PACSU Melaka

PACSU Melaka PACSU MELAKA

KESATUAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN AWAM PASUKAN POLIS, SEMENANJUNG MALAYSIA
(POLICE ADMINISTRATIVE AND CIVILIAN STAFF UNION)

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL BERSAMA JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPK MELAKABatu Berendam, 5 Jun 2026 – Satu perl...
06/06/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL BERSAMA JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPK MELAKA

Batu Berendam, 5 Jun 2026 – Satu perlawanan persahabatan futsal antara PACSU Cawangan Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Melaka telah diadakan pada jam 3.30 hingga 4.30 petang di Kompleks Sukan Batu Berendam.

Perlawanan persahabatan ini melibatkan 15 orang pemain dan pengurusan Skuad Futsal PACSU Melaka yang terdiri dari ahli PACSU IPK Melaka, IPD Melaka Tengah, IPD Alor Gajah dan IPD Jasin.

Selain untuk mengeratkan silaturrahim antara jabatan di dalam PDRM, perlawanan persahabatan ini juga telah menjadi medan ujian pemain yang telah terpilih mewakili PACSU Cawangan Melaka ke Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia yang akan diadakan pada 18 Jun nanti di Kelantan.

Semoga perlawanan persahabatan seperti ini akan terus dianjurkan dari semasa ke semasa bagi menguatkan mental dan fizikal para pemain yg telah terpilih di samping menambah stamina serta kesefahaman menjelang kejohanan sebenar nanti.




LAWATAN KEBAJIKAN IBU PEGAWAI AWAM CAWANGAN KHAS IPD ALOR GAJAH MENINGGAL DUNIADurian Tunggal, 05/06/2026 - Satu lawatan...
06/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN IBU PEGAWAI AWAM CAWANGAN KHAS IPD ALOR GAJAH MENINGGAL DUNIA

Durian Tunggal, 05/06/2026 - Satu lawatan kebajikan oleh Sdra Mat Yusme Bin Mat Yusof (AJK), Mohd Haris Bin Mohamad Zahidi (AJK) ke atas ahli PACSU Melaka Sdri Nuratirah Binti Zakaria bertugas di Caw. Khas Ipd Alor Gajah Melaka di atas kematian ibunya.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Kg Lanjut Manis dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Lanjut Manis, Durian Tunggal.

Turut hadir warga kerja dari Caw Khas, Wakil kebajikan IPD Alor Gajah dan ahli kariah serta saudara mara.

Moga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam golongan orang beriman.

Sdra Yusme juga turut menyampaikan sumbangan mewakili PACSU Cawangan Melaka.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran : 185 :
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ
Maksudnya : Setiap yang bernyawa akan merasai mati




———————————————————
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞

*PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 3 PENJURU PACSU MELAKA*Batu Berendam, 22 Mei 2026 – Satu perlawanan persahabatan futsal ...
04/06/2026

*PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 3 PENJURU PACSU MELAKA*

Batu Berendam, 22 Mei 2026 – Satu perlawanan persahabatan futsal antara PACSU Cawangan Melaka menentang Balai Polis Alor Gajah dan Balai Polis Hutan Percha telah diadakan pada jam 3 hingga 5 petang di Kompleks Sukan Batu Berendam.

Perlawanan persahabatan ini melibatkan 12 orang pemain yang terdiri dari ahli PACSU IPK Melaka, IPD Melaka Tengah, IPD Alor Gajah dan IPD Jasin.

Selain untuk mengeratkan silaturrahim antara anggota Balai Polis yg terlibat, perlawanan persahabatan ini juga telah menjadi medan menguji pemain yang telah terpilih mewakili PACSU Cawangan Melaka ke Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia yang akan diadakan pada 18 Jun nanti di Kelantan.

Semoga aktiviti sukan seperti ini akan terus dianjurkan dari semasa ke semasa bagi melahirkan pegawai awam yang sihat di samping dapat mengurangkan tekanan beban kerja seharian.




LAWATAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKANJasin, 15 Mei 2026 – Satu Lawatan Kebajikan terhadap ibu kepada ahli PACSU iaitu Saudara ...
17/05/2026

LAWATAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN

Jasin, 15 Mei 2026 – Satu Lawatan Kebajikan terhadap ibu kepada ahli PACSU iaitu Saudara Muhamad Safwan bin Osman. Ibunya bernama Puan Rafeah binti Abdul berumur 76 tahun telah dirawat di Wad 2B Hospital Jasin Melaka semenjak semalam kerana diserang sakit strok.

Saudara Mohd Riduan bin Muder mewakili PACSU Cawangan Melaka serta Sarjan Sazlina binti Jaafar daripada Cawangan Kebajikan IPD Jasin telah sama sama meluangkan, masa bertanya khabar tentang kesihatan Puan Rafeah.

Sebagai tanda keperihatinan, sumbangan “goodis bag” daripada PACSU telah disampaikan kepada pesakit dengan iringan doa agar segala penyakit yang dihidapai segera sembuh dan sihat seperti sediakala.

Sekian.




14/05/2026

SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA  PEGAWAI AWAM DAN ANAK PEGAWAI AWAM IPD MELAKA TENGAH MASUK HOSPITAL13 Mei 2026 - 1).  PF/183...
13/05/2026

SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA PEGAWAI AWAM DAN ANAK PEGAWAI AWAM IPD MELAKA TENGAH MASUK HOSPITAL

13 Mei 2026 -

1). PF/18333 Mahishafudin Bin Ismail yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah. Beliau telah dimasukkan ke Wad D - 1 Katil - 24 Hospital Melaka kerana mengalami sesak nafas dan injap jantung bocor.

2). Anak kepada PF/ 2285 Azizah Binti Zakaria yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPD Melaka Tengah telah dimasukkan ke Wad 601A Blok C Hospital Pantai kerana mengalami ‘Pneumonia’

Sumbangan telah diserahkan pada 12 Mei 2026 oleh Sdri Anitah Binti Thani (Ahli PACSU Melaka).

Semua warga PACSU Melaka mendoakan semoga En. Mahishafudin dan anak Pn. Azizah diberikan syifa kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.




———————————————————
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞

*PROGRAM FIT KOMUNITI@PUSPANITA CAWANGAN NEGERI MELAKA SEMPENA KEMPEN ANTI STIGMA KESIHATAN MENTAL 2026*Pengkalan Rama, ...
11/05/2026

*PROGRAM FIT KOMUNITI@PUSPANITA CAWANGAN NEGERI MELAKA SEMPENA KEMPEN ANTI STIGMA KESIHATAN MENTAL 2026*

Pengkalan Rama, Melaka, 9 Mei 2026 - Program ini telah dihadiri oleh Sdri Fariyantiyy binti Abharim (Setiausaha PACSU Melaka) dan Sdri Jarinah binti Jailani (AJK PACSU Melaka) bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan program hari ini. Seramai 200 penyertaan Fun Walk(2km)dari pelbagai jabatan yang telah dianjurkan oleh PUSPANITA NEGERI MELAKA. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Azhar bin Arshad (SUK) Negeri Melaka merangkap penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka.




HOTEL MITC ,AYER KEROH MELAKA, 29/04/2026 (RABU) BENGKEL PENGURUSAN DAN KEWANGAN PHEKS BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBI...
11/05/2026

HOTEL MITC ,AYER KEROH MELAKA, 29/04/2026 (RABU) BENGKEL PENGURUSAN DAN KEWANGAN PHEKS BAGI NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026.

MELAKA, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menyelaras pelaksanaan insiatif bagi Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) bagi Tahun 2026.

Barisan Jawatankuasa Kesatuan-Kesatuan Gabungan Berfaedah Sekerja Melaka dan Negeri Sembilan yang berdaftar dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 (AKS 1959) telah hadir bengkel tersebut, dan PACSU Cawangan Melaka juga telah menghadiri, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong dalam agenda program.

Antara pengisian program ini adalah sesi perkongsian ilmu dan syarat-syarat am permohonan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) bagi tahun 2026, selain itu membantu, menyokong dan menetapkan pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian perusahan di negara ini.

Ceramah 1: Pengurusan Kewangan Kesatuan Sekerja.
Ceramah 2 : Peranan Dan tanggungjawab Pegawai Kesatuan.
Disampaikan Oleh Puan Rafizah Binti Abdul Manan (Pengarah JHKES Negeri Johor)

Ceramah 3: Taklimat Dan Pengisian Dokumen PHEKS 2026
Disampaikan oleh Puan Hafizah Nabilah Binti Mohd Idris (Pengarah JHEKS Melaka Dan Negeri Sembilan)

Hadir bersama YBrs Tuan Hj Abd Ghani Zainuddin Pengerusi Cuepacs Negeri dan Kesatuan dari Melaka/Negeri Sembilan




*SANTAI FUTSAL BERSAMA JKR MELAKA*Batu Berendam, 8 Mei 2026 – Satu perlawanan persahabatan futsal antara PACSU Cawangan ...
11/05/2026

*SANTAI FUTSAL BERSAMA JKR MELAKA*

Batu Berendam, 8 Mei 2026 – Satu perlawanan persahabatan futsal antara PACSU Cawangan Melaka dan JKR Melaka telah diadakan pada jam 3 hingga 5 petang di Kompleks Sukan Batu Berendam.

Perlawanan persahabatan ini melibatkan 16 orang pemain yang terdiri dari ahli PACSU IPK Melaka, IPD Melaka Tengah, IPD Alor Gajah dan IPD Jasin.

Selain untuk mengeratkan silaturrahim antara jabatan luar, perlawanan persahabatan ini juga telah menjadi medan pemilihan pemain bagi mewakili PACSU Cawangan Melaka ke Kejohanan Futsal Piala Presiden PACSU Malaysia yang dijangka akan diadakan pada penghujung Jun nanti di Kelantan.

Semoga aktiviti sukan seperti ini akan terus dianjurkan dari semasa ke semasa bagi melahirkan pegawai awam yang sihat di samping dapat mengurangkan tekanan beban kerja seharian.




*LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA IBU PEGAWAI AWAM CAWANGAN PERKHIDMATAN, IPK MELAKA MENINGGAL DUNIA*Alor Gajah, Melaka, 8 Mei 2...
11/05/2026

*LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA IBU PEGAWAI AWAM CAWANGAN PERKHIDMATAN, IPK MELAKA MENINGGAL DUNIA*

Alor Gajah, Melaka, 8 Mei 2026 - Sumbangan kebajikan kepada Ahli PACSU Melaka, PF 23961 Izawati Binti Mohd Yusof yang bertugas di Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan IPK Melaka telah diserahkan oleh Sdri Masturah Binti Md Som (AJK PACSU Melaka). Turut hadir sama ahli PACSU Melaka PF/23059 Saliha binti Salim, PF/23311 Halimatus Saadiah binti Haji Mohammed Alwee Tan, PF/21274 Siti Rokiah Binti Ab Kadir dan PF/19319 Norasfaliza Binti Omar.

Ibu pegawai awam ini telah meninggal dunia pada 08/05/2026 jam 11.45 pagi di Hospital Alor Gajah, Melaka akibat sakit Advanced cancer Renal Cell Carcinoma.

Jenazah telah disolatkan di Masjid Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah,Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanjung Rimau Dalam , Alor Gajah, Melaka selepas solat Asar.

Semua warga PACSU Melaka mendoakan semoga Allahyarhamah Asnah Binti Mohd Isa diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.




Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, 75450, Bukit Beruang, Melaka.

75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PACSU Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PACSU Melaka:

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share