G-Hatt solution

G-Hatt solution Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from G-Hatt solution, Digital creator, 12, Jalan Keranji 1, Taman Keranji, Kulim.

✅ Restoration Topi (Baik pulih/segarkan semula)
✅ Cuci Kasut (basic cleaning/deep cleaning)
✅menjual barangan sukan/minyak wangi berjenama (dalam talian)
✅ejen hartanah
✅memperbaharui lesen kenderaan dan insuran
✅buyback gold/surat gadaian barang kemas

Mari² ….
13/08/2026

Mari² ….

08/08/2026
21/07/2026

Ya ALLAH, ya RAHMAN, ya RAHIM..
Kau LAKNATkan lah, manusia yang
bagaikan “kacang lupakan kulit”
seperti “melepaskan anjing tersepit”
umpama “harapkan pegar, pegar makan padi”
manusia yang ingkar janji, umpama si MUNAFIK
FAKKOF

Aku pernah berhenti berharap abang aku akan berubah. Tapi Allah rupanya tak pernah berhenti mendengar doa aku."Abang aku...
20/07/2026

Aku pernah berhenti berharap abang aku akan berubah. Tapi Allah rupanya tak pernah berhenti mendengar doa aku."

Abang aku bukan orang jahat.
Cuma hidup dia selalu lintang-pukang.
Setiap kali balik rumah, mesti ada bau rokok. Kadang-kadang datang tengah malam dengan mata merah. Kalau mak tegur, dia jawab kasar.
"Mak jangan sibuklah."

Aku nampak muka mak setiap kali kena herdik.
Mak diam.
Masuk dapur.
Kononnya nak basuh pinggan, tapi sebenarnya nak sorok air mata.
Yang paling sakit...
Setiap kali azan berkumandang, ayah akan pandang pintu bilik abang sekejap.
Lepas tu ayah pergi masjid seorang diri.
Tak pernah paksa.
Tak pernah marah.
Cuma setiap kali balik dari masjid, ayah akan letak satu kopiah baru atas meja ruang tamu.

Esoknya...
Kopiah tu masih di situ.
Berhabuk.
Bertahun-tahun macam tu.
Aku sendiri pernah rasa penat berharap.
Sampai satu malam, lepas dengar mak menangis perlahan dalam bilik, aku duduk sorang di tangga luar rumah.

Aku tengok langit.
Dalam hati cuma mampu berbisik...
"Ya Allah... aku dah tak tahu macam mana nak tolong dia. Kalau hati dia masih boleh disentuh, sentuhlah dengan cara yang paling dia mampu terima."

Lepas malam tu...
Aku dah tak tanya pasal solat dia.
Tak tegur pasal rokok.
Tak berharap apa-apa.
Beberapa bulan kemudian...
Ayah tiba-tiba dimasukkan ke hospital sebab serangan jantung ringan.

Hari pertama kami semua panik.
Tapi yang paling mengejutkan...
Abanglah orang pertama yang tidur atas kerusi plastik menemani ayah.
Dia mandikan ayah.
Suapkan makan.
Tolak kerusi roda ke surau hospital bila ayah nak solat.

Aku ingat semua tu sementara saja.
Bila ayah dah sihat nanti...
Abang akan kembali macam dulu.

Rupanya aku silap.
Selepas ayah keluar hospital...
Aku perasan setiap Subuh, pintu rumah berbunyi perlahan.
Aku intai dari tingkap.
Abang berjalan seorang diri ke surau.
Tanpa sesiapa suruh.
Tanpa sesiapa puji.

Sampai satu petang aku kemas almari ayah.
Aku jumpa satu sampul surat lama.
Atas sampul tu tertulis...
"Doa untuk anak lelaki aku. Jangan buka selagi aku masih hidup."

Ayah dah bagi izin kalau satu hari nanti kami jumpa surat itu.
Tangan aku menggigil membukanya.
Di dalam cuma ada beberapa helaian kertas.
Setiap helaian...
Tarikh yang berbeza.
Selama hampir 12 tahun.
Rupa-rupanya setiap kali lepas Subuh, ayah menulis nama abang.

Dan di bawahnya hanya satu ayat yang diulang berkali-kali.
"Ya Allah... jangan ambil nyawaku sebelum aku sempat melihat anakku kembali kepada-Mu."
Aku terus menangis.
Selama ni aku ingat aku seorang yang tak putus berdoa.
Rupanya ada seorang ayah...

Yang tidak pernah gagal menyebut nama anaknya setiap hari selama belasan tahun.
Baru aku faham...

Kadang-kadang hidayah bukan lambat.
Kita saja yang tak nampak berapa banyak air mata dan doa yang Allah sedang kumpulkan sebelum Dia memilih waktu paling indah untuk memakbulkannya.

Kalau hari ini masih ada ahli keluarga yang belum berubah... adakah kita masih sanggup terus menyebut nama mereka dalam doa, walaupun belum nampak apa-apa perubahan?

CnP

Dalam sukan sepak bola, kita bukanlah penentu kepada keputusan akhir. Kita hanya insan yang menyaksikan sebuah perjalana...
16/07/2026

Dalam sukan sepak bola, kita bukanlah penentu kepada keputusan akhir. Kita hanya insan yang menyaksikan sebuah perjalanan — penuh dengan usaha, strategi, emosi dan seni yang dipersembahkan oleh para pemain.

Kita berhak memberi kritikan, tetapi biarlah dengan fikiran yang tenang dan hati yang terbuka. Tidak menyokong sesuatu pasukan bukan bermakna kita membenci, dan kekalahan bukanlah noktah terakhir.

Kerana di sebalik kemenangan dan kekalahan, ada nilai yang lebih besar — iaitu cara kita menikmati setiap momen yang hadir. Gol yang mengubah sejarah, pertahanan yang luar biasa, kesilapan kecil, serta keputusan yang mengundang perdebatan, semuanya menjadi warna dalam keindahan sukan.

Kematangan seorang peminat bukan hanya dilihat ketika pasukannya menang, tetapi bagaimana dia menerima kekalahan dengan tenang. Luaran mungkin kita mampu tersenyum dan berkata “itulah bola sepak”, walaupun di dalam hati tetap ada sedikit rasa kecewa.

Namun itulah kecantikan sukan — ia mengajar kita tentang hormat, kesabaran dan menerima kenyataan.

Kerana akhirnya, bukan hanya keputusan yang kita ingat… tetapi cara kita menikmati setiap momen yang menjadikan perjalanan itu bermakna.

Vamos LaRoja🫡🙋🏼‍♂️😂😂😂

Kedai TUTUP hari ke-3….
14/07/2026

Kedai TUTUP hari ke-3….

Address

12, Jalan Keranji 1, Taman Keranji
Kulim
09000

Telephone

+601115336978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when G-Hatt solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to G-Hatt solution:

Shortcuts

Share