
11/08/2025
Kunjung Hormat Pengerusi Kelab Fotografi Melaka ke Kolej Komuniti Jasin.
Harini Pengerusi Kelab Fotografi Melaka, En Ahmad Fakrul melakukan kunjung hormat berjumpa dengan Puan Isma Najwa Binti Saharudin, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Komuniti Jasin. Perjumapaan ini bagi membincangkan kerjasama antara Kelab Fotografi Melaka (KFM) bersama pihak kolej bagi menjalankan kerjasama didalam program kerjasama dalam bidang fotografi yang akan melibatkan para pelajar Kolej Komuniti Jasin.
Antara perbincangan bersama pada harini ini ialah berkaitan program yang akan diadakan bersama para pelajar selaras dengan kerancakkan arus permodenan industri Ai. Dalam masa terdekat akan ada program kerjasama yang akan dilaksanakan dengan penglibatan para pelajar. Semoga dengan kerjasama yang terjalin akan memberikan manfaat kepada para pelajar.