Sang Bayu Jiwa

Sang Bayu Jiwa Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.

Bahagia itu sebenarnya mudah. Tapi terlalu banyak prasangka yang mengatasi rasa.
01/02/2023

Bahagia itu sebenarnya mudah. Tapi terlalu banyak prasangka yang mengatasi rasa.

Niat sangat penting bila kita buat sesuatu sebab bila niat kita salah; lama-kelamaan kita akan mula rasa bosan dan semua...
24/05/2022

Niat sangat penting bila kita buat sesuatu sebab bila niat kita salah; lama-kelamaan kita akan mula rasa bosan dan semuanya akan hambar seiring waktu berjalan.

Maka, sentiasalah perbaiki niat kita dalam melakukan sesuatu dan sentiasalah niat melakukan sesuatu (yang baik) kerana Allah. Kalau niat kerana Allah,walaupun kita terpaksa buat perkara tersebut sampai tak tidur/tak cukup tidur kita tetap akan rasa bahagia sebab kita tahu; Allah nilai segala perbuatan kita dan insya Allah kalau apa yang kita buat tu satu kebaikan,mengikut cara yang betul ,bersungguh-sungguh dan tidak melanggar hukum-hakam yang ditetapkan dalam Islam maka ia juga dikira sebagai ibadah. ❤️

setiap hari adalah hadiah daripada Allah.Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan terus belajar mara...
04/01/2022

setiap hari adalah hadiah daripada Allah.

Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan terus belajar mara kehadapan.

Jadilah pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita boleh.

Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.

Tak mengapa, itu adalah perkara biasa.

Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita.

Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah.

InsyaaAllah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita.

"Bila nampak kekurangan orangtidak perlu kamu ketawakan,Tidak semua orang sempurnadalam segala hal,Bila tengok kelebihan...
21/12/2021

"Bila nampak kekurangan orang
tidak perlu kamu ketawakan,

Tidak semua orang sempurna
dalam segala hal,

Bila tengok kelebihan orang
jangan kamu iri hati,

Sebab setiap orang ada kelebihan
masing-masing ada kelebihan sendiri.

Bersyukur atas pemberian Allah
pergunakan ia sebaik-baiknya."

Setiap manusia itu adalah musafiryang bertualang didunia inimenuju pada satu titik destinasi takdir...dalam pertualang y...
24/11/2021

Setiap manusia itu adalah musafir
yang bertualang didunia ini
menuju pada satu titik destinasi takdir...
dalam pertualang yang singkat ini
setiap manusia itu menempuh pengalaman yang berbeza-beza..
tetapi dengan satu tujuan...

07/11/2021

So recently, we had a fight.
A typical husband-wife fight.
Cuma kali ni lebih intense.

Bila keadaan kembali tenang,
suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.

Ye lah kan.
Dah beberapa tahun kawen, banyak benda berubah.
Cinta dah tak semekar dulu.
Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah.
But apparently, semua yang dirasakan best masa awal2 kawen dulu, semakin hambar.

Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semuaaaa benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis2 ni--
tangan jadi machine gun terus.
Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuannn.

Settle senaraikan semuanya,
tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.

He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote.
I read it point by point.
Page by page.

He gave 100% attention and didn't say a word.

Habis je aku baca semua, suami jawab--
"Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya."

Dan dia diam semula.

"Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?"
I urged him to read his list.

Dia senyum je.
Sambil geleng, dia cakap--
"Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je."

Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami.
"Tipu lah. Takkan takde apa2. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je."
He smiled and replied,
"Dah beberapa tahun nie papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak."

"Kenapa taknak?"

"Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1001 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama."

I cried,
and we hugged each other.
Sekian perbincangan hati ke hati.
Penat tangan aku transform jadi machine gun dan tulis panjang2.

Tapi ada 5 perkara yang aku belajar:

❤️As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.

❤️Makin lama kawen, makin banyak lah kekurangan masing2 terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa-- pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.

❤️Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri-- adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.

❤️Kadang2 kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.

❤️Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond-- someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it's a friendship.
Semoga perkongsian malam ni bermanfaat.

Jadi wahai bini-bini sekalian,
udah-udah la tu mengungkit.

Buang setiap titik sombong dalam diri kita. Jangan biarkan ia menjadi sebab kita dibenci dan didoa dalam kebencian..mesk...
26/10/2021

Buang setiap titik sombong dalam diri kita. Jangan biarkan ia menjadi sebab kita dibenci dan didoa dalam kebencian..meski siapa pun kita
percayalah kita semua diuji dengan sifat dalaman yang sungguh mencabar.

3 TANDA KEKOTORAN HATI1. DengkiAmat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjat...
21/10/2021

3 TANDA KEKOTORAN HATI

1. Dengki

Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak

Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.

Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta. Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri kita sahabat semua.. Andai sikap sebegini ada pada kita, marilah kita sama- sama ubah segera hari ini juga!!!!

Insya-Allah….

Aku inginkan kamu menjadi wanita teristimewa dalam hidupku,Akan aku jadikan kamu yang paling indah dalam hidupku.Perkong...
05/10/2021

Aku inginkan kamu menjadi wanita teristimewa dalam hidupku,
Akan aku jadikan kamu yang paling indah dalam hidupku.

Perkongsian hidup bukan sahaja tentang penyatuan dua hati,
Tetapi juga dua buah keluarga yang tak pernah mengenali,
Dengan niat menyemai kasih suci,
Menyimpul ikatan nan abadi.

Sungguh,
Jodoh itu sebuah rahsia yang paling cantik susunannya,
Dari yang tidak pernah menyangka,
Hingga yang telah kenal bertahun lamanya,
Bahkan ada yang seketika cuma,
Dan ada hingga yang ke hujung nyawa.

Aku tidak meminta kemewahan harta benda,
Yang aku damba cuma setia,
Yang aku pinta cuma kasih setulusnya,
Dan yang aku mohon adalah susah senang bersama.

Sayang,
Adakah kau sudi?
Mengikat janji,
Menyimpul abadi,
Dengan lafaz hakiki dan suci,
Menjadikan kamu suri hati,
Dan bidadari.

Dan aku,
Pelindung,
Penyeri,
Imam dan juga abi,
Pada permata hati nanti….

APAKAH KAU SUDI….??

Kesenangan hanya boleh membeli tilam yang empuk tetapi ketenangan itu yang memberikan tidur yang lena...Tidur yang lena ...
16/07/2021

Kesenangan hanya boleh membeli tilam yang empuk tetapi ketenangan itu yang memberikan tidur yang lena...

Tidur yang lena adalah hadiah Allah SWT buat hati yang ingat padaNya dan memaafkan kesalahan sesama manusia.

Tidur lena itu petunjuk hati yang tenang, hati yang terikat dengan pencipta tetapi melepaskan segala permusuhan dengan manusia.

Oleh itu,awas...jika tidur mu selalu tidak lena...

Selamanya kamu itu syair aku...Walaupun kau tidak nampak pada zahir...Namun aku biarkan kamu..hadam secara batin..Lirik ...
16/05/2021

Selamanya kamu itu syair aku...
Walaupun kau tidak nampak pada zahir...
Namun aku biarkan kamu..
hadam secara batin..
Lirik aku khaskan untuk kamu...
Bicara hati aku berkata-kata..
Irama aku tidak akan mati sendiri..
Selagi senyum mu masih di jiwa ini,
Cinta hakikat yang perit sakit..
Senyum walaupun hanya dimata dan dikunci dalam jiwa...
cinta kita bertemu di langit Ilahi....



Aku hanyalah wanita biasa.Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.Aku h...
30/03/2021

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.

Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.

Pasangan yang berlandaskan ketakwaan-NYA.
Pasangan yang mengharapkan Surga-NYA.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keridhaan-Nya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan-Nya.

Seseorang yang hatinya terpaut kepada-Nya.
Seseorang yang mengikuti sunnah Rasul-Nya.
Seseorang yang berpedoman pada Kitab-Nya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.

Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah-Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.

Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Surga bagi Suami dan anakku.

Hanya satu keinginanku.

Iaitu ingin menjadi seorang zaujah sholeha..

Address

Penang Island

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sang Bayu Jiwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category