Vroom Asia

Vroom Asia Celebrating speed safely!

20/10/2023

𝗘𝗹𝗮𝗸 𝗞𝗲𝘀𝗲𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻. 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗮𝗰𝗲𝗖𝗵𝗶𝗽 𝗗𝗶 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗱𝗮.

Pemasangan RaceChip dan diagnostik percuma di tempat anda dari sekarang hingga 25 Oktober 2023!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor dibawah

https://wa.me/601123165736

*****

𝗔𝘃𝗼𝗶𝗱 𝗧𝗵𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗳𝗳𝗶𝗰. 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗹𝗹 𝗥𝗮𝗰𝗲𝗖𝗵𝗶𝗽 𝗔𝘁 𝗬𝗼𝘂𝗿 𝗣𝗹𝗮𝗰𝗲.

Free RaceChip installation and diagnostics at your place from now until October 25, 2023!

For more information, please contact the number below

https://wa.me/601123165736

Save the date! Banyak aktiviti menarik pada hari berikut. Selain dari melihat kereta kereta beraksi dilitar, pengunjung ...
13/10/2023

Save the date! Banyak aktiviti menarik pada hari berikut. Selain dari melihat kereta kereta beraksi dilitar, pengunjung juga bakal dapat pengalaman dengan 'taxi ride' dengan kereta kereta 'modified' atau kereta lumba bersama pelumba professional.

Jangan lepaskan peluang ini!

RaceChip Di Hari Sukan Negara Pada 14 Oktober 2023Pada peminat peningkatan kuasa dan prestasi kereta, Hari Sukan Negara ...
13/10/2023

RaceChip Di Hari Sukan Negara Pada 14 Oktober 2023

Pada peminat peningkatan kuasa dan prestasi kereta, Hari Sukan Negara 2023 oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS) bakal mempamerkan pelbagai jenis kereta kereta modifikasi dari seluruh negara. Dianggarkan lebih dari 300 buah kereta akan dipamerkan selain peralatan peningkatan kuasa oleh banyak pembekal dan pembuat pada hari tersebut.

RaceChip akan berada disana nanti dan akan mempamerkan segala produk peningkatan prestasi dan juga Proton X50 demo kami. Ditempat RaceChip nanti, selain dari melihat produk produk, pengunjung juga boleh mendapat segala maklumat dan penerangan dari juru teknik kami, dan juga mengetahui lebih lanjut apa yang membuat RaceChip salah satu peralatan peningkatan kuasa yang paling popular dipasaran sekarang.

Banyak aktiviti akan berlangsung pada Hari Sukan Negara 2023 dan kami mengalu alukan kehadiran anda, dan juga ambil kesempatan untuk bersantai dengan kami semua dari RaceChip.

Pameran Hari Sukan Negara 2023 akan berlangsung pada 14 Oktober (Sabtu) di tempat letak kereta Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya, dari 8 pagi hingga 6 petang.

Sebahagian daripada kereta kereta istimewa yang telah menerima penalaan daripada pelbagai syarikat terkenal yang pakar d...
09/06/2023

Sebahagian daripada kereta kereta istimewa yang telah menerima penalaan daripada pelbagai syarikat terkenal yang pakar dalam industri ini, ketika pratonton media, Tokyo Auto Salon KL.

Mempamerkan banyak kereta kereta daripada syarikat penalaan terkenal dari Jepun, pengunjung dapat melihat pameran kereta pasaran domestik Jepun (JDM) yang telah menerima penalaan muktamad daripada syarikat seperti Top Secret, Spoon, HKS, Greddy dan banyak lagi.

Harga tiket berharga RM60 dan RM28 sehari untuk dewasa dan kanak-kanak, dan boleh dibeli secara dalam talian di www.tokyoautosalonkl.com.

Pameran Tokyo Auto Salon KL bermula hari ini hingga Ahad (9 Jun - 11 Jun).

Roda Barracuda Dragoon Pada Golf R MK7 Dengan Kit Badan Lebar.Story link in comment.
29/05/2023

Roda Barracuda Dragoon Pada Golf R MK7 Dengan Kit Badan Lebar.

Story link in comment.

BMW M3 Touring G81 Terima Suntikan dAHLer Competition LineStory link in comment
29/05/2023

BMW M3 Touring G81 Terima Suntikan dAHLer Competition Line

Story link in comment

07/05/2023

Pejam celik…pejam celik, dah dua minggu 1 Syawal berlalu….tak rasa kan?....pasal dah tak lapar dan dahaga kot. Aku yakin ramai yang dah masuk kerja balik dah, anak pun dah sekolah balik.
Kali ni aku nak ajak korang fikir benda berat sket….pasal trend kemalangan waktu perayaan. Memang atas jalan kat Malaysia ni hari2 pun ada kemalangan. Tapi waktu cuti perayaan lagi la mencanak canak jumlah dia….tambah plak time ni la pihak berkuasa buat operasi itu ini untuk cegah kemalangan dan keep track jumlah kemalangan.
Sepanjang cuti raya baru2 ni, memang ketara trend kemalangan yang makin meningkat. Hari2 keluar berita tv dan paper pasal kemalangan. Asal tengok berita tv je, cerita kemalangan….asal baca paper je, keluar cerita kemalangan. Ke pasal aku selalu sangat duduk depan tv dan tengok handphone masa cuti raya?
Memacam operasi yang pihak berkuasa buat time cuti raya ni, tapi kemalangan yang jadi tetap juga meningkat sampai beratus ratus. Ramai la jugak yang cedera dan tak kurang jugak yang tewas. Kebanyakan kemalangan terjadi waktu perjalanan balik kampung sebelum raya atau pun balik ke rumah lepas raya. Tak kurang jugak kemalangan terjadi waktu keluar berkunjung di hari raya.
Tapi waktu musim perayaan ni kemalangan bukan banyak jadi atas highway pun sebab highway selalunya sesak dan semua orang bawak perlahan…..selalunya kemalangan ni berlaku atas trunk road…..jalan negeri….jalan daerah…...jalan yang kebanyakannya satu hala pegi, satu hala balik. Bila tengok dalam berita, kenderaan yang terlibat memang remuk habis tak de rupa dah. Bila teliti lokasi, selalunya jalan bukan la berlubang lubang pun…..kalau bersopak macam bulan dah tentu tak bawak laju macam pelesit kan? Kebanyakan laporan cakap….hilang kawalan….masuk lorong bertentangan….pasal bawak laju ke atau mengantuk…tuhan je yang tau.
Banyak faktor yang bole jadi penyebab, antaranya gopoh nak cepat….badan letih…tak pun langgar binatang ternakan atau kereta tak buat maintenance….itu pun bole jadi penyebab gak. Oleh itu sebelum keluar memandu, tak kira la short distance ke long distance ke, pastikan la keluar dengan hati dan fikiran yang tenang…..badan dan minda yang segar….kenderaan yang dah diselenggara dan yang tak kurang penting….jangan bawak muatan berlebihan (penumpang atau kargo).
Kalau bawak barang tu simpan tempat yang sesuai….kita paham keperluan bawak iron (seterika) untuk gosok baju di pagi raya. Tapi jangan la letak iron tu atas rear deck (dashboard belakang) dalam kereta tu. Kan ke bahaya kalau time emergency brake atau kena sondol dari belakang. Kalau bawak baju yang ber hanger tolong la jangan s**a gantung kat “oh s**t handle” belah kiri passenger belakang….nanti tak nampak blind spot. Ada gak yang rajin taruk shopping beg la….cushion la….safety helmet warna putih la……sampai korang sendiri yang drive tak nampak belakang bila tengok rear view mirror. Kalau bole bagi clear la area tu.
Ni antara perkara2 remeh yang selalu aku nampak yang kebanyakan orang tak berapa nak ambil berat. Tapi percaya la small2 details macam ni la yang bole memastikan perjalanan korang tu selamat atau tak. Setiap kemalangan yang dah jadi kita tak bole undo dah……tapi tetap jadi responsibility kita untuk buat persiapan terbaik sebelum bertawakal atas jalanraya.
Fikir2 kan lah….






Lebih kurang seminggu lagi raya bakal menjelma. Ada di kalangan korang yang aku percaya dah pun balik ke kampung pasal n...
16/04/2023

Lebih kurang seminggu lagi raya bakal menjelma. Ada di kalangan korang yang aku percaya dah pun balik ke kampung pasal nak elak jalan sesak. Mana yang belum balik tu elok la bawak kereta pegi servis….check tayar selain pastikan enjin dalam keadaan terbaik untuk jalan jauh.
Semalam aku tengok dalam berita banyak pusat servis brand2 kereta tertentu buat pakej istimewa untuk buat servis….so jangan lepas peluang hantar kereta ke pusat servis berdekatan. Jangan tunggu last minute.
Kami di mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap sepanjang bersiaran di alam maya ini. Semoga selamat pergi dan pulang. Berhati-hati di jalan raya…..ingat orang tersayang yang ada sekali dalam kereta dan yang menunggu di kampung
Stay Tuned.





Address

2-2, Jalan LGSB 1/3, Pusat Komersial LGSB
Off Jalan Hospital

Telephone

+601123165736

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vroom Asia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Vroom Asia:

Share