Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan W.P. Labuan

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan W.P. Labuan Saluran facebook rasmi bagi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan W.P.Labuan

Menjalankan aktiviti penguatkuasaan, sosial dan sukan yang boleh memberikan faedah kepada ahli dan jabatan & menggalakkan perkembangan pengetahuan,kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Pertubuhan menerusi program seperti kemajuan diri,ceramah,bengkel, seminar dan kursus.

01/10/2025

-[Pendakwaan dan Kompaun]-

Maklumat Terkini
Tindakan PENDAKWAAN dan KOMPAUN
Tempoh : 22 September 2025 hingga 30 September 2025

Sumber : Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP)

[ SESI LIBAT URUS ]1 Oktober 2025-Pihak Perbadanan Labuan telah hadir ke pejabat JKKP WP Labuan bagi memberikan taklimat...
01/10/2025

[ SESI LIBAT URUS ]
1 Oktober 2025-Pihak Perbadanan Labuan telah hadir ke pejabat JKKP WP Labuan bagi memberikan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan aktiviti perobohan bekas bangunan Hotel Labuan.


[ SESI LIBAT URUS ]30 September 2025-Pihak Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd telah hadir ke pejabat JKKP WP Labuan bag...
30/09/2025

[ SESI LIBAT URUS ]

30 September 2025-Pihak Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd telah hadir ke pejabat JKKP WP Labuan bagi mengadakan perbincangan berkenaan permohonan pemeriksaan berkala loji secara teknologi termaju ( PSTT ) & penyertaan semula 12 unit bejana tekanan ke dalam skim SSI 2014. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JKKP WP Labuan, Tuan Ts Ahmad Syuhairi bin Abdullah dan turut disertai empat orang pegawai.



25/09/2025
[ CERAMAH KKP ]Pada 23 September 2025, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Sambutan M...
25/09/2025

[ CERAMAH KKP ]
Pada 23 September 2025, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2025 bertempat di Dewan Komuniti Kastam Bukit Kuda. Tiga orang pegawai JKKP WP Labuan telah menyampaikan ceramah iaitu Tuan Syed Mohd Puad bin Syed Ishak ( Pengenalan Jabatan ) , Encik Shakirin bin Omar ( Indoor Air Quality & Noise Regulation ) , Cik Norianah binti Ali Hassan ( USECHH Regulation ).


18/09/2025
18/09/2025

-[TAHNIAH]-

Tahniah kepada YBrs. Ir. Mohammad Fadzil bin Abdul Manap atas pelantikan sebagai :-

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kimia
JKKP Malaysia

Ikhlas daripada :-
Pengurusan Tertinggi
& Seluruh Warga JKKP Malaysia

[LAWATAN TEKNIKAL]8hb - 13hb September 2025Lawatan Teknikal oleh JKKP Wilayah Persekutuan Labuan melalui Jalan Pan Borne...
16/09/2025

[LAWATAN TEKNIKAL]

8hb - 13hb September 2025

Lawatan Teknikal oleh JKKP Wilayah Persekutuan Labuan melalui Jalan Pan Borneo dari Menumbok, Sabah ke Sarawak telah dijalankan dengan tujuan mendedahkan pegawai-pegawai kepada sektor perindustrian yang tidak terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara tempat kerja yang dilawati adalah pejabat JKKP Cawangan Miri, JKKP Cawangan Bintulu, JKKP Cawangan Sibu, JKKP Sarawak (Kuching), Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd (Petronas ABF), Batang AI Hydro (SEB), SK St. Peter St.Paul dan Lubok Antu Palm Oil Mill 2 (SALCRA LAPOM2).

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, meningkatkan pengetahuan teknikal pegawai, serta memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak industri dan agensi berkaitan.

Melalui program ini, pegawai-pegawai dapat memperluas perspektif mereka terhadap cabaran serta pendekatan kawal selia di sektor perindustrian yang lebih pelbagai.



Address

Lot 5-10, Tkt. 1, Wisma Wong Wo Lo
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60192308215

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan W.P. Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan W.P. Labuan:

Share