12/01/2026
BESARNYA GAJI RM5000?
Kisah Seorang M40. Seorang budak biasa. Berhempas pulas study sampai dapat degree. Masuk kerja, gaji RM5500, bunyi sedap kan?
Mestilah dia nak pakai kereta yang selesa sikit sesuai dengan kerja dia. Dia apply Honda City low spec. Sebulan RM900.
Nak beli rumah PPR? Maaf, tak layak. Jadi dia beli rumah RM300k, loan 30 tahun. Sebulan RM1450. Lepas tu dia kahwin.
Isteri suri rumah. Anak 2 orang. Gaji RM5500 tadi, lepas bayar komitmen tinggal lebih kurang RM2000 bersih.
Nak masukkan anak tadika KEMAS? Maaf, dalam sistem dia tak layak. Dia takda pilihan, dia masukkan anak2 dia tadika swasta.
RM500 seorang. Anak dua. RM1,000 sebulan. Belum masuk lagi yuran tahunan, buku, baju, aktiviti.
STR? Dapatlah sikit. Pergi Lotus, dapatlah suku troli. Padahal PCB tiap2 bulan potong macam gaji dia anak Datuk.
Akhirnya, nak tak nak, isteri kena kerja. Honda City kena let go lepas tu downgrade ke Bezza.
Dia pun kerja keras. Dapatlah kenaikan gaji. Sekali tengok slip, bersih tetap sama sebab bracket cukai dah lain. Demi anak2, dia telan ego, potong lifestyle, kehendak, impian.
Itulah M40. Tak miskin, tapi sentiasa sesak. Tak layak bantuan, tapi paling kuat menyumbang.