In Motion Media

In Motion Media Independent motorsport media
Info / Media / Photography
Stay InMotion With Us🏁

Jumpa korang di Tangkak Johor! Round 1 Malaysian Cubprix
24/04/2026

Jumpa korang di Tangkak Johor! Round 1 Malaysian Cubprix

Eastel TKKR Racing Team sah kembali ke Malaysia Cub Prix 2026 bagi kategori CP150.Kembalinya pasukan ni boleh kata agak ...
10/04/2026

Eastel TKKR Racing Team sah kembali ke Malaysia Cub Prix 2026 bagi kategori CP150.

Kembalinya pasukan ni boleh kata agak menarik perhatian, lagi-lagi dengan kemunculan Eastel sebagai MVNO baru dalam Malaysia. Nampak macam diorang nak masuk scene dengan approach lebih dekat kepada komuniti permotoran dan generasi baru.

Untuk musim kali ni, team akan guna Modenas Z15GT sebagai jentera utama — satu perubahan besar sebab sebelum ni lebih dikenali dengan jentera Yamaha.

Menurut Team Principal, Adam Fiqrie, diorang yakin Modenas sekarang berada pada tahap yang cukup bersedia untuk bersaing dengan jenama-jenama dominan dalam perlumbaan tempatan.

Setakat ni, barisan pelumba masih belum diumumkan. Tapi kalau ikut perancangan, update lanjut akan keluar dalam masa terdekat. Dalam masa sama, pasukan ni juga masih membuka ruang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk jadi penaja atau rakan strategik.

min baru balik shift malam nak cari kantil tapi jumpak hot news












In Motion.

Unpopular opinion: Sendiri Majikan Sendiri Staff…StayInMotion!
07/04/2026

Unpopular opinion: Sendiri Majikan Sendiri Staff…

StayInMotion!

So actually min terfollow je bos Nizam Nasir Mctajams pegi event bos TKKR Racing Team asbab sahabat🤝Thank you Bos Bobby ...
02/04/2026

So actually min terfollow je bos Nizam Nasir Mctajams pegi event bos TKKR Racing Team asbab sahabat🤝

Thank you Bos Bobby belanja makan😆😬

So far bukan join venture ye antara Mctajam dengan TKKR😅😂

Kang min pulak kena attack japlagi

StayinMotion!

Min perati je bos Nizam Nasir Mctajams ni👀Dengan siapa dia borak tu rahsia kot tapi yang penting tangan ade Gaya heheSta...
01/04/2026

Min perati je bos Nizam Nasir Mctajams ni👀

Dengan siapa dia borak tu rahsia kot tapi yang penting tangan ade Gaya hehe

StayInMotion!

26/03/2026
Dengar cite ada yang dah iron baju raya katanya semangat lebaran tapi apakah daya extend sehari lagi🤣🤣🤣Korang bawak besa...
19/03/2026

Dengar cite ada yang dah iron baju raya katanya semangat lebaran tapi apakah daya extend sehari lagi🤣🤣🤣

Korang bawak besabar eh
Esok jangan lupa bangun sahur tau😂😂

Min nak amik kesempatan ni untuk ucap selamat hari raya aidilfitri buat semua follower min

Stay in motion!

Modenas kini secara rasmi kembali ke pentas perlumbaan Petronas Malaysian Cub Prix bagi musim 2026 menerusi platform pas...
09/03/2026

Modenas kini secara rasmi kembali ke pentas perlumbaan Petronas Malaysian Cub Prix bagi musim 2026 menerusi platform pasukan Petrolpenn McTajam SMR Racing Team dalam kategori Pro-Am.

Langkah ini dilihat sebagai strategi baharu Modenas untuk kembali merancakkan kehadiran jenama tempatan itu dalam arena Cub Prix, sambil memberi ruang kepada pasukan serta pelumba tempatan membawa cabaran menggunakan jentera mereka di pentas kompetitif.

Kerjasama bersama Petrolpenn McTajam SMR Racing Team juga membuka peluang kepada beberapa pelumba berpengalaman untuk bersaing dalam kategori Pro-Am, yang sememangnya terkenal sebagai antara kelas paling sengit dalam Petronas Malaysian Cub Prix.

Barisan Pelumba Pro-Am 2026
• Syafiq Ali Liaquat Ali
• Nurahmaf Fariz Nazreen
• Muhammad Aqid Jumali

Menarik untuk melihat bagaimana projek ini akan berkembang sepanjang musim, terutama dengan gabungan pengalaman pasukan serta sokongan daripada Modenas dalam kempen Cub Prix tahun ini.

Stay Inmotion With Us. 🏁

Petrolpenn McTajam SMR Racing Team secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba mereka bagi menghadapi musim baharu Petro...
08/03/2026

Petrolpenn McTajam SMR Racing Team secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba mereka bagi menghadapi musim baharu Petronas Malaysian Cub Prix 2026 yang dijangka kembali dengan saingan lebih sengit musim ini.

Pelancaran pasukan tersebut turut menandakan permulaan kerjasama baharu bersama penaja utama Petrolpenn, sekali gus membawa hala tuju baharu buat pasukan dalam usaha memperkukuhkan kedudukan mereka dalam saingan Cub Prix.

Bagi musim ini, pasukan akan bersaing dalam dua kategori utama iaitu CP125 dan Pro-Am, dengan barisan pelumba yang dipertaruhkan untuk membawa cabaran pasukan sepanjang musim.

Barisan Pelumba Musim 2026

CP125
• Adam Ahmad Saidi

Pro-Am
• Syafiq Ali Liaquat Ali
• Nurahmaf Fariz Nazreen
• Muhammad Aqid Jumali

Kategori Pro-Am sememangnya dikenali sebagai antara kelas paling kompetitif dalam Petronas Malaysian Cub Prix kerana sering menampilkan gabungan pelumba berpengalaman serta pelumba yang pernah bersaing dalam kategori lain seperti CP125 dan CP150.

Dengan gabungan barisan pelumba kompetitif serta sokongan teknikal daripada MForce Bike Holdings, Modenas dan Honda, pasukan ini dijangka mampu memberikan cabaran sengit kepada pasukan lain sepanjang musim.

Musim 2026 dijangka menjadi antara musim yang paling kompetitif dalam sejarah kejohanan ini dengan penyertaan pelbagai pasukan dan pelumba berbakat dari seluruh negara.

Petrolpenn 1.2L-https://s.shopee.com.my/6fcOIYl0q5

Stay Inmotion With Us. 🏁

Address

Penaga

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when In Motion Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to In Motion Media:

Share