25/12/2025
Dia pernah down masa anak nya meninggal dunia.. tapi bukan itu min nak cerita. Ada kisah yg buat min ingat sampai hari ni. Ada cerita, bacalah.
Min ada sorang sahabat, yg min kenal hampir 4 tahun yg lepas.. pertama kali min jumpa dia, masa tu awal tahun 2022. Min mmg s**a pegi kedai makan min amik gambar dan post di fb.
Masa tu min ada tiktok cumanya belum aktif buat video lagi.. Masih beranggapan tiktok tu platfom org goyang tayang body. 🤭 min terserempak dengan dia di 1 kedai makan di bukit lintang,. Min tengok dia beriya rakam video. Masa tu min anggap mungkin dia youtuber atau pun tiktokers. 😀✌️
Selang beberapa minggu baru lah min dapat berkenalan dengan dia. Rupanya mmg betul dia tiktoker. Kalau tak silap followersnya masa tu dlm 15k. Masa tu dia kurus sikit. Min tanya dia, berapa org tu byr utk 1 vid?. Dia cakap "aku buat video ikhlas hati je berapa tuan kedai nak bagi".. sejak dari tu min rasa "boleh buat kawan ni"..
Lepastu min dengan dia jadi rapat, asbab sama2 s**a makan dan buat konten untuk bantu peniaga. Banyak kedai2 kami pergi bersama². Min jadi saksi hidup, mana2 pegi , kalau kedai tu panggil, masa nak balik, tuan kedai akan tanya berapa ya bayaran, dia sentiasa jawab, "ikhlas hati je bang, rm10 pun sy xkesah"..
Dulu dia ni mmg kerja tukang masak, setiap isnin je dia cuti. Dia akan wasap min. Jom g kedai makan sini, situ.. "ada kedai minta tolong buat video lah" Mmg seronok time tu... bab bayaran, mmg orang bayar dia seikhlas hati hampir setahun lebih. "Aku tak sampai hati lah nak letak rm50".
Ada ketika min buat vid sama2 dengan dia, org bg RM100 setiap sorang, min pandang dia, dia pandang min. Pastu dlm kete,"uihh dia bg rm100 weh".. Sampai ke hari ni, kalau ada kelapangan, "jom pegi kedai tu, kita support dia"..
Kalau peniaga tu betul2 susah, dia pegi buat vid, tanpa apa2 bayaran. Dia cakap kat peniaga, "sy pun pernah susah, saya faham keadaan abg"
Kalau korang nak tau, dia sebenarnya, b*k kedai yg dia bantu tanpa ambil bayaran, tp dia buat video seperti orang bayar dia. Ada juga beberapa kedai bg tau min, "dia dtg ,dia buat video , tau2 kedai esok ramai yg dtg, "akak tak panggil dia, akak bsyukur sgt ada org baik yg nak dtg bantu kami" itu lah sifat dia.
Masa min di timpa musibah, "kau kat mana?, aku datang j*p". Min kene difitnah dengan org, dia paling depan pertahankan min. Semangat setia kawan yg ada pada dia buat min rasa bersyukur punya teman yg sangat ambil berat.
Sekarang 2025 Alhamdulillah dia makin dikenali, dan dia pun dah fokus buat konten untuk bantu peniaga² secara fulltime. Kalau ada kedai makan nk gunakan khidmat dia, cari lah dia, Awie Viral Niaga official .. bab harga Dia boleh dibawa bincang.
"Selagi aku sehat, Insyaallah aku cuba bantu peniaga2"