Indrus Jimbau Official

08/07/2024
04/07/2024

JAKARTA, 3 Julai - Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Setiausaha kampung Iyang memberitahu portal tvOnenews bahawa perjalanan wanita berkenaan bertukar menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.

“Suaminya menjejaki tapak kakinya dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.

Tidak berapa jauh dari situ, ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa,” kata Iyang.

Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil. – BERNAMA




Foto BERNAMA

11/08/2023
18/03/2023
18/03/2023

Address

Lundu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Indrus Jimbau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Indrus Jimbau Official:

Share