Lenggong TV

Lenggong TV A PLATFORM TO PROMOTE LENGGONG Link Telegram
https://t.me/joinchat/HoYMu-VBlJk5M2Y9

HULU PERAK SEDANG MEMBERI TANDA — AMBILLAH IKTIBARTengah malam tadi, 28 Ogos 2026, bumi Temenggor, Gerik bergegar. Gempa...
28/08/2026

HULU PERAK SEDANG MEMBERI TANDA — AMBILLAH IKTIBAR

Tengah malam tadi, 28 Ogos 2026, bumi Temenggor, Gerik bergegar. Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 direkodkan pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dan gegarannya dirasai di sekitar Gerik.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan air Sungai Perak di Hulu Perak yang bertukar warna biru kehijauan serta kejadian ikan mati. Persoalan yang lebih besar bagi masyarakat setempat bukan sekadar mengapa air berubah warna, tetapi apakah kesannya dalam jangka panjang terhadap manusia yang menggunakan sumber air sungai dan memakan ikan dari sungai tersebut?

Siasatan dan analisis air memang telah dilakukan pihak berkuasa. Namun masyarakat berhak mendapat penjelasan yang lebih menyeluruh dan mudah difahami tentang keselamatan air, ikan, rantaian makanan serta kemungkinan kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia. Jangan tunggu sesuatu berlaku kepada manusia barulah kita bertindak.

Hari ini bumi p**a bergegar.

Saya tidak mengatakan gempa bumi, perubahan warna sungai dan kematian ikan mempunyai hubungan antara satu sama lain. Itu memerlukan bukti dan kajian saintifik. MetMalaysia sendiri menerangkan bahawa Temenggor merupakan antara kawasan Semenanjung yang pernah mengalami gempa tempatan berkaitan kewujudan gelinciran atau garis sesar.

Namun bagi kita yang beriman, apa juga yang berlaku di hadapan mata sewajarnya menjadi peringatan untuk bermuhasabah.

Alam adalah amanah Allah. Jangan kita terlalu rakus mengejar hasil bumi, pembangunan, kekayaan dan keuntungan sehingga terlupa bahawa alam yang rosak akhirnya akan kembali memberi kesan kepada manusia.

Air berubah warna. Ikan mati. Kini bumi bergegar.

Mungkin semuanya mempunyai penjelasan saintifiknya tersendiri. Tetapi tanda-tanda awal seperti ini jangan dipandang ringan. Ambillah iktibar sebelum datang sesuatu yang lebih besar.

Semoga Allah melindungi seluruh masyarakat Hulu Perak, khususnya Gerik, Temenggor dan Lenggong, daripada segala bencana dan musibah.

Ya Allah, peliharalah bumi tempat kami berpijak, air yang kami minum, rezeki yang kami makan dan keluarga yang kami sayangi.

Kadangkala peringatan itu kecil, tetapi cukup besar bagi mereka yang mahu berfikir.

Wallahu a‘lam.

Gempa bumi lemah telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi, 28 Ogos 2026Koordinat : 5.5° Utara dan 10...
27/08/2026

Gempa bumi lemah telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi, 28 Ogos 2026

Koordinat : 5.5° Utara dan 101.3° Timur
Magnitud : 3.4
Jarak : 9km Timur Laut dari Hulu Perak,Perak
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di sekitar kawasan Gerik, Perak, Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini
https://forms.gle/BsgrF3Cc8p11iZ277


.met.gov.my

26/08/2026

Briskwalk di Pekan Lenggong

Jom support Teater sempena Merdeka 2026.Jemput datang beramai-ramai memeriahkan persembahan Teater sempena bulan kemerde...
20/08/2026

Jom support Teater sempena Merdeka 2026.Jemput datang beramai-ramai memeriahkan persembahan Teater sempena bulan kemerdekaan di Dewan Merdeka Lenggong.

19/08/2026

Jejak kaki di Lenggong baru sampai dari Kota Baharu terus Shahril Bukit Sapi sampai depan rumah bawak ikan Ruhu.Ini namanya rezeki yang tidak disangka-sangka.Alhamdulillah.

Jom memeriahkan Sambutan Di Ambang Merdeka di Kampung Chepor.
19/08/2026

Jom memeriahkan Sambutan Di Ambang Merdeka di Kampung Chepor.

17/08/2026

Pantai Cahaya Bulan

17/08/2026

Terima kasih kepada Persatuan Silat Gayong Sri Gemuruh, Kg. Bor, Lenggong atas jemputan kepada saya untuk merasmikan Majlis Perlimau & Penutupan Gelanggang Silat Gayong di Kg. Bor.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Lenggong (KEKITA) ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam memartabatkan seni silat serta memperkenalkan warisan bangsa kepada anak-anak sejak usia kecil.

Syabas dan tahniah kepada Pok Nik selaku guru silat, barisan penggerak serta ibu bapa yang memberi kepercayaan dan galakan kepada anak-anak untuk mempelajari seni silat.

Bagi saya, silat bukan sekadar seni mempertahankan diri. Silat mendidik tentang disiplin, adab, keberanian, jati diri dan persaudaraan. Lebih penting, gelanggang silat boleh menjadi medan menyatukan generasi muda Melayu melalui warisan dan nilai yang kita miliki bersama.

Orang Melayu harus sedar bahawa perpecahan hanya akan melemahkan kita. Berbeza pandangan dan pegangan politik itu lumrah, tetapi jangan sampai ketaksuban politik memutuskan persaudaraan dan akhirnya merugikan bangsa sendiri.

Politik boleh berbeza, tetapi bangsa jangan berpecah.

Mari kita jadikan silat sebagai salah satu wadah penyatuan Melayu, membina jati diri anak-anak dan memastikan warisan bangsa terus hidup daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Takkan Melayu Hilang di Dunia.

Gambar sekitar Majlis Perlimau & Penutupan Gelanggang Silat Gayong Sri Gemuroh Kg Bor Lenggong.
16/08/2026

Gambar sekitar Majlis Perlimau & Penutupan Gelanggang Silat Gayong Sri Gemuroh Kg Bor Lenggong.

16/08/2026

SILAT PENYATUAN MELAYU

Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Majlis Perlimau & Penutupan Gelanggang Silat Gayong Sri Gemuroh, Kampung Bor, Lenggong.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri. Di dalamnya ada adab, disiplin, keberanian, persaudaraan dan jati diri Melayu.

Saya mahu melihat seni bela diri silat menjadi salah satu wadah penyatuan orang Melayu. Berbeza perguruan, berbeza aliran, berbeza pandangan dan latar belakang tidak seharusnya memisahkan kita.

Di gelanggang kita belajar menghormati guru.
Dalam persilatan kita belajar menghormati saudara.
Dalam perbezaan kita belajar mencari persamaan.

Mari kita angkat silat bukan hanya sebagai warisan untuk dipertontonkan, tetapi sebagai kekuatan yang menyatukan generasi Melayu dan membina kembali semangat persaudaraan.

Berbeza perguruan, satu persaudaraan.
Berbeza langkah, satu perjuangan.
Silat menyatukan kita.

Takkan Melayu Hilang di Dunia.

Address

Jalan Besar Kampung Sekolah Perempuan
Lenggong
33400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lenggong TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lenggong TV:

Shortcuts

Share

Category