Nota Jutawan Syurga

Nota Jutawan Syurga Sebarang pertanyaan , katalog kita ⬇️ https://linktr.ee/allahummasollialamuhammad

KARNIVAL HIJRAH!📅 21–23 November 2025📍 Felda Air Tawar 2Kalau datang karnival nanti wajib singgah booth kami. Celup Celu...
20/11/2025

KARNIVAL HIJRAH!
📅 21–23 November 2025
📍 Felda Air Tawar 2

Kalau datang karnival nanti wajib singgah booth kami. Celup Celup Air Tawar As MANIS

3 hari tu, kawasan Felda Air Tawar 2 memang meriah:
✨petandingan Nasyid
✨ Dakwah Live
✨ Hijrah Berselawat
✨ Pameran & jualan usahawan
… dan kami salah satu booth yang confirm buat awak berhenti lama sikit 😉

Datang awal, bawa family, lepak sambil makan. Jumpa di Karnival Hijrah booth Celup Celup Air Tawar.

Jangan lelah mengingatkan
اللهم بلغنا رمضان
Allahumma Ballighna Ramadhan
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

#2026

100 hari menuju Ramadan.Seratus hari lagi sebelum langit Subuh disambut dengan azan yang paling dirindui.Seratus hari la...
11/11/2025

100 hari menuju Ramadan.
Seratus hari lagi sebelum langit Subuh disambut dengan azan yang paling dirindui.
Seratus hari lagi sebelum kita kembali pada bulan penuh ampunan dan kasih.

اللهم بلغنا رمضان
Allahumma Ballighna Ramadhan
“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

TV TCL Q6C
https://s.shopee.com.my/7AVdlD6844
https://vt.tiktok.com/ZSH31bBS5row3-nHEDX/

#2026

17/10/2025

Selawat sekejab
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

30/09/2025

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Dua doa yang tidak ditolak: doa ketika azan dikumandangkan dan doa ketika hujan turun.”
(HR. Abu Daud)

05/08/2025

“Di rumah, pijak semut pun tak mati.”
Anak kita nampak lembut, sopan… tapi cikgu kata dia pembuli?

S**ar diterima, tapi hakikatnya buli bukan hanya tumbuk dan sepak. Ia boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, atau sindiran berulang.

Kadang-kadang, yang nampak ‘baik’ di rumah… sebenarnya melepaskan kuasa di luar, terutamanya jika dia:
• Panas baran bila ditegur
• S**a mengarah dan kawal rakan sebaya
• Label orang dengan gelaran mengejek

Kajian psikologi oleh Olweus (Norway) menunjukkan bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras, atau mereka sendiri pernah jadi mangsa.
Buli ini bukan perangai, tapi corak tingkah laku yang dipelajari dan ia bergerak dalam satu kitaran.

Jika tidak dihentikan, anak yang membuli hari ini, akan membesar menjadi pasangan yang mengawal, ketua yang menindas, atau ibu bapa yang mewariskan gaya yang sama.

Apa Tindakan Ibu Bapa?

✅ Tengok semula cara kita bergurau atau marah anak di rumah
✅ Dengarkan laporan cikgu atau rakan tanpa cepat menafikan
✅ Jangan halalkan ejekan sebagai ‘gurauan’
✅ Bantu anak kenal emosi dan kesannya pada orang lain

Buli adalah kitaran. Dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau dihentikan.

05/08/2025

Kita imbas kembali ke tahun 1992. Ketika itu, dunia menyaksikan kekejaman Perang Bosnia pembunuhan etnik besar-besaran terhadap umat Islam Bosnia oleh tentera Serb.

Lebih 100,000 terbunuh, ratusan ribu wanita diperkosa, berjuta menjadi pelarian. Anak-anak kelaparan. Ibu-ibu menggigil dalam kesejukan musim salji. Ramai tidur tanpa makanan, menangis tanpa dipedulikan dunia.

Ketika itu, tiada media sosial. Tiada Twitter. Tiada Instagram. Tiada TikTok untuk viralkan penderitaan. Dunia diam. Media Barat melapor sepintas lalu. Tapi Malaysia, tidak membisu. Malaysia berdiri teguh menyokong Bosnia bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi dengan tindakan.

Dalam suasana darurat itu, ayam Bosnia lahir. Ia bukan masakan mewah. Ia ayam biasa, diperap dengan rempah yang ada: sedikit bawang, serbuk paprika, minyak dan garam. Dibakar dalam dulang besi besar, cukup untuk agih pada ramai. Tiada sos. Tiada hiasan. Tapi baunya membangkitkan selera, dan rasanya jadi kenangan.

Apabila sukarelawan Malaysia hadir ke bumi Bosnia, mereka bukan sekadar membawa bantuan, tapi juga menerima kasih. Mereka makan bersama pelarian, melihat sendiri bagaimana satu dulang ayam mampu buat satu khemah tersenyum.

Mereka tak bawa pulang resipi asli. Tapi mereka bawa pulang satu ingatan: bagaimana satu dulang ayam yang kurus, dibakar kosong, mampu buat satu khemah tersenyum.

Maka hidangan itu dihidupkan semula di tanah air, sebagai Ayam Bosnia. Ayam yang rangka, perapan sederhana, dibakar perlahan. Dan ya rangkanya mengingatkan kita kepada tubuh anak-anak Bosnia yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang.

Hari ini, Bosnia telah aman. Anak-anak itu telah membesar. Masjid dan kampung mereka kembali ceria. Tapi jika anda bertanya orang Bosnia sendiri tentang “Ayam Bosnia”, mereka mungkin kebingungan. Kerana menu ini bukan dari sana ia lahir dari hati kita.

Ayam Bosnia bukan tentang rasa. Ia tentang ingatan. Tentang luka. Tentang solidariti. Tentang waktu dunia diam, tapi Malaysia hadir.

05/08/2025

Ramai yang dah baligh… tapi masih tak tahu apa itu Ilmu Fardhu ‘Ain. Kalau tak belajar, kita mungkin buat ibadah tapi ta...
29/07/2025

Ramai yang dah baligh… tapi masih tak tahu apa itu Ilmu Fardhu ‘Ain. Kalau tak belajar, kita mungkin buat ibadah tapi tak sah!

Jom saya belajar yang kita wajib tahu Nak dapatkan buku atau rakaman kelas? Klik di sini 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSS6cHLg9/

Bismillahirrahmanirrahim. Kadang kita nak tablet bukan sebab nak nampak ‘wow’… tapi sebab nak mudahkan hidup.Nak edit ga...
28/07/2025

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang kita nak tablet bukan sebab nak nampak ‘wow’… tapi sebab nak mudahkan hidup.
Nak edit gambar anak, design bisnes kecil, atau sekadar baca & tulis nota."

Masalahnya?
Harga tablet baru sekarang boleh buat kita fikir 3-4 kali nak beli.

Tapi… ada satu model Xiaomi Mi Pad 4 (8”) yang ramai cari sebab masih relevan & mampu milik.
https://vt.tiktok.com/ZSS2cLxbS/

Bismillahirrahmanirrahim, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍKita kata kita cinta Nabi ﷺ… tapi hidu...
27/07/2025

Bismillahirrahmanirrahim,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Kita kata kita cinta Nabi ﷺ… tapi hidup kita selari risalah Baginda?

Cinta Nabi ﷺ bukan sekadar kata, tapi bukti dengan ikut sunnahnya.

Allah berfirman: "Jika benar kamu cintai Allah, ikutilah Rasulullah ﷺ, nescaya Allah akan mencintaimu..." (Ali ‘Imran: 31).

Mari muhasabah:
- Solat kita terjaga?
- Akhlak kita mencontohinya?
- Hidup kita selari syariatnya?

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum... Selamat petang selamat berhujung minggu🌸اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ و...
26/07/2025

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum... Selamat petang selamat berhujung minggu🌸
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Jangan lupa baca surah Al Kahfi dan selawat setiap hari. Dan jangan lupa doakan mereka yang telah pergi


Address

Pasir Gudang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Jutawan Syurga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share