Rawatan Islam Al Fattah

Rawatan Islam Al Fattah Rawatan Islam Al Fattah.

*KISAH DAN TAULADAN*Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.. ada seorang yang busuk hati nya ingin men...
14/03/2022

*KISAH DAN TAULADAN*

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.. ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir.. lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.. maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.... kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir.. ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.. Syekh Abdul Qadir s**a makan ayam.. dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain.. ia akan makan separuh sahaja. Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya... maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..*

*Pakcik ada anak namanya ini???..*

*Jawapan si bapa: ya ada..*

*Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir???..*

*Jawab si bapa: ya.*

*Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..*

*Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..*

*Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.. wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.. saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama'..*

*Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja.. kalau begitu ambillah anakmu.. maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk p**ang.. ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan p**ang.. bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.. ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul.. maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.... wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula.. tuan didik lah anak saya... ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing... ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu.. maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.. bukan aku tidak mahu menerimanya kembali.. tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.... ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu.. disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU.. maka anak yang menjadi mangsa.. begitulah ADAB dalam menutut ilmu... anak, mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru.... betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.... kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..*

*Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya.. kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu.. maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu...semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita... Aamiin.*

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃Nilai Zikrullah - Dalam kehidupan seorang Muslim untuk jiwa yang lebih tenang Zikrullah adalah anta...
05/07/2021

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Nilai Zikrullah - Dalam kehidupan seorang Muslim untuk jiwa yang lebih tenang

Zikrullah adalah antara amalan yang dapat menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang menceritakan kepentingan zikrullah dan kesannya kepada ketenteraman jiwa.

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ini termasuk berzikir melalui hati, lidah dan seluruh anggota badan. Jelasnya, zikrullah atau mengingati Allah ini adalah makna umum dan tidak tertumpu hanya kepada zikir lidah sahaja sebagaimana yang difahami oleh ramai orang.

Apa sahaja perbuatan atau gerak laku yang membolehkan kita mengingati-Nya serta mendapat keredhaan-Nya, maka itu sudah termasuk dalam erti kata zikrullah dalam pengertian yang sebenar-benarnya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu hati akan tenang tenteram. (Ar-Rad: 28).

Allah s.w.t. memerintahkan orang Islam agar mengingati-Nya dalam semua keadaan serta jangan menyibukkan hati mereka dengan mengalihkannya kepada yang lain selain Allah supaya tidak terputus hubungan mereka dengan Maha Pencipta. Firman-Nya yang bermafhum: Kemudian apabila kamu telah selesai mendirikan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, atau semasa kamu berbaring. (An-Nisa: 103)

Berkata Ibnu Taimiyah: Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?''

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kamu memuji-Nya pada waktu pagi dan petang. (Al-Ahzab: 41-41).

Firman-Nya lagi yang bermaksud: Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.'' (Al-Muzammil: 8).

Abu Hayyan dalam kitab tafsirnya, Bahr al-Muhit mentafsirkan ayat di atas sebagai berkekalanlah dalam mengingati Allah yang merangkumi segala bentuk zikir daripada tasbih, tahlil, tahmid dan lain-lain.

Dalam ayat ini juga Allah memerintahkan Rasul-Nya agar sentiasa berzikir kepada-Nya dengan lidah dan hati pada waktu malam dan siang, sewaktu bersendirian atau bersama orang ramai. Allah juga mengingatkan Rasul-Nya supaya janganlah terhalang daripada sentiasa mengingati-Nya meskipun sibuk berurusan (berdakwah) di tengah-tengah orang ramai.

Ketika berhadapan dengan musuh, Allah turut menggesa kaum Muslimin agar tetap berzikir. Firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pas**an (musuh), maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Anfal: 45).

Allah juga memerintahkan umat Islam agar berzikir mengingati-Nya pada waktu pagi dan petang. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang. (Al-Insan: 25).

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan bahawa para malaikat akan memayungi orang-orang yang mengingati Allah, melimpahkan mereka dengan rahmat serta beroleh rasa ketenangan. Sabda baginda yang bermaksud: Tidaklah berhimpun suatu kaum kerana mengingati Allah, melainkan mereka akan dinaungi oleh para malaikat, dilimpahkan dengan rahmat serta diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah menyebut mereka (meningkatkan darjat) di kalangan orang yang berada di sisi-Nya. (Riwayat Muslim).

Jiwa yang sering lalai daripada zikrullah akan mudah buta mata hatinya. Berapa ramai manusia yang Allah sayang dan redha meskipun buta matanya? Namun berapa ramai p**a manusia yang Allah murka dan hina kerana buta mata hatinya? Firman-Nya yang bermaksud: Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata zahir mereka yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj: 46).

Firman-Nya lagi di dalam Surah

Taha ayat 124-126: Dan sesiapa yang berpaling daripada mengingati-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. Lalu dia bertanya, Wahai Tuhanku? Mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulu (di alam dunia) celik? Allah menjawab (dengan firman-Nya), telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar sentiasa membasahkan lidah dan sentiasa melatih hati dengan zikrullah. Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Bisyr bahawa seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah banyak ke atasku sedangkan aku seorang yang telah lanjut usia. Oleh itu beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikannya pegangan. Jawab Rasulullah, Jadikanlah lidah engkau sentiasa basah dengan zikrullah.

Banyak fadilat atau kelebihan berzikir yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis baginda. Antaranya baginda menyifatkan majlis zikir itu umpama taman syurga. Sabdanya bermaksud: Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Maka bertanya para sahabat, Apa itu taman syurga?'' Jawab baginda, ``Majlis zikir.'' (Riwayat at-Tirmizi).

Dalam kitab Tanbih al-Ghafilin ada dinyatakan lima kelebihan dan faedah berzikir, iaitu mendapat keredhaan Allah, akan menambahkan kesungguhan dalam melaksanakan ketaatan, terkawal daripada hasutan syaitan, melembutkan hati dan mencegah daripada melakukan maksiat.

Allah menegaskan di dalam al-Quran agar kita menjadi orang yang sentiasa berzikir sambil berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka p**a memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka. (Ali Imran: 191).

Sesungguhnya para penzikir akan mudah terdorong melakukan kebajikan dan tercegah daripada melakukan kemungkaran. Malah mereka juga akan dapat merasai bahawa Allah seolah-olah sentiasa bersama mereka dalam setiap amalan yang dikerjakan. Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w. adalah penzikir yang paling layak dan utama untuk kita contohi dan ikuti.

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada kamu. (Al-Baqarah: 152).

Semoga zikrullah akan selalu menjadi santapan rohani dan sentiasa bernadi di dalam kehidupan kita, sama ada zikrullah dalam bentuk detikan hati, pengucapan lidah atau amal perbuatan.

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

BERHATI EMAS ATAU BERHATI KAYU ITUPilihan yang ditakdirkanSuatu ketika, Sultonul Auliya’ Syekh Abdul Qadir al-Jailani be...
29/06/2021

BERHATI EMAS ATAU BERHATI KAYU ITU
Pilihan yang ditakdirkan

Suatu ketika, Sultonul Auliya’ Syekh Abdul Qadir al-Jailani bersama murid-muridnya berpapasan dengan seorang pemabuk yang teler berat.

Walaupun dengan kondisi mabuk berat, si pemasuk itu memberikan 3 pertanyaan kepada Syekh Abdul Qadir al-Jailani.

Pertama :
“Ya Syekh, apakah Allah SWT mampu merubah pemabuk sepertiku menjadi ahli ta’at?
Syekh Abdul Qadir al-Jaalani menjawab: “Iya, mampu.”

Kedua:
“Apakah Allah SWT mampu merubah ahli ma’siat sepertiku menjadi ahli ta’at setingkat dirimu?”
“Sangat mampu,” jawab Syekh Abdul Qadir al-Jailani.

Ketiga:
“Apakah Allah SWT mampu merubah dirimu menjadi ahli ma’siat sepertiku?”
Tanpa menjawab pertanyaan tersebut, Syekh Abdul Qadir al-Jailani menangis dan tersungkur dan bersujud kepada Allah SWT.

Murid-murid Syekh Abdul Qadir al-Jailani kebingungan dan bertanya, “ada apa wahai Syekh?”
“Betul sekali orang ini. Kapan saja Allah SWT mampu merubah nasib seseorang termasuk diriku.

Siapa yang menjamin diriku bernasib baik meninggal dengan husnul khatimah,” kata Syekh Abdul Qadir al-Jailani.

Sekelas Syekh Abdul Qadir al-Jailani yang sangat masyhur kewaliannya saja begitu khawatir dengan dirinya dan tak pernah bangga dengan maqam kewaliannya, apalagi dengan kita yang belum ada apa-apanya.

Tak ada alasan untuk bangga diri dengan amal dan selalu berusaha untuk menjadi lebih baik sepanjang hayat.

Sehingga dalam setiap rakaat sholat kita, diwajibkan membaca doa ini, karena manusia itu rawan terpeleset.

اِھْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَـقِيْمَ

" Tunjuki kami jalan yang lurus "

صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ ۙ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ

" (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau ( beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (p**a jalan) mereka yang disesat kan

ZIKRULLAH MAKANAN AKHIR ZAMANAllah SWT menugaskan malaikat seramai 3000 untuk mengawal Al-Mahdi, seraya memukul orang ya...
29/06/2021

ZIKRULLAH MAKANAN AKHIR ZAMAN

Allah SWT menugaskan malaikat seramai 3000 untuk mengawal Al-Mahdi, seraya memukul orang yang memusuhi dan menentang Al-Mahdi .

Al-Mahdi akan menguasai dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulqarnain dan Nabi Sulaiman AS. Al-Masih Dajjal tidak akan masuk ke kota Madinah kerana takut, pada hari itu Kota Madinah mempunyai tujuh pintu yang pada setiap pintu dijaga oleh dua Malaikat.

Mereka (golongan beriman di zaman Dajjal) akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan.
Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat.

Ditahun pertama Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit. Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.

Seorang lagi bertanya,lalu apakah manusia akan hidup saat itu? Baginda menjawab,
“Mereka akan hidup menerusi tahlil, tahmid, takbir dan tasbih.Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka“ (HR Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadeeth Sahih dengan syarah Muslim)

*_Iman Yakin_*Perkara yang paling penting bagi manusia hidup di dunia yang sementara dan di akherat yang selama-lamanya ...
29/06/2021

*_Iman Yakin_*

Perkara yang paling penting bagi manusia hidup di dunia yang sementara dan di akherat yang selama-lamanya adalah perkara IMAN.

Kalimah Iman : Laa ilaaha illa Allah
Nilai Iman : Sekecil-kecilnya Iman akan dibalas dengan surga 10 kali lipat dunia
besarnya
Standar Iman : Seluruh jasad kita dapat taat kepada Allah, dan terhindar dari perbuatan maksiat.
Puncak Iman : Tidak terkesan dengan segala suasana tetapi membuat kesan pada setiap suasana
Tanda Iman Betul : Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya pada Iman dan Amal sholeh
*_Tanda Iman Salah : Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya mengandalkan kebendaan atau keduniaan,_*

Tanda Iman Kuat : Selalu melihat kebaikan orang lain dan menonjolkan keburukan diri sendiri
Tanda Iman Lemah : Selalu melihat keburukan orang lain dan menonjolkan kebaikan siri sendiri

Tanda Iman Meningkat : Apabila sentiasa cuba mengikuti cara hidup sunnah Rasulullah saw
Tanda Iman Menurun : Apabila sentiasa leka d lalai dan kita banyak melakukan perbuatan sia-sia / maksiat
Tanda Iman Sempurna : Tidak terkesan dengan maju mundurnya keduniaan, tetapi akan merasa rugi dan menyesal apabila ada amal sholeh yang luput atau tertinggal

Apabila iman lurus, maka amal manusia akan menjadi lurus
Apabila amal manusia lurus, maka akan mendatangkan ridha Allah SWT

Apabila ridha Allah SWT telah datang, maka ehwal, suasana dan keadaan kita akan menjadi baik.

Sebaliknya.
Apabila iman manusia rusak, maka amal manusia akan rusak

Apabila amal manusia rusak, maka murka Allah SWT akan datang

Apabila murka Allah SWT telah datang, maka ehwal, suasana dan keadaan kita akan menjadi rusak.

Jadi, baik buruknya ehwal, suasana dan keadaan hidup manusia, dipengaruhi amalnya. dan baik buruknya amal manusia dipengaruhi oleh imannya.

☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘ANTARA MARAH DAN SABARANGIN DAN NAFASAssalaaMualaikum wmt wbrt.Sahabat budiman, para pembaca, jalan kes...
11/05/2021

☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘
ANTARA MARAH DAN SABAR
ANGIN DAN NAFAS
AssalaaMualaikum wmt wbrt.
Sahabat budiman, para pembaca, jalan kesufian
Perumpamaan antara marah dan sabar, juga Angin dan nafas, adalah perumpamaan
Alam dan adam.
Saling berhubung,saling memerlukan,dan saling bersilatulrahiim tanpa sedar bagi manusia namun akrab bagi ahlillah,
Sufi mengambarkan hubungan alam dan adam ini melalui pernafasaan dan angin membawa pengertian kemurkaan Allah swt dan KerahmatanNya.
Apabila seseorang itu marah,nafasnya akan menjadi kencang menghembus keluar d masuk. Semakin laju semakin tidak terkawal lalu Amarah menguasai dirinya maka berlakulah perkara2 yg di luar pemikiran manusia itu.
Kesannya amatlah buruk pada keadaaan sekeliling mahupun kepada mangsa kemarahan itu.
Begitu p**a atas orang2 yg sabar,
Semakin dia menahan Amarahnya semakin tercabar namun selagi ia boleh mengawalmya itu dikatkan sabar, maka bersabarlah kawal kemarahan dgn sabar dan istifar..
Nescaya tidak akan berlaku sesuatu yg tidak di ingini namun memberi kesan kepada orang yg di marahinya dgn sabar..itu memberi kesan kesedaran pada mereka2 bahawa orang yg sabar itu menahan marah..
Akan ada sentuhan kedalam hati2 mereka itu kesan dari marahnya orang yg sabar.
Bagaimana p**a alam?
Alam p**a adalah af'al Bagi menunjukkan kemurkaan Allah azawajala.
Semakin banyak ruang udara dikuasai nafas Amarah manusia,nafas kejahilan,kemaksiatan,kezaliman kedurhakaan
Nafas kekufuran dan kesyirikan menfuasai sesuatu ruangan sesebuah tempat itu,maka semakin kencangan p**a Angin bertiup,
Semakin manusia bermaharaja lela melakukan maksiat dll semakin kencanglah angin bertiup menandakan Amarah Allah swt ke atas mereka2 yg mendurhakainya.
Alam sebagai bahasa atau tanda kepada mereka yg mahu memikirkannya..
Jika sesuatu tempat itu di kuasai nafas orang2 yg sabar,nafas orang2 yg beribadah,membaca quran,zikir dll maka Angin di kawasan itu menjadi tenang dan disertai rahmati Allah swt
Menandakan di kawasan itu ada berpenghuni ahlillah yaini ahli Allah,ahli ibadah solihin solehah..
Begitulah perumpaamaan pada sudut pandangan sufi dgn bahasa alam yg berhubung jua dgn bahasa Adam.
Dan disini cuba renungkannya:
Berapa banyak negara,negeri kawasan daratan
Sekarang ini dilanda bencana besar,gempa bumi,tsunammi letusan gunung berapi dll?
Alam telah pun memberi isyaratnya kepada Anak2 Adam untuk memikirkan sedalam2nya
Lalu memberi perluan untuk bertaubaat kepada Allah swt dan peluang kembali kepada ajaran Rasulullah saw ,tidak lain lagi kecualli al quran dan sunnah.
SYEIKH AL FATTAH RAHIMULLAH
☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁☘🍁

*_KEMBALI KEPADA AL QURAN_*Apabila disebutkan kembali kepada al quran bererti ketahuilah apa itu al quran,apa yg ada di ...
17/04/2021

*_KEMBALI KEPADA AL QURAN_*

Apabila disebutkan kembali kepada al quran bererti ketahuilah apa itu al quran,apa yg ada di dalamnya,

AlQuran itu Syariat(Syarie,adein)

AlQuran itu tarekat(tujuan,jalan menenangkan hati)

AlQuran itu hakikat ( memahami akan tuntutan perintah dan Suruhan Allah swt)

AlQuran itu makrifah ( Mengenali akan haq Allah,larangan Allah,hukuman Allah,balasan baik dan buruk drNya)

```AL QURAN ADA 4 PENGERTIANNYA```

```1 - AL QURANUL MAJID```
```Adalah catitan setiap perkara yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w```
```(Syariat atau perbuatan)```

```2 - AL QURANUL KARIM```
```Setiap kata kata Rasulullah s.a.w setelah mendapat wahyu yg diturunkan kepadanya melalui malaikat Jibril as```
```(Tarekat - tujuan)```

```3 - AL QURANUL HAKIM```
```Sewaktu Rasulullah saw didalam diam menerima firman Allah swt yg di wahyukan kepadaNya melalui Malaikat Jibril a.s```
```Hakikat - Faham```

```AL QURANUL ADZIM```
```4 - Ianya dari Allah swt yg di perintahkan Allah kepada Malsikat utusan iaitu Jibril as untuk disampaikan kepada Rasulullah saw```
```(MAKRIFAH - KENAL)```

(Sedikit pencerahannya)

Melalui keterangan2 yg tertulis didalam al quran adalah jalan untuk mendapatkan kefahaman akan petunjuk2 dariNya iaitu panduan,( al quranul Majid)

Setelah dapatkan panduan2 didalamnya maka langkah seterusnya adalah mencari jalan untuk lebih memahami
dgn Niat menuju jalan yg diredhai (al quranul Karim)

Dengan Jalan zikir Nafas membantu menyuci segala keledak kotoran agar bersih untuk memudahkan hati dan akal seiring akan kefahamannya agar tiada penolakkan antara satu dgn yg lain iaitu antara akal dan hati.
(Al Quranul Hakim)

Dan dgn jalan zikir Ruh p**a adalah satu2nya jalan untuk merapati dan mengenali akan hakilat diri hamba dgn tuhan dan dari situ terpancarlah cahaya ke Agungan yg menerejah menyerap kepada Cahaya diri Ruh oleh cahaya keAgungan.
Cahaya Nur Muhammad,Cahaya Rasul,Cahaya yg menguasai segala ilmu itulah Cahaya Lailahailallah
(al Quran adziim)

🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳*KEPERLUAN IMAN DAN TAUHID PADA SETIAP MUKMIN*Menyentuh mengenai situasi duka lara atau rasa bimbang itu...
09/04/2021

🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳

*KEPERLUAN IMAN DAN TAUHID PADA SETIAP MUKMIN*

Menyentuh mengenai situasi duka lara atau rasa bimbang itu, kita perlu ingat peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah bersama sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq.

Ketika bersembunyi di dalam Gua Thur buat sementara daripada buruan kaum Musyrikin Makkah, Rasulullah SAW Meyakinkan Abu Bakar dengan kata-kata semangat: La tahzan Innallaha Ma’ana bermaksud: “Janganlah bersedih kerana Allah bersama kita.”

Walaupun kata-kata semangat Rasulullah SAW itu untuk Abu Bakar, ia juga berguna buat kehidupan kita pada masa kini dalam menangani sebarang keadaan yang tidak menyenangkan hati kita.

Islam mengajar cara dan kaedah tersendiri menghindar kesedihan jiwa. Perkara penting yang perlu disematkan dalam hati ialah menguatkan keimanan dan takwa kepada Allah.

Pegang kukuh akidah dan tauhid. Allah SWT menegaskan hal demikian melalui firman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, ‘Tuhan kami ialah Allah.’ Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka p**a tidak akan berdukacita.” (Surah al-Ahqaf, ayat 13)

Ayat itu menjelaskan, hati yang sentiasa dikuatkan dengan iman dan akidah yang kukuh menjadi benteng paling ampuh buat seseorang menanggung setiap peristiwa menyedihkan dalam kehidupannya.

Hanya berpaut kepada keyakinan Allah akan membenihkan rasa tenteram dalam jiwa meskipun ketika seseorang itu dirundung pelbagai dugaan hidup.

Iman dan keyakinan tauhid ibarat akar tunjang yang membina sikap positif dalam kehidupan seseorang.

*KEMBALI KEPADA AJARAN AL QURAN DAN SUNNAH MEMANDANGKAN AKHIR ZAMAN TELAH TERZAHIR DGN BANYAKNYA FITNAH TERSEBAR MERATA DUNIA*

🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴🌳🌴

Tasawuf memiliki banyak manfaat dalam kehidupan dan dunia islam.. Antaranya:1. Dalam bidang kecerdasan emosionalApabila ...
30/03/2021

Tasawuf memiliki banyak manfaat dalam kehidupan dan dunia islam.. Antaranya:

1. Dalam bidang kecerdasan emosional

Apabila dapat mengamalkan tasawuf dengan baik maka dapat mengendalikan emosionalnya dengan baik p**a.

2. Dalam bidang kecerdasan kerohanian

Tasawuf mengingatkan manusia tentang amanah dan kematian.. agar umat manusia selalu beribadah.. beramal sholeh serta menjauhi perbuatan maksiat dan kejahatan.

3. Dalam bidang Agama

Tasawuf ini sangat diperlukan agar umat islam dapat mengamalkan teori Islam secara kaffah dan juga untuk mengembangkan integrasi sosial dan kerukunan hidup dalam beragama serta berbangsa.

4. Dalam bidang etika kerja

Tasawuf dapat memperkuat etika kerja karena dalam ajaran Islam bekerja itu wajib untuk memenuhi keperluan diri sendiri.. keluarga dan umat.

5. Dalam bidang Pendidikan

Tasawuf merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diajarkan di Madrasah dan mata kuliah di Perguruan Islam bahkan dimana saja pengajian untuk mengembangkan kehidupan beragama yang sempurna dan utuh serta mampu p**a mengembangkan masyarakat dan bangsa yang bersih.. sehat dan maju.

6. Dalam bidang Ilmu Pengetahuan

Tasawuf mendidik anggota masyarakat untuk mengambil keputusan yang bijaksana dan rasional serta mendidik untuk memiliki tanggung jawab

7. Sumber Pengingat

Apa yang akan membantu kita terhadap hal ini adalah mengingat Allah bahwa Allah menjamin kita akan penyediaan dan pengetahuan dan kekuatanNya sempurna dan bahwa Dia terlepas dari penciptaan dan jauh dari kelupaan dan dari ketidakmampuan.

8. Landasan Hidup

Tanpa pemahaman ini muslim akhirnya lumpuh. Tapi dengan itu kaum Muslim bebas menjadi budak.. yaitu mematuhi dengan cara tanpa hambatan. Masaalah mencuba taat tanpa pengertian adalah bahwa kita hanya mampu melakukan apa yang kita berupaya.

Tapi untuk mentaati Allah sambil mempercayai Dia adalah untuk meninggalkan semua keterbatasan dan untuk memulai pencapaian apa yang telah Allah perintahkan agar kita lakukan.

9. Pembatas Ilmu Islam

Tasawwuf membuat semua pengetahuan lain tunduk pada pengetahuan tertinggi yaitu Lailahaillallah. Dengan Tasawwuf kita menyedari bahwa pengetahuan tentang Allah berada di atas setiap pengetahuan lainnya. Tasawwuf memungkinkan kita untuk mencicipi Lahau la wala quwwata illa billah seperti tasawuf amali.

10. Lebih Mencintai Allah

Kenyataannya adalah keinginan kita kepada Allah untuk melestarikan kita dari semua yang memiliki bahaya di dalamnya dan yang dengannya kita tidak memiliki keamanan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُDoa hari Sabtuبسم لله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، والصلاة وال...
27/03/2021

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

Doa hari Sabtu

بسم لله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على محمداشرف المرسلين و على اله وصحبه اجمعين

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari sabtu yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami menerima segala ilmu dgn kefahaman, curahkanlah hidayahMu untuk kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama keluarga kami pada hari ini. Perindahkanlah hari ini dgn berita yang membahgiakan dan menceriakan kami Ya Allah..agar kami dapat menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim..
Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, perkara yang bathil agar kami jauhi; corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar… kami memohon keampunan dari segala dosa n kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, ustaz n guru2 kami dan seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabat nya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin…

Aamiin, aamiin, aamiin.

 # # #   ZIKIRLAH DENGAN TAUHID.   # # #       Seorang mursyid menceritakan :       Seorang  teman berkata kepadaku, "Su...
10/03/2021

# # # ZIKIRLAH DENGAN TAUHID. # # #

Seorang mursyid menceritakan :
Seorang teman berkata kepadaku, "Sudah banyak zikir yang kubaca, sudah kuhafal seluruh maknanya dan sudah kualami keajaiban karamahnya.
Hanya satu yang masih terasa kurang bagiku. Mengapakah dalam berzikir aku masih belum dapat merasakan dekat dengan Allah?
Seolah-olah Allah itu jauh drpku, dan aku jauh drp-Nya. Seperti ada batas atau hijab pemisah antara aku dan Allah.
Konflik persoalan ini terus bermain di lubuk fikiranku, sehingga terbawa-bawa ke klimaks batin yang amat membingungkan tanpa penjelasan.
Akhirnya membuatkan aku sendiri merasa jemu untuk meneruskan zikir. Apakah ada yang salah pada zikirku? Padahal zikir-zikirku itu kuperolehi secara talqin dan ijazah dari seorang guru mursyid!"
Pertanyaan drpnya itu tidak kujawab secara spontan. Agak lama aku terdiam sambil mengambil waktu untuk berfikir.
Setelah aku yakin mungkin dapat membantu pertanyaannya itu, dengan tenang aku cuba berkata;
1. * Masalah yang utama sekali ialah dalam zikir itu kau tidak mengenal-Nya sebagaimana mengenal-Nya dengan sebenar-benar kenal.
* Kau sekadar mengenal-Nya dalam ilmu-ilmu kalam yang kau pelajari tetapi tidak dengan rahsia misykat qalbumu yang terdalam.
* Apabila kau tidak mengenal-Nya dengan qalbu, maka asas niatmu untuk berzikir itu tidak kau bangunkan dari sudut yang benar dan sempurna.
* Justru itu kau harus memperbetulkan niatmu dahulu. Kemudian kau bina niatmu itu semata-mata demi Allah.
* Setiap ibadah itu seharusnya dibangunkan atas dasar tauhid dan taqwa dan bukan kerna mendambakan ganjarannya.
* Orang yang berzikir itu sewajarnya berada di maqam ikhlas. Bersabda Nabi saw, mafhumnya :
"Sesungguhnya (nilai) niat itu lebih utama dari perbuatan."
2. * Apabila kau tidak mengenal-Nya melalui misykat qalbumu, maka zikirmu itu bertindak atas kemahuan nafsumu sendiri.
* Kesilapanmu itu adalah kerana kau terlalu bergantung dengan amalmu dan tidak dengan rahmat dan kasih-sayang Allah.
Lantaran itu kau menganggap zikirmu adalah drp usaha dirimu sendiri dan bukan drp kurniaan Allah.
3. * Kau beranggapan ketika kau berzikir bahawa kaulah yang mengingati Allah dan Allah itulah yang diingati.
* Lantaran demikian, sebenarnya kau tidak berserahkan dirimu sepenuh-penuhnya kepada Allah, tiada sifat tawakal dan redhamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya redha dan tawakal.
* Bagaimana mungkin kau dapat dekat dengan Allah selagi kau masih belum berserah diri kepada Allah?
4. * Sesungguhnya tiada yang mengingati Allah melainkan Allah, tiada yang memuji Allah melainkan Allah.
Dirimu hanyalah bekas penzahiran Allah. Kau sebenarnya tiada, kosong semata-mata.
* Kau bukanlah kau sebenarnya. Ketika kau berzikir, sebenarnya bukan kau yang berzikir, tetapi Allah yang berzikir memuji DzatNya sendiri. Kau sekadar menjadi alat pilihanNya.
* Suara zikir yang melantun keluar drp lisanmu adalah sebenarnya suara Allah. Kau sekadar berzikir di lidah dan Qalbumu sedangkan pezikir yang hakiki adalah takluq sifat Kalam Allah.
* Gema zikir yang menerawang dalam batinmu adalah sebenarnya kalam Allah. Sayangnya kau tidak menyedarinya...kerana tidak mengenaliNya...bahawa Dialah hakikat disebalik sesuatu.
5. * Janganlah kau berzikir dengan tujuan zikir kerana zikir.
Kerana ini akan membuatmu terperangkap dan terpesona di maqam yang akan memperlihatkan pelbagai keajaiban karamah, tetapi ini jugalah yang menghambatmu dalam perhubungan makrifat dengan Allah.
* Pedulikan tentang keajaiban-keajaiban zikir yang terutamanya boleh mendatangkan pujian dan gelaran orang kepadamu sebagai 'Wali'.
* Berzikirlah drp Allah dengan Allah kepada Allah bersama Allah untuk Allah dan demi Allah.
* Tutuplah rapat-rapat pintu bibirmu agar zikir itu tidak kedengaran oleh sesiapa pun, hatta malaikat yang bertugas mencatatkan amalmu di bahu kanan pun tidak tahu di manakah munculnya zikir itu.
* Biarkan Allah sahaja yang tahu zikir itu berada di dalam 'Sirrmu' – ( lubuk rahsia dalam batinmu ) yakni di kamar yang Jibrail sendiri pun dilarang memasukinya, agar kau terlepas drp rasa ujub dan riak serta tidak dipuji orang.
6. * Jika kau telah dapat menjalankan zikir atas rasa ikhlas semata-mata kepada Allah dan Allah redha kepadamu. - ketahuilah bahawa ikhlas itulah tauhid sebenarnya,
* Allah sendiri yang akan membimbingmu dan mengajarkanmu zikir yang khusus yang hanya kau sahaja yang mengetahui tentang rahsia zikir itu.
* Zikir itu tidak diajarkan atau diketahui oleh orang awam, sebagai sarana untuk kau bertemu, mengenal dan bersama dengan-Nya.
7. * Dan terakhir sekali apa yang ingin kukatakan; tinggalkanlah semua dunia dan akhirat dan bersamalah hanya dengan Allah dalam setiap tujuan.
* Kau harus mematikan seluruh wujud dirimu. Selagi ada wujud dirimu, maka Zikir Haq ini mustahil dapat kau lakukan dengan sebaiknya.
* Zikir Haq itu ialah :
ingat kepada Allah dengan Allah bersama Allah dalam sudut qalbumu yang terdalam serta dalam suasana yang paling diam dan hening tanpa perlu mengeluarkan sebarang ucapan hanya merasakan kehadiran Allah itu ada bersama-samamu di mana saja kau berada,
* sehinggalah kau dapat merasakan bersatu dengan-Nya seperti terbakarnya besi ke dalam api, besi itu menjadi api, api itulah besi yang membakar
- tidak kau lihat sesuatu sebelumnya melainkan Allah,
- tidak kau lihat sesudahnya melainkan Allah, tidak kau lihat sesuatu di dalamnya melainkan Allah,
* akhirnya tiada lagi yang wujud melainkan Allah di dalam maqam Insan Al-Kamil
– sampai cukup masanya besi telah keluar dari api sebagai besi yang indah dan sempurna,
- tidak lagi sebagai besi yang hodoh dan berkarat serta berkebaikan buat kehidupan dunia dan akhirat.
****
ALLAHU AKBAR
cc ustaz iqbal

Address

Petaling Jaya
46000

Telephone

+60173063557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam Al Fattah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rawatan Islam Al Fattah:

Share

Category

Assalamualaikum wmt wbrt..

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

(Al-Anfaal 8:11) |