Sanstream Broadcast

Sanstream Broadcast Professional Live Broadcast
Sports • Events • Multi-Camera Production • Live Feed

🛶 TERIMA KASIH, REGATTA SUBIS@NIAH 2026 ❤️Tiga hari yang penuh dengan cerita, pengalaman dan cabaran.Hari pertama, hujan...
28/09/2026

🛶 TERIMA KASIH, REGATTA SUBIS@NIAH 2026 ❤️

Tiga hari yang penuh dengan cerita, pengalaman dan cabaran.

Hari pertama, hujan menyambut kami pada sebelah pagi sebelum panas kembali pada sebelah petang.

Hari kedua, panas berpanjangan menguji tenaga dan stamina seluruh pasukan.

Hari ketiga p**a bermula dengan cuaca panas sebelum hujan turun pada sebelah petang, menutup perjalanan kami di Regatta Subis@Niah 2026.

Namun begitu, apa jua keadaan cuaca, Team Sanstream tetap sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. 💪🎥

Setiap perlumbaan, setiap detik dan setiap momen yang berjaya kami rakam menjadi kenangan yang cukup bermakna buat kami.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Regatta Subis@Niah 2026 atas kepercayaan, kerjasama dan peluang yang diberikan kepada Sanstream untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada acara yang cukup meriah ini.

Penghargaan khas buat barisan Drone Unit kami:

🚁 Mike & Farid

Dan tidak dilupakan barisan Kameraman Sanstream yang bertungkus-lumus memastikan setiap sudut perlumbaan dapat dirakam:

🎥 Azizi | Zhafran | Rafiq | Nabil

Terima kasih juga buat Cikgu Hakimi yang banyak membantu dari segi keperluan teknikal, khususnya menyediakan extension dan DB box bagi memastikan bekalan elektrik untuk operasi Sanstream berjalan dengan lancar. 🔌🤝

Kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terima kasih atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama.

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan kelemahan sepanjang menjalankan tugasan. Kami akan terus belajar dan memperbaiki diri untuk memberikan yang lebih baik pada masa akan datang.

Akhir kata, daripada seluruh warga Sanstream, terima kasih kerana memberi kami ruang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Regatta Subis@Niah 2026.

Tiga hari berlalu, tetapi kenangannya akan terus bersama kami. ❤️

Sampai bertemu lagi di lain masa dan di lain acara.

SANSTREAM
Let's Live The Games 🎥🛶




SPL 26 Miri FA vs Sarikei FA19 September 2026 | Stadium Miri Livestreaming ✅Commentators✅Camera x3Drone x1Video Switcher...
21/09/2026

SPL 26 Miri FA vs Sarikei FA
19 September 2026 | Stadium Miri

Livestreaming ✅
Commentators✅

Camera x3
Drone x1
Video Switcher x1

Terima kasih Abah Food ( Miri FA ) ☺️.Kami sedaya upaya berikan siaran langsung yang berkualiti.Harap maaf segala yang terlebih dan terkurang 🙏🏻.

Sanstream dibantu 3 cameraman baru 😬🤭🫡. Sanstream terbuka untuk menerima crew2 baru.

Sehingga berjumpa lagi.

UCI Velosolutions Pumptrack World Championships Quarlifier Miri Sarawak - Malaysia (6 September 2026).Livestreaming 3 pl...
07/09/2026

UCI Velosolutions Pumptrack World Championships Quarlifier Miri Sarawak - Malaysia (6 September 2026).

Livestreaming 3 platform Facebook, YouTube & Tiktok.✅

Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan.Terima kasih juga buat Datuk Sebastian Ting sudi berkunjung melawat stesen kami 😄.

Hubungi kami untuk merakamkan serta menyiarkan secara langsung acara majlis anda semua.

SKFC 2026Livefeed✅03 September 2026Grand BallRoom Forum Cultural Centre MiriTerima kasih ☺️ sehingga berjumpa lagi.
04/09/2026

SKFC 2026

Livefeed✅

03 September 2026
Grand BallRoom
Forum Cultural Centre Miri

Terima kasih ☺️ sehingga berjumpa lagi.

Pesta Ria Limbang edisi Merdeka 2026terima kasih ☺️sehingga berjumpa lagi 🙏🏼
01/09/2026

Pesta Ria Limbang edisi Merdeka 2026

terima kasih ☺️

sehingga berjumpa lagi 🙏🏼

🏍️13th Miri International Bike week 2026Livefeed & Livestream Majlis perasmian 29 Ogos 2026Boulevard Shopping Mall Open ...
30/08/2026

🏍️13th Miri International Bike week 2026

Livefeed & Livestream Majlis perasmian
29 Ogos 2026
Boulevard Shopping Mall Open Carpark

Terima kasih pihak penganjur 🫡.Sehingga berjumpa lagi.

☺️ Selesai tugasan di Mukah untuk Siaran langsung perlawanan 11 Sarawak Premier League 2026 Mukah FA vs Limbang FA.Terim...
25/08/2026

☺️ Selesai tugasan di Mukah untuk Siaran langsung perlawanan 11 Sarawak Premier League 2026 Mukah FA vs Limbang FA.

Terima kasih Encik Juraidi ( Limbang FA ) yang bawakan Sanstream ke Mukah bagi menjayakan siaran langsung perlawanan ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Hubungi kami untuk merakamkan/menyiarkan secara langsung ,apa jua majlis anda dengan kualiti terbaik serta harga yang berpatutan 🤭📽️.

PRL Edisi Ogos 2026 — DONE! ✅Terima kasih atas kepercayaan.Sehingga berjumpa lagi 🎥Pesta Ria Limbang 👊🏻🔥
10/08/2026

PRL Edisi Ogos 2026 — DONE! ✅
Terima kasih atas kepercayaan.

Sehingga berjumpa lagi 🎥

Pesta Ria Limbang 👊🏻🔥

Sebuah perjalanan yang penuh makna, sebuah pengalaman yang tidak ternilai.Alhamdulillah, tirai telah melabuhkan Citarasa...
05/08/2026

Sebuah perjalanan yang penuh makna, sebuah pengalaman yang tidak ternilai.

Alhamdulillah, tirai telah melabuhkan Citarasa & Tautan Budaya Sarawak–Brunei 2026 yang berlangsung dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Empat hari yang dipenuhi dengan kesibukan, cabaran dan pengalaman baharu ini menjadi satu kenangan yang amat bermakna buat kami di Sanstream. Setiap detik sepanjang tugasan ini telah memberikan ilmu, pengalaman dan persahabatan yang akan kami hargai sepanjang perjalanan kami dalam industri penyiaran dan produksi acara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada STATOB selaku penganjur kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada acara yang cukup bermakna ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat City Neon, yang telah membuka ruang dan membawa Sanstream bersama dalam projek ini. Kepercayaan yang diberikan amat besar nilainya buat kami dan menjadi satu motivasi untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan pada masa hadapan.

Tidak dilupakan kepada seluruh pasukan dan rakan media Seni Kreatif, terima kasih atas kerjasama, bantuan serta semangat berpasukan yang luar biasa sepanjang program berlangsung. Sesungguhnya kejayaan sesuatu acara bukanlah hasil usaha individu, tetapi lahir daripada kerjasama sebuah pasukan yang saling melengkapi.

Buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga segala hubungan yang terjalin akan terus berkekalan dan dipermudahkan untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Daripada sebuah tugasan, lahirlah sebuah pengalaman. Daripada sebuah pertemuan, terjalin sebuah persahabatan.

Terima kasih, Brunei. Terima kasih atas pengalaman yang sangat berharga.

Sanstream❤️🖤

🎬 MENJADIKAN SETIAP ACARA LEBIH BERMAKNA.Di SANSTREAM BROADCAST, kami menyediakan penyelesaian siaran langsung dan produ...
25/07/2026

🎬 MENJADIKAN SETIAP ACARA LEBIH BERMAKNA.

Di SANSTREAM BROADCAST, kami menyediakan penyelesaian siaran langsung dan produksi video yang profesional untuk pelbagai jenis acara.

Daripada Multi-Camera Production (MCP), Live Streaming, Live Feed ke LED Screen, sehinggalah kepada liputan acara dan rakaman video, setiap produksi dirancang dengan teliti bagi memastikan pengalaman tontonan yang lancar, berkualiti dan memberi impak.

✨ Perkhidmatan kami sesuai untuk:
⚽ Kejohanan Sukan
🏛️ Majlis Rasmi
🏢 Program Korporat
🎤 Konsert & Persembahan
🎓 Seminar & Persidangan
💒 Majlis Perkahwinan
🎪 Festival & Karnival
🎥 Produksi Video

Kerana setiap acara mempunyai cerita yang berharga, biarlah kami membantu menyampaikannya kepada penonton dengan kualiti yang terbaik.

📍 Beroperasi di Miri
🌏 Liputan seluruh Sarawak • Sabah • Brunei
📞 Hubungi kami: 011-6127 1203

SANSTREAM BROADCAST
Professional Live Broadcast • Multi-Camera Production • Live Feed • Event Coverage

Address

Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sanstream Broadcast posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share