Kerian InfoZone Media

Kerian InfoZone Media Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kerian InfoZone Media, News & Media Website, Parit Buntar.

27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PATRIOTISME BUKAN SEKADAR PADA KATA-KATA

Bendera Malaysia jatuh di Jalan Bagan Serai–Taiping, di hadapan tokong Cina berhampiran IPD Kerian. Seorang pemuda yang kebetulan melihat kejadian tersebut tanpa berlengah terus berhenti, mengangkat dan menyelamatkan bendera yang jatuh.

Lebih membanggakan, beliau merupakan anggota polis Bagan Serai.

Tindakan kecil, tetapi membawa makna yang besar. Itulah nilai seorang rakyat yang menghormati Jalur Gemilang β€” lambang maruah, kedaulatan dan identiti negara.

Syabas Koperal Sabri!
Semoga semangat patriotik seperti ini terus menjadi contoh kepada kita semua.

Biar kecil tindakannya, besar nilai patriotismenya.

POLIS Daerah Kerian






πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ πŽπ‘π€ππ† π€π–π€πŒMAJLIS PERASMIAN HOSPITAL PARIT BUNTARDengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian...
21/08/2026

πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ πŽπ‘π€ππ† π€π–π€πŒ

MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL PARIT BUNTAR

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Hospital Parit Buntar akan diadakan pada 22 September 2026 dan akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Sehubungan dengan itu, kerja-kerja persiapan bagi majlis tersebut akan dilaksanakan bermula 1 September 2026.

Sepanjang tempoh persiapan berlangsung, mungkin terdapat sedikit perubahan dan gangguan terhadap kelancaran urusan harian di Hospital Parit Buntar, khususnya melibatkan penggunaan kawasan parkir, pergerakan kenderaan serta beberapa laluan dan kemudahan di sekitar hospital.

Pihak Hospital Parit Buntar memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh para pesakit, waris, pelawat serta orang awam sepanjang tempoh tersebut.

Kami amat menghargai kesabaran, kerjasama dan pemahaman semua pihak dalam membantu memastikan segala persiapan bagi majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Terima kasih atas perhatian, kerjasama dan sokongan anda kepada Hospital Parit Buntar.

SCAMMERS ALERTHati-hati yang nak berurusan jual beli motor di Marketplace. Followers kita dah kena scam deposit beli mot...
20/08/2026

SCAMMERS ALERT

Hati-hati yang nak berurusan jual beli motor di Marketplace. Followers kita dah kena scam deposit beli motor tp tak banyak.

Admin dah dpt contact owner asal motor ni. Katanya motor ni dah tak ada dia dia sebab bgi sambung bayar pada rakan tp rakan dia dah meninggal. Jadi dia tak tahu nama & motor dia digunakan pihak lain untuk aktiviti PENIPUAN.

Setakat ini dua orang dah kena scam. Sorang dr Kelantan sorang dari kawasan kita. Jadi hati2 semua...

Ni adalah gmbr dan geran si PENIPU tu. Geran pum dia edit nama dia sendiri padahal pemilik asal langsung tak tahu.

info / BSKH

15/08/2026

Kolam Pancing FRFC

Kolam pancing air masin Byram Nibong Tebal,sesuai untuk kaki pancing memancing sambil beriadah bersama keluarga,

*100% milik bumiputra

Fasiliti Yang Disediakan:
-Surau
-Makanan/Minuman Ringan
-Pondok Pancing
-Tandas

Jenis Ikan(Berat 1Kg keats):
-Siakap Putih
-Siakap Merah
-Jenahak
-Kerapu
-Bawal Mas

^Dapat ikan boleh bawa balik...

HEBAHAN ORANG HILANGMohon kerjasama dan perhatian orang ramai.Pihak Polis Daerah Kerian sedang mengesan seorang remaja p...
12/08/2026

HEBAHAN ORANG HILANG

Mohon kerjasama dan perhatian orang ramai.

Pihak Polis Daerah Kerian sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah.

Nama: LEESANTHINI A/P PRAKASH
Umur: 17 Tahun 11 Bulan

Kali terakhir dilihat berada di kawasan Stesen Minyak BHP Simpang Lima, Perak pada 16 Mei 2026 sekitar jam 9.16 malam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta menghubungi:

IPD Kerian : 05-7215222
Sjn Danny Anak Nong (Pegawai Penyiasat) : 012-3437797

Sebarang maklumat daripada orang ramai amat dihargai bagi membantu siasatan polis.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

POLIS Daerah Kerian



PROGRAM MADANI KITA @ PERMATANG PAUH, PULAU PINANGMari bersama-sama mengambil peluang merasai pengalaman bersama Angkata...
23/07/2026

PROGRAM MADANI KITA @ PERMATANG PAUH, PULAU PINANG

Mari bersama-sama mengambil peluang merasai pengalaman bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Reruai dan Pameran Jentera APM mengikut ketetapan seperti berikut :-

πŸ“…Tarikh : 24 hingga 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad)
⏰Masa : 10:00 pagi hingga 06:00 petang
πŸ“Tempat : Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung, antaranya:
βœ… Pendaftaran Anggota Sukarela APM
βœ… Permeriksaan Kesihatan
βœ… Pameran Ular
βœ… Pameran Peralatan Aset dan Operasi APM
βœ… Demonstrasi CPR dan Chocking
βœ… Pameran Pakaian Seragam Revolusi APM
βœ… Aktiviti Mewarna
βœ… Aktiviti Flying Fox
βœ… dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda

Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumpa anda di sana!!!

Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi














**

 Stanby semua kaki-kaki pancing puyu.Boleh lock tarikh siap-siap untuk Pertandingan Memancing Puyu Merdeka 2026 di Parit...
22/07/2026



Stanby semua kaki-kaki pancing puyu.

Boleh lock tarikh siap-siap untuk Pertandingan Memancing Puyu Merdeka 2026 di Parit Besar SK Sungai Baharu pada 23.8.2026 (AHAD).

Yuran RM 10 sahaja dan anda berpeluang merebut hadiah utama RM 2,000 dan pelbagai cabutan bertuah. Jumpa sana nanti yer...

OP MOTOSIKAL BERSEPADU PDRM–JPJ DI DAERAH KERIAN18–19 Julai 2026 | Jalan Gula, Kuala KurauBahagian Siasatan dan Penguatk...
20/07/2026

OP MOTOSIKAL BERSEPADU PDRM–JPJ DI DAERAH KERIAN

18–19 Julai 2026 | Jalan Gula, Kuala Kurau

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah melaksanakan Op Motosikal Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taiping pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Jalan Gula, Kuala Kurau.

Operasi yang diketuai oleh ASP Kamil Bin Othman, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) Kerian, melibatkan kekuatan seramai 1 Pegawai Kanan Polis, 7 Pegawai Rendah Polis daripada BSPT IPD Kerian serta 3 anggota penguat kuasa JPJ Taiping.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 90 buah motosikal telah diperiksa melibatkan 130 orang. Hasil pemeriksaan, sebanyak 182 keping saman POL 257 telah dikeluarkan oleh PDRM atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tidak memakai topi keledar, kesalahan berkaitan lesen memandu, cukai jalan dan insurans, nombor pendaftaran, cermin sisi, aksesori serta pengubahsuaian kenderaan. Selain itu, JPJ Taiping turut mengeluarkan sebanyak 62 saman.

Dalam operasi ini juga, sebanyak 80 buah motosikal telah disita oleh PDRM manakala 10 buah motosikal lagi disita oleh JPJ atas pelbagai kesalahan yang dikesan.

PDRM Daerah Kerian akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengamalkan budaya pemanduan yang selamat demi kesejahteraan semua.

POLIS Daerah Kerian







14/07/2026

Tips cara mudah kenalpasti buah black thorn(duri hitam).

Durian kampung sekilo rm2 masih on mcm biasa jemput mai kat depan pasar awam batu 5 parit buntar perak.

Address

Parit Buntar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerian InfoZone Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share