26/11/2025
Rentetan LOD antara saya dan YB Fadhli Shaari, saya akui bahawa saya telah menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 11 September 2025 yang telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di mana saya juga telah memfailkan Pembelaan serta satu Permohonan untuk Memindahkan Kes dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu di Kelantan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di Selangor.
Alhamdulillah, hari ini, satu kemenangan kecil bagi saya kerana Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan pemindahan kes saya. Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai oleh Saudara Khairul Naim Rafidi yang begitu banyak membantu.
Saya sentiasa percaya bahawa kes saman kononnya saya memfitnah ini adalah satu bentuk politik ugutan yang dibawa oleh PAS yang mana ia hanyalah retorik semata-mata dan bercanggah dengan prinsip KEADILAN.
Saya mohon doa daripada rakan-rakan parti agar dipermudahkan urusan kes saya ini demi mempertahankan kebebasan bersuara serta melindungi parti KEADILAN lebih-lebih lagi Datuk Seri Presiden kita daripada diserang secara melulu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Reformasi.
Nabil Halimi,
Naib Ketua AMK Malaysia
https://m.malaysiakini.com/news/751387