AIA Takaful

AIA Takaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AIA Takaful, Digital creator, Miri.

Isteri ‘provider’… memang wujud. Terutamanya di zaman sekarang, bila ramai wanita lebih berpendidikan dan berdikari. 👩‍🎓...
27/11/2025

Isteri ‘provider’… memang wujud. Terutamanya di zaman sekarang, bila ramai wanita lebih berpendidikan dan berdikari. 👩‍🎓✨
Kalau kau rasa tiada, mungkin dunia kau belum bertemu dengan wanita sebegini. 🤷‍♂️💭
Isteri ‘provider’ bukan sekadar melengkapi. Dia menampung, mengisi ruang yang suami belum mampu penuhkan. Bukan untuk menunjuk, bukan untuk mendominasi. Tapi cukup sekadar melihat keluarganya bahagia, hidup selesa. 🏡❤️
Suami mampu sewa rumah, dia diam-diam tambah duit untuk beli rumah sendiri. 🏠💰 Suami beli beras, dia tambah lauk. 🍚🥘 Suami bawa anak ke taman permainan, dia rancang cuti keluarga supaya semuanya lengkap. 🎢🌴
Dia jarang merungut, jarang minta itu ini. Terlatih berdikari, dia sudah terbiasa hidup dengan tangannya sendiri. ✊💪 Sedikit sifat lelaki ada dalam dirinya—bukan kerana dia mahu menyaingi, tapi kerana dia sudah lama belajar menggalas tanggungjawab. 🏋️‍♀️
Kerja yang dia buat bukan untuk ambil alih tugas suami, tapi untuk bantu pada hal-hal yang tidak diwajibkan: yuran sekolah anak, belanja mak ayah, percutian keluarga, hadiah kecil untuk semua. 🎒🛍️✈️
Di tengah semua itu, dia tetap bangun awal, masak untuk keluarga, urus rumah, jadi ibu dan guru kepada anak-anak, sambil kadang hatinya sendiri tidak dijaga sesiapa. 🍳🧹👩‍👧‍👦
Orang luar mungkin melihat isteri ‘provider’ ini keras, sombong, atau tak hormat suami. Tapi hakikatnya, dia menanggung dua dunia sekaligus—dunia sebagai isteri dan dunia sebagai tulang belakang keluarga. ⚖️💖
Yang paling sedih, ramai tak hargai. Suami kadang ambil mudah, atau mencari kesempurnaan di luar, sedangkan dia sendiri belum mampu sediakan separuh dari apa yang isteri dah beri. 😔💔
Jika kau seorang suami yang dianugerahi isteri ‘provider’, hargailah dia. Jangan biarkan dia rasa sendirian. Sekadar satu soalan, “Awak okay?” atau satu pelukan tanpa diminta, sudah cukup. 🤗💌 Pegang bahunya, cium pipinya, ingatkan dia: “Tak perlu kuat seorang diri, saya ada.” 💞
Isteri ‘provider’ jarang meminta. Bukan kerana tak mahu, tapi kerana dia sudah terlalu biasa memberi, sampai lupa cara untuk meminta. 🙏💛
Dan satu perkara yang paling menakutkan: bila dia penat, bila dia tak mampu bertahan lagi… dia akan pergi. Pergi dan tidak kembali. 😢🕊️ Masa itu, kau akan rasa betapa kosongnya hidup tanpa dia. Sebab selama ini, dialah yang menampung segalanya—tanpa bersuara, tanpa berhitung, tanpa berhenti. 🖤
Hargailah dia selagi dia memilih untuk tetap tinggal. 🥹🤍

🔥speechless👍👍     ゚viralシfypシ゚viralシ
24/11/2025

🔥speechless👍👍
゚viralシfypシ゚viralシ

24/11/2025

Jika ambil 1 Hari Cuti Tanpa Gaji, Boleh Hilang 1 Bulan Tempoh Perkhidmatan. Berhati-hatilah, Ambil Bila betul-betul Perlu sahaja.

Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita.Bahagiakan diri mu sendiri.Anak akan membesar dan akan pergi kepada kelu...
21/11/2025

Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita.

Bahagiakan diri mu sendiri.

Anak akan membesar dan akan pergi kepada keluarga dia.

Suami tak akan selamanya dengan kita.

Rumah yang kita sudah bersihkan tetap akan kotor kembali.

Tetapi peliharalah emosi kita dan kesihatan kita kerana disitu tiada istilah peluang kedua

Klinik pakar pun dah tak cukup pakar.Ramai doktor & jururawat kerajaan dah berhenti, beban kerja makin berat, mental mak...
10/11/2025

Klinik pakar pun dah tak cukup pakar.
Ramai doktor & jururawat kerajaan dah berhenti, beban kerja makin berat, mental makin tertekan.

Bayangkan bila kita jatuh sakit nanti…
Hospital kerajaan sesak, giliran panjang, doktor pun dah letih.
Kalau ada medical card takaful, kita boleh terus dapat rawatan di hospital swasta — tanpa perlu tunggu lama, tanpa risau bil melambung.

💡 Rawatan pantas, bil ditanggung.
Itulah peace of mind yang datang dengan perlindungan takaful.

📍Jangan tunggu sakit baru nak menyesal.
Takaful bukan untuk orang kaya — ia untuk orang yang tak mampu tanggung risiko kewangan bila sakit.

09/11/2025

Cara settlekan CTOS
Semoga bermanfaat

Bila dah jumpa rumah idaman. Gaji RM5,000. Ansuran rumah RM1,800. Kau yakin gila mesti lepas.Dengan penuh yakin,  hantar...
09/11/2025

Bila dah jumpa rumah idaman. Gaji RM5,000. Ansuran rumah RM1,800. Kau yakin gila mesti lepas.

Dengan penuh yakin, hantar permohonan pembiayaan.
Seminggu kemudian, bank call. "Maaf, Encik. Permohonan tak lulus."

pening. Macam mana boleh tak lulus? Gaji kan besar?
Pegawai bank tu tunjuk report . "Gaji encik memang lepas. Tapi DSR encik 'merah'. Ansuran kereta RM1200, pembiayaan peribadi RM700. Komitmen lama dah 'makan' separuh gaji encik."

Inilah 'pembunuh senyap' impian rumah pertama. Gaji mampu, tapi komitmen lama telah 'cekik' DSR kau.

Jadi, macam mana nak 'restructure' balik benda ni?
Ada dua cara yang 'perit' tapi paling berkesan.

Cara pertama, 'bunuh' satu komitmen. Tengok hutang mana yang baki dia paling sikit (contohnya pembiayaan peribadi tu). Fokus! Kumpul duit (jual barang, buat OT, side income) dan bayar langsaikan hutang tu sampai habis. Biar komitmen RM700 tu hilang terus dari rekod CCRIS kau. DSR akan terus jadi super sihat.

Cara kedua, 'kecilkan' komitmen. Jujur dengan diri sendiri. Kereta dengan ansuran RM1200 sebulan tu 'keperluan' atau 'gaya hidup'? Mungkin dah tiba masa 'downgrade'. Jual kereta tu, dan beli kereta yang lebih murah (second-hand atau Axia) yang ansuran bulanannya cuma RM400-RM500.

Ya, dua-dua cara ni perlukan pengorbanan dan ambil masa. Tapi ini cara yang betul. Selesaikan masalah hutang, bukan sekadar 'pusing' hutang.

Bank akan nampak bijak urus kewangan, dan lagi yakin nak luluskan pembiayaan rumah tu.

Penjawat Awam kalau dah hilang minat untuk bekerja jangan terus resign, tapi boleh pilih option bersara pilihan.Apabila ...
04/11/2025

Penjawat Awam kalau dah hilang minat untuk bekerja jangan terus resign, tapi boleh pilih option bersara pilihan.

Apabila seorang Penjawat Awam Tetap dan berpencen, memilih untuk bersara pilihan. Apa benefit yg mereka akan dapat?
First sekali, syarat untuk bersara pilihan adalah mesti berumur sekurang2nya 40 tahun, dan telah berkhidmat selama 10 tahun.
Benefit yg bakal dinikmati :-

1) Kad Pesara, Digunakan untuk pelbagai keistimewaan terutama kesihatan.
2) Ganjaran perkhidmatan, dapat dlm tempoh beberapa hari selepas bersara pilihan. Bayaran ikut gred gaji. Kebiasaannya Rm100k tu dah dalam tangan kalau bersara seawal umur 40an tahun.
3) Bayaran pencen bulanan bermula umur 55 tahun. Jadi kalau pencen pilihan, tetap dapat jugak. Dan kena cari side income dlm tempoh sebelum umur 55 tahun tu. Insyaallah sebelum tu mesti dah ada saving dan boleh guna duit ganjaran untuk memulakan perniagaan.
4) Kalau tak ada pencen, tapi wajib akan ada kwsp. Bayangkan gabungan KWSP dengan Ganjaran perkhidmatan. Fuhhhhhh..mantap.
4) Duit dah ada, so dapat la kebebasan masa yg diidamkan2. Boleh berehat dan buat aktiviti yg kita minat selain focus beribadah.berjemaah tanpa mengira masa.

Kalau terus resign, benefit diatas semua tak dapat. So rugi la sebab dah bina kerjaya berbelas tahun sebelum itu.

03/11/2025
02/11/2025

27/10/2025

Untuk persaraan apa plan yang paling rekomen

Address

Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA Takaful:

Share