08/09/2026
๐จ SELISIH FAHAM DI TEMPAT KERJA, LELAKI DITAHAN DISYAKI UGUT RAKAN WANITA
TAWAU: Seorang lelaki berusia kira-kira 32 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes ugutan jenayah terhadap rakan sekerjanya di sebuah pusat fisioterapi di Jalan Kabota.
Kes itu dilaporkan selepas seorang wanita berusia 20 tahun mendakwa menerima ugutan daripada suspek susulan perselisihan faham berkaitan urusan di tempat kerja.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berjaya menahan suspek di tepi jalan di Taman Perindustrian Leeka, Tawau.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan ugutan yang dibuat mangsa.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala polis akan menjalankan soal siasat lanjut bagi melengkapkan siasatan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan perselisihan atau ancaman. Sebaliknya, buat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut undang-undang.