
31/08/2025
ASSALAMUALAIKUM WBT
SELAMAT PAGI
SURIRUMAH ALERT NO 8 โ
โ
Checklist Sebelum Mula
๐ MyKad / Passport
๐ง E-mail aktif
๐ฑ Nombor telefon
๐ต Bukti pendapatan Facebook (payout/summary)
๐ฆ Penyata bank
๐งพ Invois/resit (kamera, mic, langganan, internet)
๐ Nombor SSM (jika ada)
๐Langkah 1 โ Daftar TIN (e-Daftar MyTax)
1. Pergi ke MyTax (LHDN) โ pilih e-Daftar โ pilih jenis (Individu) โ isi maklumat (NRIC/Passport, email, no. telefon). Sistem akan bagi/daftarkan TIN.
๐Langkah 2 โ Dapatkan PIN 16-digit (first-time)
1. Pengguna baru perlu 16-digit PIN untuk aktifkan akaun MyTax/ezHASiL. Anda boleh mohon PIN melalui e-Daftar atau dapatkan di pejabat LHDN (bawa MyKad). Ikut arahan dalam permohonan PIN.
๐Langkah 3 โ First-time login / aktifkan akaun ezHASiL / MyTax
1. Pergi ke portal ezHASiL / MyTax โ pilih First Time Login โ masukkan PIN & MyKad โ set password dan sahkan email. Selepas aktif, anda boleh akses menu e-Filing โ e-Form.
๐Langkah 4 โ Tentukan borang yang betul (BE vs B)
โก๏ธBorang BE = untuk individu yang hanya ada pendapatan pekerjaan (gaji) dan tiada perniagaan.
โก๏ธBorang B = untuk individu yang menjalankan perniagaan / kerja sendiri (freelance, content creator yang konsisten jana income).
Untuk content monetization Facebook yang berulang dan dijalankan sebagai โactivity perniagaanโ, biasanya guna Borang B. Semak status anda dan pilih borang yang sesuai.
๐Langkah 5 โ Isi e-Filing (ringkas)
1. Login โ e-Filing โ e-Form โ pilih ta hun taksiran dan jenis borang (B atau BE).
2. Isi maklumat peribadi, masukkan jumlah pendapatan kasar (Facebook), tolak perbelanjaan yang dibenarkan (peralatan, kos internet pro-rata, software, subcontractor), tuntut pelepasan/EPF kalau ada.
3. Semak pengiraan cukai, tekan Hantar / Submit, dan simpan e-Acknowledgement (e-Ack).
Nota praktikal: kalau payouts Facebook dalam USD โ catat kadar pertukaran (tarikh & sumber) dan simpan bukti penukaran/penyata bank.
๐Langkah 6 โ Tarikh akhir penting
โก๏ธBorang BE (individu tanpa perniagaan): tarikh manual biasanya 30 April, e-Filing ada lanjutan (mid-May).
โก๏ธBorang B (berniaga/self-employed): manual 30 Jun, e-Filing biasanya 15 Julai (tarikh berubah ikut tahun). Semak tarikh setiap tahun.
๐Langkah 7 โ Simpan rekod
โก๏ธSimpan semua dokumen sokongan (resit, invois, penyata bank, payout summary) sekurang-kurangnya 7 tahun untuk tujuan audit/semakan.
๐Langkah 8 โ Risiko kalau lambat/tak hantar
โก๏ธTerdapat penalti/kenaikan jika lambat bayar atau tak serah borang โ contohnya kenaikan lewat bayar 10% ke atas baki cukai, dan denda berat jika disabitkan mengikut undang-undang. Elok hantar walaupun tax = RM0 untuk rekod.