapan. Pertarungn bola diudara boleh dikatakan adalah 'makanan' pemain ini kerana ketinggian yang dimiliki begitu sukar disaingi.
Dengan potensi dan kelebihan yang ada, mungkin kita akan lihat pemain ini menyarung jersi pasukan piala belia atau pasukan piala presiden Sabah setidaknya.
Semoga maju jaya buat pemain ini teruskan mengejar impian, setia kepad tuhan dan jangan cedera. Peluang cerah dihadapan.
Daripada admin: Dosrin Mosin