Resepi Sedap

Resepi Sedap Berkisar mengenai sains dan alam semesta

Kek Cheese Butter Sedap Dimakan Bahan - Bahan (Loyang 8")250g Anchor Pure Butter (suhu bilik)170g Anchor Cream Cheese (s...
05/02/2026

Kek Cheese Butter Sedap Dimakan

Bahan - Bahan (Loyang 8")

250g Anchor Pure Butter (suhu bilik)
170g Anchor Cream Cheese (suhu bilik)
200g gula kastor
4 biji telur gred A (suhu bilik)
220g tepung kek / tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar susu segar
Secubit garam
Keju cheddar parut (untuk topping)

Cara penyediaan:

1. Pukul butter dan cream cheese sehingga berkrim dan ringan.

2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga putih dan gebu.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul rata selepas setiap tambahan.

4. Masukkan esen vanila, garam, dan susu segar. Kacau rata.

5. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder secara berperingkat. Kaup balik menggunakan spatula atau mixer kelajuan rendah hingga sebati.Bakar:

6. Tuang dalam loyang yang digris. Tabur keju parut di atas. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada 160 - 180 darjah celcius selama 50-60 minit atau sehingga masak.

**Tips: Pastikan cream cheese dan butter benar-benar lembut (suhu bilik) sebelum dipukul untuk tekstur yang cantik.

Gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Timur Honshu, Jepun pada jam 5:52 pagi, 9 Disember 2025
09/12/2025

Gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Timur Honshu, Jepun pada jam 5:52 pagi, 9 Disember 2025

Jenis -jenis Awan ☁️Awan terbahagi kepada tiga kategori utama berdasarkan ketinggian; awan tinggi (seperti cirrus, cirro...
02/12/2025

Jenis -jenis Awan ☁️

Awan terbahagi kepada tiga kategori utama berdasarkan ketinggian; awan tinggi (seperti cirrus, cirrocumulus, cirrostratus), awan sederhana (seperti altocumulus dan altostratus), dan awan rendah (seperti stratus, nimbostratus, dan stratocumulus).

Selain itu, terdapat juga kategori awan dengan perkembangan menegak (cumulus dan cumulonimbus) yang boleh berada pada pelbagai ketinggian.

Awan Tinggi (Di atas 6 km)
Cirrus: Awan nipis dan halus seperti bulu atau serat, yang terdiri daripada kristal ais dan biasanya menandakan cuaca baik.

Cirrocumulus: Terdiri daripada butiran-butiran kecil yang kelihatan seperti sisik ikan atau beralun.

Cirrostratus: Awan nipis berwarna putih susu yang boleh menghasilkan halo di sekeliling matahari atau bulan.

Awan Sederhana (2-6 km)
Altocumulus: Awan yang berbentuk gumpalan kecil atau seperti kapas yang tersebar luas di langit, berwarna putih hingga keabu-abuan.

Altostratus: Awan nipis berbentuk seperti pita yang meliputi seluruh langit, dengan matahari kelihatan samar-samar seperti ditutupi kaca mata surya.

Awan Rendah (kurang dari 2 km)
Stratus: Berlapis-lapis seperti kabut tipis yang menutupi seluruh langit, boleh menghasilkan gerimis jika cukup tebal.

Nimbostratus: Awan tebal berlapis yang menghasilkan hujan atau salji berterusan.

Stratocumulus: Awan rendah yang kelihatan seperti gumpalan berwarna kelabu dan putih, yang berada dalam satu lapisan besar.
Awan Vertikal (Perkembangan Menegak).

Cumulus: Awan yang terbentuk secara menegak seperti pokok bunga kol dengan puncak yang bulat dan dasar yang rata, biasanya kelihatan pada hari yang cerah.

Cumulonimbus: Awan besar dan padat yang boleh menghasilkan ribut petir, hujan lebat, dan hujan batu.

01/12/2025

TAHUKAH ANDA 10 HAIWAN TERKECIL DI DUNIA

Gambar di komen 👇

Lohong Hitam (Black Hole)Lohong Hitam ( Black Hole) ialah kawasan di angkasa dengan graviti yang sangat kuat sehingga ti...
01/12/2025

Lohong Hitam (Black Hole)

Lohong Hitam ( Black Hole) ialah kawasan di angkasa dengan graviti yang sangat kuat sehingga tiada apa pun, termasuk cahaya, yang boleh melepaskan diri daripadanya. Ia terbentuk daripada keruntuhan graviti dan seringkali ditemui di pusat kebanyakan galaksi besar, termasuk galaksi Bima Sakti kita. Bukti kewujudan lohong hitam telah disokong oleh pemerhatian astronomi, walaupun ia sendiri tidak dapat dilihat secara langsung kerana ia tidak memancarkan cahaya.

Kereta Zaman Dahulu vs. Kereta Zaman Sekarang
01/12/2025

Kereta Zaman Dahulu vs. Kereta Zaman Sekarang

Kaedah Ekstrem Mencabut Gigi Abad Ke 19Walaupun peralatan mencabut gigi pada masa kini telah canggih seiring dengan pere...
01/12/2025

Kaedah Ekstrem Mencabut Gigi Abad Ke 19

Walaupun peralatan mencabut gigi pada masa kini telah canggih seiring dengan peredaran zaman tapi kita masih berasa ngilu apabila mendengar perkataan 'mencabut gigi'.

Tahukah anda kaedah mencabut gigi pada abad ke 19 dikatakan ekstrem kerana kekurangan teknologi pada zaman itu.

Address

Miri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share