persatuan dayak muslim melaka

persatuan dayak muslim melaka PERSATUAN DAYAK MUSLIM MELAKA

27 Disember 2024 | 25 Jamadilakhir 1446H | Hari JumaatPengislaman Ibu Pengerusi PDMM di Balai Islam Nurul Huda, MelakaDe...
27/12/2024

27 Disember 2024 | 25 Jamadilakhir 1446H | Hari Jumaat

Pengislaman Ibu Pengerusi PDMM di Balai Islam Nurul Huda, Melaka

Dengan penuh kesyukuran, kami ingin memaklumkan bahawa ibu kepada Pengerusi Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM), Encik Adam Hiwayat Johnny bin Abdullah, telah memeluk agama Islam pada hari ini, Jumaat yang mulia, di Balai Islam Nurul Huda, Melaka.

Proses pengislaman berlangsung dalam suasana penuh harmoni dengan bimbingan Ustaz Firdaus. Ibu beliau, yang berusia 68 tahun, melafazkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab dengan jelas, diikuti dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi memastikan kefahaman yang sempurna.

Encik Adam dan isterinya telah berusaha membawa ibu tercinta untuk memeluk agama Islam setelah hampir setahun tinggal bersama mereka. Keputusan ini dibuat oleh beliau dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan. Turut hadir bersama adalah ahli jawatankuasa PDMM yang memberikan sokongan sepanjang proses tersebut.

Sebagai seorang anak, Encik Adam meluahkan rasa syukur dan harapan agar ibunya terus kekal dalam Islam sehingga ke akhir hayat. Beliau turut menegaskan bahawa hidayah adalah anugerah Allah, dan tugas setiap Muslim adalah berusaha dan berdoa demi membawa kebaikan kepada insan tersayang.

Semoga pengislaman ini membawa keberkatan dan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus istiqamah dalam dakwah dan berdoa untuk orang-orang tercinta.

Adam Hiwayat Johnny bin Abdullah
Pengerusi
Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM)





15/12/2024

Mayuh amat orang ngepos buah rian
Mayuh mega orang ngepos buah dabai
Nuju bala PDMK enggau bala kaban
Kemaya baru ulih datai nemuai

Pantun khas dari PENGERUSI PDMM kepada PDMK
Pantun dan ucapan ringkas untuk tetamu yang sudi datang dari jauh...disambut dengan hati gembira dan terbuka.

TERIMA KASIH PDMK

Tinggi bukit si pohon beringin,
Daun hijau melambai mesra,
Jauh berjalan tuan ke sini,
Kami sambut dengan hati gembira.

Program Randau Ruai anjuran Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM) dengan kerjasama Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDM...
15/12/2024

Program Randau Ruai anjuran Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM) dengan kerjasama Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Disember 2024 bertempat di Hidayah Centre Foundation, Taman Lagenda, Melaka.

Majlis dimulakan dengan sesi sarapan pagi, diikuti oleh ucapan aluan daripada Pengerusi PDMM. Program ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu undangan istimewa:
✓ YBhg. Ustaz Haji Fadlullah Fadilah bin Abdullah (Pengerusi PDMK)
✓ Puan Damia (Setiausaha PDMK)
✓ Barisan AJK dan ahli PDMM

Sesi ceramah dan soal jawab bersama YBhg. Ustaz Haji Fadlullah telah membuka ruang diskusi bermanfaat, diikuti oleh acara penyampaian sumbangan khas daripada PDMK kepada ahli PDMM dan barisan AJK. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar kenangan sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang meriah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan menyokong penganjuran program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada perpaduan, ukhuwah, dan pengukuhan agenda dakwah dalam komuniti Dayak Muslim.

Alhamdulillah, hari ini kami bersama para pelajar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kampus Ayer Keroh, da...
14/12/2024

Alhamdulillah, hari ini kami bersama para pelajar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Kampus Ayer Keroh, dalam program SULAM - Service Learning Malaysia University for Society.

Program ini berlangsung di UTeM KSTP FOR PDMM, dan telah dirasmikan oleh Dato M***i Melaka, S.S Datuk Wira Abdul Halim Tawil. Terima kasih atas kehadiran semua pihak yang terlibat, terutama ketua pengerusi PERSATUAN DAYAK MUSLIM MELAKA sendiri ,para pelajar, pensyarah, dan tetamu jemputan.

Semoga program ini memberi manfaat besar kepada komuniti dan menjadi platform untuk memperkasa hubungan antara universiti dan masyarakat.

📅 14 Disember 2024 (Sabtu)
📍 UTeM Ayer Keroh







Program kelas Al-Hira sedang berlangsung bermula dari  tarikh 9 november 2024 sehingga 10,16,17 november ini .TEMPAT : H...
11/11/2024

Program kelas Al-Hira sedang berlangsung bermula dari tarikh 9 november 2024 sehingga 10,16,17 november ini .

TEMPAT : Hdayah Centre Foundation,Melaka.
TENAGA PENGAJAR:
Puan Mas Suhana Mon Binti Abdullah
Puan Nurul Hidayatul Aisyah Binti Abdullah

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman serta amalan berkaitan Al-Quran semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan manfaat untuk semua peserta

"Alhamdulillah, perjumpaan dan jamuan makan Ahli Jawatankuasa Persatuan Dayak Muslim Melaka telah berlangsung dengan lan...
10/11/2024

"Alhamdulillah, perjumpaan dan jamuan makan Ahli Jawatankuasa Persatuan Dayak Muslim Melaka telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang meluangkan masa dan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat, dan perancangan serta matlamat persatuan dapat direalisasikan bersama.

Tarikh : 10/11/2024
Tempat: muranne Resorts ,melaka.

Bismillahirahmanirrahim…semoga dipermudahkan😇😇🤲🤲🤲
01/11/2024

Bismillahirahmanirrahim…semoga dipermudahkan😇😇🤲🤲🤲

01/11/2024
KRAFTANGAN ANAK SARAWAK
19/10/2024

KRAFTANGAN ANAK SARAWAK

19/10/2024

PDMM ❤️

BENGKEL SENI KREAKTIF SARAWAK PEMBUATAN SUGU TINGGI DAN SEMENTINGPENGANJUR BERSAMA PERSATUAN DAYAK MUSLIM MELAKA.(PDMM)D...
19/10/2024

BENGKEL SENI KREAKTIF SARAWAK PEMBUATAN SUGU TINGGI DAN SEMENTING

PENGANJUR BERSAMA PERSATUAN DAYAK MUSLIM MELAKA.(PDMM)

DIBIMBING OLEH PENGAJAR YANG BERPENGALAMAN DAN MEMANG MAHIR DALAM PEMBUATAN BARANGAN/KRAFTANGAN DAYAK SARAWAK..

SARAN ANAK LAGONG yang bertugas di RTM MALAYSIA.

Address

Melaka Pindah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when persatuan dayak muslim melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share