
19/06/2025
Dapat KERJA di DUBAI. Senang ke Susah?
Ya, serius. Ramai orang ingat susah sangat nak kerja kat luar negara. Tapi Dubai lain sikit.
Sebab apa?
Sebab 90% tenaga kerja kat sini... bukan orang Arab pun!
Yang urus ekonomi, yang bangunkan bandar, yang kerja dalam mall, dalam ofis, dalam restoran β semuanya orang luar.
Tu sebab:
Ada lebih 700,000 rakyat Filipina kat sini,
Lebih sejuta orang Pakistan,
Ratus ribu warga India dan China,
Dan tak kurang juga, ribuan orang Malaysia yang menetap dan bekerja kat Dubai.
Saya pun salah seorangnya.
So kalau anda diberi peluang untuk kerja luar negara, anda terbuka tak?
Dubai memang banyak peluang. Tapi kena tahu caranya.
Ramai orang tanya saya... βMacam mana nak mula?β
Jawapan saya: Mudah je.
Langkah 1 β Cari kerja di Dubai melalui website. Ada banyak platform. Tak perlu pergi mana-mana pun, apply online je.
Langkah 2 β Kalau dipanggil, temuduga pun melalui Zoom. Standard.
Langkah 3 β Kalau diterima, syarikat tu yang akan uruskan semua dokumen β dari work visa sampailah ke residency. Dubai memang ada sistem yang tersusun bab ni.
Cuma flight, kebiasaannya kena tanggung sendiri. Tapi ada juga syarikat yang bagi tempat tinggal percuma.
Dan yang bestnya, tak perlu pun guna agent kalau ikut cara ni.
Tapi kalau anda nak datang Dubai untuk buka perniagaan macam saya, itu cerita lain. Prosesnya tak sama. Tapi untuk cari kerja, langkah-langkah tadi dah cukup.
Soalan ikhlas... kalau diberi peluang β anda pilih negara mana untuk kerja?
Dubai? Australia? Korea? Qatar?
Atau... anda nak mulakan perniagaan sambilan dari rumah dulu, sebelum fikir kerja kat luar negara?
Kalau anda sedang cari idea bisnes yang berbaloi dan sesuai dengan diri sendiri, saya jemput anda MALAM INI join webinar percuma saya di sini: π www.NakJualApa.com
Ramai yang dah join dan dapat idea untuk mula berniaga secara sambilan, tanpa perlu berhenti kerja pun.
Cuba dulu, baru tahu.
β ik
Dubai