Media Dan Komunikasi Pru-17 2026

Media Dan Komunikasi Pru-17 2026 PROGRAM DAN JELAJAH

15/08/2026

Meraikan tahun pertama saya di Facebook. Terima kasih untuk sokongan anda yang berterusan. Saya tidak akan pernah membuatnya tanpa anda. πŸ™πŸ€—πŸŽ‰

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TITIAN MUHIBBAH MADANI BAKAL MERIAHKAN SK LANDUNG AYANGKUDAT, 12 Ogos 2026 – Program Titian Mu...
12/08/2026

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TITIAN MUHIBBAH MADANI BAKAL MERIAHKAN SK LANDUNG AYANG

KUDAT, 12 Ogos 2026 – Program Titian Muhibbah Madani akan dilancarkan dalam satu majlis yang bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian serta hubungan antara warga sekolah dan masyarakat menerusi penghayatan nilai-nilai Malaysia Madani.

Majlis berkenaan berlangsung pada Rabu, 12 Ogos 2026, jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Sambulyang, SK Landung Ayang, Kudat.
Program ini dianjurkan oleh Unit SISC+ Sejarah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat dengan kerjasama SK Landung Ayang dan SJKC Hwa Lian.

Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh Tuan Stefley Said (A.S.D.K.), Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.
Program Titian Muhibbah Madani dilihat sebagai satu wadah penting dalam membina jambatan perpaduan melalui penglibatan warga pendidikan, murid dan komuniti setempat, khususnya dalam meraikan kepelbagaian budaya serta memupuk semangat saling menghormati.
Penganjuran program ini juga selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu.



MESYUARAT BILANGAN 04/2026KEADILAN CABANG KUDATKUDAT, 8 Ogos 2026 – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kudat akan m...
08/08/2026

MESYUARAT BILANGAN 04/2026
KEADILAN CABANG KUDAT

KUDAT, 8 Ogos 2026 – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Kudat akan mengadakan Mesyuarat Bilangan 04/2026 pada jam 2.00 petang, bertempat di Pejabat Keadilan Rakyat Cabang P.167 Kudat.

Mesyuarat ini akan memberi tumpuan kepada beberapa agenda utama termasuk pendaftaran ahli jawatankuasa cabang, ucapan pengerusi serta pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan laporan aktiviti cabang serta laporan keahlian dan ranting cabang, di samping perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan dan gerak kerja organisasi.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Tuan Stefly Said, manakala beberapa agenda akan dikendalikan oleh Setiausaha Cabang dan Setiausaha Pengelola.
Mesyuarat kemudiannya akan diakhiri dengan ucapan penangguhan dan bersurai.

KEADILAN Cabang Kudat menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh pengurusan organisasi serta memastikan gerak kerja di peringkat cabang dan ranting dapat dilaksanakan dengan teratur.
Sekian, terima kasih.

27/04/2026

Coming soon......

Saya Stefly Said dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2026 kepada seluruh warga kudat...
31/12/2025

Saya Stefly Said dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2026 kepada seluruh warga kudat.semoga tahun 2026 memberi semangat dan azam yang baru demi memajukan dan memupuk semangat keharmonian bersama di dalam konsep kerajaan madani,rakyat disantuni.

Terbaik PMX menjawab persoalan isu semasa
09/11/2025

Terbaik PMX menjawab persoalan isu semasa




Lihat video MEDIA N4 TAJONG KAPOR.

Terbaik PMX menjawab tentang isu semasa yang dibangkitkan
09/11/2025

Terbaik PMX menjawab tentang isu semasa yang dibangkitkan



Lihat video MEDIA N4 TAJONG KAPOR.

06/11/2025

Lihat siaran MEDIA N4 TAJONG KAPOR.

Address

Pejabat Keadilan Kudat, Parti Keadilan Rakyat, Lot G1-2, 2ND Floor Block G, Friendly Town Phase 1, Mile 1, Lower Road
Kudat
89058

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Dan Komunikasi Pru-17 2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share