KAFA NURUL FALAH

KAFA NURUL FALAH Setiap usaha dalam mencapai pencapaian yang unggul perlukan proses إن شاء الله

Alhamdulillah, selesai Majlis Ikhtifal Ilmi Sekolah Rendah 2026 Peringkat Daerah Kunak yang telah berlangsung pada 5 Jul...
06/07/2026

Alhamdulillah, selesai Majlis Ikhtifal Ilmi Sekolah Rendah 2026 Peringkat Daerah Kunak yang telah berlangsung pada 5 Julai 2026. Tahniah kepada murid- murid Kafa Nurul Falah Kg. Jaya Baru kerana berani mencuba..

Pencapaian: 🥈 Naib Johan Nasyid Lelaki
🥉 Tempat Ketiga Nasyid perempuan

🎊 Semoga para guru KAFA terus istiqamah mendidik, membimbing dan menggilap bakat para murid agar terus cemerlang pada masa hadapan.

10/02/2026

Baginda Rasulullah ﷺ menyebutkan tentang bulan Syaaban:

شهر يغفل الناس عنه

[Itulah bulan yang manusia lalai padanya]-Hadis

Ada sebahagian manusia yg menghabiskan waktu dgn perkara yg melalaikan dan tidak berfaedah

Sebagai peringatan bersama, antara amalan2 di bulan Syaaban. Jom kita buat pecutan moga ada hasilnya di bulan Ramadhan kelak.

▶️ SYAABAN BULAN BERSELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH ﷺ

(إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا)
[Surah Al-Ahzab 56]

Ini kerana para ulama menyebutkan ayat tentang selawat turun dalam bulan Syaaban.

Ibnu Abi Shai Al-Yamani mengatakan, bulan Syaa’ban adalah bulan selawat.

Pendapat ini dikuatkan oleh pandangan Imam Syihabuddin Al-Qasthalani
dalam kitab Al-Mawahib-nya, serta Ibn Hajar Al-Asqalani yang mengatakan bahawa ayat itu turun pada bulan Sya’ban tahun ke-2 hijriyah.

Maka, bulan Syaaban disebut sebagai bulan berselawat dan memperbanyakkan selawat kepada baginda. صلوا عليه

▶️ BULAN MEMBACA AL-QURAN

Ibnu Rajab al Hambali berkata di dalam لطائف المعارف:

Kami meriwayatkan dengan sanad dho’if dari Sayyiduna Anas رضي الله عنه berkata:

[Dulu kaum muslimin ketika masuk Sya’ban maka mereka menumpukan terhadap mushaf lalu membacanya. .... ]

Moga kita tidak termasuk dalam aduan baginda Rasulullah ﷺ kepada Allah Taala:

(وَقَالَ ٱلرَّسُولُ یَـٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِی ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورࣰا)
[Surah Al-Furqan 30]

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

▶️ BULAN MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN MENYEBUT لا اله الا الله

Daripada Sayyiduna Abu Bakar رضي الله عنه. Sabda baginda Nabi صلى الله عليه واله وصحبه وسلم:

عَلَيْكُمْ بِلاَإِلهَ إِلاَّ الله وَاْلإِسْتِغْـفَارِ فَأَكْثِرُوْا مِنْهُمَا , فَإِنَّ إِبْلِيْسَ قَالَ : أَهْلَكْتُ النَّاسَ بِالذُّنُوْبِ وَأَهْلَكُوْنِي بِلاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَاْلإِسْتِغْـفَارِ , فَلَمَّا رَأَيْتُ ذَلِكَ أَهْلَكْتُـهُمْ بِاْلأَهْـوَاءِ وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُوْنَ

“ Hendaklah kalian menyebut لا إله إلا الله dan Istighfar , bahkan perbanyakkanlah menyebut keduanya. Kerana sesungguhnya Iblis mengatakan:

“Aku menghancurkan manusia dengan dosa – dosa dan mereka menghancurkanku dengan kalimah لا إله إلا الله dan Istighfar. Ketika aku melihat demikian, maka aku lalu menghancurkan mereka dengan hawa nafsu sementara mereka menyangka sebagai orang yang mendapat petunjuk” (Riwayat Abu Ya’la)

😭😭😭

▶️ Baginda Rasulullah ﷺ bersabda tentang istighfar:

مَنْ لَـزِمَ اْلإِسْتِغْفَارَ جَعَلَ الله لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَـَرجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيْقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa yang melazimi Istighfar, maka Allah menjadikan setiap kegelisahan terdapat pelepasan, setiap kesempitan terdapat jalan keluar, dan Allah memberikan rezekinya tanpa disangka-sangka.”(Riwayat Abu Daud , An-Nasaie, Ibnu Majah, Hakim)

Suntingan dari kitab ماذا في شعبان oleh Syeikh Muhammad Alawi Al-Maliki رحمه الله

Wallahualam..sekadar untuk musibah diri

والعفو منكم

Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir

Majlis Apresiasi Kafa Nurul Falah, Kampung Jaya BaruTahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Kafa Nurul Falah, kh...
19/12/2025

Majlis Apresiasi Kafa Nurul Falah, Kampung Jaya Baru
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid Kafa Nurul Falah, khususnya kepada murid-murid yang telah menamatkan pembelajaran di Kafa serta menduduki Peperiksaan UPKK. 🎓🎊

Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi manfaat dan bekalan berharga di dunia serta di akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang terus memberi kepercayaan dan amanah kepada guru-guru Kafa Nurul Falah dalam mendidik anak-anak di sini.

Mudah-mudahan segala usaha ini dikurniakan ganjaran serta kelebihan dalam menuntut ilmu.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ

Maksudnya:
“Barang siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah (berjihad fisabilillah) sehingga dia kembali pulang.”
Firman Allah SWT:
يَرْفَعِ اللّٰهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya:
“Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dengan beberapa darjat.”
(Surah al-Mujadalah: 11)

Akhir kata, pihak guru-guru Kafa serta Ahli Jawatankuasa Kafa memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kekhilafan sepanjang tempoh pembelajaran dan penganjuran majlis ini.

Selamat bercuti dan semoga anak-anak Kafa terus menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

18 Disember 2025 ( Khamis)

8.00 am - selesai

Dewan Kampung Jaya Baru





“Just Play. Have Fun. Enjoy the Game.”Majlis Hari SukanKAFA Nurul FalahKampung Jaya Baru📅 13 November 2025⏰ 7.30 pagi – ...
17/12/2025

“Just Play. Have Fun. Enjoy the Game.”

Majlis Hari Sukan
KAFA Nurul Falah
Kampung Jaya Baru
📅 13 November 2025
⏰ 7.30 pagi – Selesai

Alhamdulillah, Majlis Hari Sukan KAFA Nurul Falah telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada AJK KAFA serta para ibu bapa KAFA Nurul Falah atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memeriahkan majlis ini.

💐Semoga program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan warga KAFA Nurul Falah 💕



08/12/2025
08/12/2025

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Selamat bercuti🫶

بسم الله الرحمن الرحيماللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمAlhamdulillah terlaksana  majlis hujung tahun 2025 K...
08/12/2025

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Alhamdulillah terlaksana majlis hujung tahun 2025 Kafa Nurul Falah

Sanah Helwa anak² Kafa Nurul Falah 🎂
Barakallah fii umrik. Semoga Allah memanjangkan umur kamu ,dalam ketaatan, kesehatan keberkatan & Selamat bercuti.

07 Disember 2025
14 Jamadilakhir 1447H

07/12/2025
07/12/2025

🥹

Address

Jaya Baru
Kunak

Telephone

+60178385092

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA NURUL FALAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KAFA NURUL FALAH:

Shortcuts

Share