Ridzwan Supanot

Ridzwan Supanot بسم الله الرحمن الرحيم
Content Creator | Life-time student | Salesman
"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain"

Bertanya seorang hadirin kepada Baba Hj Ghazali Ahmad Al-Fathoni;"Assalamualaikum ustaz. Sewaktu pilihanraya, mana satu ...
02/06/2024

Bertanya seorang hadirin kepada Baba Hj Ghazali Ahmad Al-Fathoni;

"Assalamualaikum ustaz. Sewaktu pilihanraya, mana satu calon yang lebih afdal di antara seorang alim dalam agama tetapi tidak mahir dalam pentadbiran, atau seorang yang mahir dalam pentadbiran tetapi tidak alim dalam agama?"

Soalan yang agak kritikal dan kontroversi dilemparkan kepada Baba Hj Ghazali di dalam dewan.

Soalan ini menjadi 'panas' kerana landskap
politik di Malaysia pada hari ini mempunyai dua orang tokoh pimpinan parti politik yang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Lalu Baba Hj Ghazali menarik nafas dan menjawab soalan tersebut dengan penuh hikmah dan berhati-hati.

"Antara syarat memilih pemimpin adalah alim dan bijak memerintah.

Jika alim sahaja tidak boleh dipilih lagi kerana Sayyidina Umar tidak melantik anaknya menjadi khalifah kerana ketidakcekapan Abdullah bin Umar dalam pentadbiran.

Jika bijak memerintah sahaja tapi tidak alim, habis rosak agama.

Seharusnya jika yang diangkat orang yang bijak memerintah, maka perlu ada seorang alim yang menjadi penasihatnya dalam agama.

Jika yang diangkat orang yang alim, maka perlu ada seorang yang bijak memerintah menjadi penasihat pentadbirannya.

Namun perkara ini mudah cakap dari buat." (hadirin ketawa)

p/s: bagi pendapat saya, perkara ini mmg susah dilakukan sekarang. Tapi susah bukan bermakna tidak boleh. Kalau nak Negara Islam maju, maka perlulah turunkan ego dan bersatu demi kesejahteraan dan keamanan Malaysia. ❤️‍🩹

"KALAU TAK PUASA TAK BOLEH RAYA"Rindu dengan ayat ni. Dulu selalu dengar mak cik Kiah sebut ayat ni. Kalau kita tak berp...
18/03/2024

"KALAU TAK PUASA TAK BOLEH RAYA"

Rindu dengan ayat ni. Dulu selalu dengar mak cik Kiah sebut ayat ni. Kalau kita tak berpuasa waktu bulan Ramadhan, kita tak boleh sambut hari raya di bulan Syawal.

Jadi, anak Mak Cik Kiah, (namanya Hakim) menggelupur nak berpuasa. Lapar macam mana pun, tetap tahan diri berpuasa.

Namun, hari ni Hakim sudah dewasa. Dah cecah umur 25 tahun. Dah jauh dengan mak nya. Mak Cik Kiah p**a dah tua. Tinggal sorang di kampung. Dah tak larat nak marah marah.

Hakim kerja kurier hantar barang setiap hari. Disebabkan takde siapa yang nak menegurnya, dengan senang lenang dia buka puasa pada waktu Zohor.

"Macam biasa Ane. Teh Ais ikat tepi satu, Nasi kandar kuah banjir." (kata Hakim sambil melihat ke kiri kanan takut orang nampak)

"Ane! Plastik hitam! Letak dalam plastik hitam." (Tambah Hakim lagi)

Selepas selesai bayar di kaunter, Hakim terus naik motor ingin mencari port boek (baik). Baru je roda nak berputar, dua orang lelaki muncul di tepi Hakim dan memegang lengannya.

"Kami dari JAIS!"

Nampak macam biasa tengok drama ni dalam TV kan? Tapi realitinya lebih teruk lagi. Ramai masyarakat melayu Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Langsung tidak ada rasa bersalah di dalam hati ketika membeli makanan dan minuman. Yang lebih dahsyat dan licik, order sahaja grab food & foodpanda.

Mereka main mainkan hukum Allah. Bila orang lain permainkan agama, mereka marah. Tapi bila diri sendiri mempermainkan agama, mereka berlebih kurang.

SIFAT DISIPLIN DIDIDIK WAKTU MASIH MUDARindu rasa hati ni apabila mengimbau pengalaman sewaktu bersekolah. Kita semua pa...
14/03/2024

SIFAT DISIPLIN DIDIDIK WAKTU MASIH MUDA

Rindu rasa hati ni apabila mengimbau pengalaman sewaktu bersekolah. Kita semua pasti ada pengalaman yang tak dapat dilupakan waktu sekolah dulu kan?

Sekolah Wan dulu di kawasan Kuala Lumpur dalam sebuah kem askar. Diluarnya kelihatan biasa biasa saja. Namun, bila masuk ke dalam, perlu daftar nama dan melaporkan diri di 3 balai dalam kem tersebut. Sungguh ketat!

Sekolah Wan seperti sekolah orang lain. Namun ada keunikan tersendiri. Apa yang best nya ialah sekolah Wan ada 2 sistem pentadbiran. 1 sistem pentadbiran akademik dan 1 lagi sistem pentadbiran ketenteraan. Macam mana tu?

Macam ni, hari hari Wan akan pergi ke kelas dari pukul 7 pagi hingga ke 2 petang. (Ini adalah waktu akademik) Sebelum pergi ke kelas Wan perlu beratur di padang kawad mengikut company masing masing. Bukan beratur dua barisan ye. Beratur 3 berisan setiap company. Ala macam orang nak kawad tu.

Selepas beratur, seorang pelajar dari kami yang telah dilantik menjadi ketua kompeni akan kira jumlah pelajar di setiap kompeni masing masing. Apabila sudah selesai mengira, mereka akan laporkan kepada ketua pelajar. Ketua pelajar akan laporkan p**a kepada Pegawai Tentera (berpangkat Major) yang bertugas pada hari itu.

Selepas selesai, barulah kami akan masuk ke kelas dengan berkawad. Ye betul! Kena kawad sebab berada di padang kawad kan!

Boleh ke lari dari perhimpunan? Jawapannya boleh je. Namun, selepas habis waktu kelas, nama kita akan dipanggil oleh Pegawai Tentera yang bertugas tadi. Selepas mendengar alasan yang diberi, kebiasaannya akan dikenakan hukuman. Antara hukumannya adalah perlu tukar pakaian kepada baju celoreng lengkap yang panas tu, berkasut boot, pakai beg askar berwarna hijau, dimasukkan pasir di dalamnya.
Di tambah lagi 1 kayu balak perlu dipikul di bahu.

Seterusnya perlu berjalan melaporkan diri di pondok pengawal di hadapan dan patah balik semula melaporkan diri di asrama. Maka, proses patah balik itu perlu berjalan sehingga mereka berkata berhenti.

Ia sebenarnya menjadi satu latihan bagi anak lelaki untuk sentiasa berani tanggung risiko. Kamu yang nak cari masalah, maka kamu kena hadapi. Kalau taknak masalah, ikut peraturan.

p/s: Hantarlah anak lelaki masuk sekolah tu kalau nak jadikan dia lebih berani dan berdisiplin. (memang dijamin hehe)

Terkejut! Sedar tak sedar, dah 9 tahun tak aktif di Facebook!9 tahun bukan sekejap bang! 9 tahun tu bersamaan 108 bulan ...
12/03/2024

Terkejut! Sedar tak sedar, dah 9 tahun tak aktif di Facebook!

9 tahun bukan sekejap bang! 9 tahun tu bersamaan 108 bulan atau 3,240 hari!

Rupanya dah banyak yang berubah di Facebook. Ingat lagi dulu masa umur 12 tahun dah mula 'update' status di facebook dengan 'caption' yang menjengkelkan. Tambah p**a dengan gambar kebudak-budakan pada era 2015, zaman aplikasi WeChat sedang menjadi tumpuan. Mungkin disebabkan tu saya 'turn off' facebook saya pada umur 18 tahun. 😂

Namun, melihat pada zaman sekarang ni, semakin ramai manusia memuatnaik kandungan yang bermanfaat dalam media sosial khususnya Facebook.

Jadi, saya terpanggil untuk sama-sama mengambil tanggungjawab memperbanyakkan postingan yang bermanfaat, menyatukan saudara sesama Islam, memberi inspirasi dan bertukar pendapat di halaman ini.

Disclaimer: saya masih dalam proses meneroka dunia yang luas ini. Jadi, kesilapan tu adalah pasti. Saya hanya berkongsi sebutir pengalaman hidup daripada beribu cebisan yang lain.

(Gambar ni sewaktu PKP dulu. Kedai gunting rambut tak buka waktu ni 😂)

Address

Pasir Gudang

Telephone

+60187606242

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ridzwan Supanot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share