Malaysiapost-TV

Malaysiapost-TV Malaysiapost merupakan portal berita yang menumpukan kepada saluran berita terkini dan sahih News & media website

24/01/2025

Anwar tiada masalah dengan Himpunan Rakyat Benci Rasuah esok.

Beras putih tempatan: Giliran KPKM p**a bidas Syed Abu HussinPERTEMBUNGAN antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan ...
23/01/2025

Beras putih tempatan: Giliran KPKM p**a bidas Syed Abu Hussin

PERTEMBUNGAN antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal semakin ketara.

Ia ketara apabila kementerian berkenaan membidas ketua petugas khas pemantauan kluster makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol).

KPKM dalam satu kenyataan hari ini membidas kenyataan Syed Abu Hussin berhubung isu Beras Putih Tempatan (BPT) yang didakwa gagal ditangani menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelas KPKM, setiap isu berkaitan padi dan beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agar rakyat tidak dikelirukan dengan fakta yang salah.

“KPKM sentiasa komited melaksanakan reformasi menyeluruh dalam industri padi dan beras untuk meningkatkan daya saing industri itu, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

“Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan BPT di pasaran akan dimaklumkan setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh Kerajaan,” katanya kenyataan yang dikeluarkan KPKM.

Sebelum ini Syed Abu Hussin membidas Mohamad yang didakwa gagal menangani isu BPT sudah berlarutan selama lebih dua tahun.

Syed Abu Hussin menyatakan hasrat untuk mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu padi dan beras yang sudah berlarutan lebih dua tahun.

Syed Abu Hussin turut mendakwa Mohamad ataupun Mat Sabu tidak bertanggungjawab untuk serius menangani isu keterjaminanan makanan itu untuk rakyat.- Malaysiapost

Demo antirasuah: Rafizi kata biar menteri berkaitan yang jawabMENTERI Ekonomi Rafizi Ramli hari ini dilapor enggan mengu...
23/01/2025

Demo antirasuah: Rafizi kata biar menteri berkaitan yang jawab

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli hari ini dilapor enggan mengulas soalan wartawan berhubung himpunan menentang rasuah yang dijadualkan Sabtu ini.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, soalan berkenaan perlu diajukan kepada menteri yang berkaitan dengan bukannya beliau.

"Tidak, saya rasa sebagai satu disiplin, biarlah menteri yang berkaitan menjawab," katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Rafizi berkata demikian kepada media selepas sesi libat urus dengan industri perkhidmatan berhubung Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri berkaitan yang dimaksudkan Rafizi dipercayai merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin sebelum ini menegaskan penganjur perhimpunan itu - Sekretariat Rakyat Benci Rasuah - mesti mendapatkan kebenaran daripada pemilik lokasi untuk mengadakan tunjuk perasaan tersebut.- Malaysiapost

Tidak masuk akal bawa pegawai Wisma Putra ketika percutian keluarga – NajibDATUK Seri Najib Razak berpendirian, percutia...
23/01/2025

Tidak masuk akal bawa pegawai Wisma Putra ketika percutian keluarga – Najib

DATUK Seri Najib Razak berpendirian, percutian keluarga atas kapal layar mewah bersama kerabat diraja Arab Saudi merupakan hal peribadi yang tidak perlu disertai pegawai Wisma Putra.

Bekas Perdana Menteri memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pegawai Wisma Putra tidak perlu menemani beliau sekeluarga kerana tindakan itu kelihatan janggal.

Menurut Najib, pada mulanya ia adalah percutian keluarga semata-mata sebelum beliau dijemput ke kapal layar Putera Turki untuk minum petang yang turut disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Nor Ashman Razak, Nooryana Najwa, serta Riza Aziz dan kenalannya, Tan Sri Bustari Yusuf.

Menurut Najib, sesi minum petang atas kapal mewah itu bagi memenuhi jemputan kerabat Arab Saudi, Putera Turki bin Abdullah Al-Saud, jadi tidak munasabah untuk membawa sama pegawai kerajaan menyertainya.

“Tidak masuk akal (membawa pegawai kerajaan bersama), saya sedang bercuti. Apabila saya bercuti, Wisma Putra tidak perlu terlibat, saya berada di sana bersama keluarga.

“Anda tidak mahu pegawai kerajaan berada di sana bersama apabila anda berehat. Mereka pasti berasa janggal kerana tahu mereka menceroboh percutian anda, ke dalam urusan peribadi anda,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding bela diri di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib, 71, menjawab empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Menurut Najib, beliau bertemu Putera Turki pada hari kedua atau ketiga percutian itu apabila dimaklumkan beliau sekeluarga diundang untuk menyertai minum petang di atas kapal layar yang terletak berhampiran.

Katanya, beliau terkejut dengan jemputan itu kerana Putera Turki adalah anak kesayangan Almarhum Raja Abdullah, iaitu Raja Arab Saudi yang memerintah ketika itu.

Jelasnya, mereka disambut oleh Putera Turki dan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tarek Obaid, dan beliau menyedari bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sudah berada di sana.

Bagaimanapun, Najib menafikan bahawa dalam pertemuan itu, Putera Turki dan Jho Low merangka rancangan supaya 1MDB dan PetroSaudi International Limited menjalin usaha sama untuk menyeleweng berbilion ringgit.

Perbicaraan di Istana Kehakiman bersambung petang. – MalaysiaGazette.

23/01/2025

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000

9 bekas presiden Majlis Peguam anggap k'jaan Anwar beri tekannan kepada badan kehakiman KERAJAAN Madani pimpinan Perdana...
23/01/2025

9 bekas presiden Majlis Peguam anggap k'jaan Anwar beri tekannan kepada badan kehakiman

KERAJAAN Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memberi tekanan ke atas badan kehakiman, kata sembilan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

Dalam satu kenyataan secara bersama, mereka berpendapat tiga kerajaan sebelum ini lebih terbuka berbanding Kerajaan Madani ketika ini.

Tiga kerajaan sebelum ini membabitkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kerajaan campuran yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

"Tekanan yang dikenakan ke atas badan kehakiman dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kuasa luar jelas kepada ramai di antara kami yang memahami tanda-tanda tersebut.

"Secara meluas dipercayai bahawa tiga kerajaan sebelum ini lebih menghargai dan menghormati kebebasan kehakiman berbanding kerajaan semasa, yang amat mengecewakan, sekurang-kurangnya," kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama bekas presiden Majlis Peguam membabitkan Zainur Zakaria; Mah Weng Kwai; Datuk Kuthubul Zaman Bukhari; Yeoh Yang Poh; Datuk S Ambiga; Ragunath Kesavan; Datuk Lim Chee Wee; Christopher Leong, dan Steven Thiru.

Memetik laporan Malaysiakini, kenyataan itu berkata, kenyataan bekas presiden majlis peguman dibuat selepas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini membangkitkan isu gangguan dalam proses pelantikan kehakiman di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009.

Tengku Maimun Tuan Mat
Dalam ucapannya semasa Pembukaan Tahun Perundangan pada 8 Januari, beliau menyatakan bahawa isu ini adalah perkara serius yang perlu disiasat.

Ketua Hakim Negara mengingatkan Anwar supaya mempertahankan kebebasan kehakiman dan merujuk kepada kenyataannya mengenai perkara itu semasa menjadi ketua pembangkang.- Malaysiapost

Tol percuma: Takkan pemilik Rolls Royce, Mercedes dan Maserati pun dapat juga- PMX KERAJAAN sedang memperincikan pendeka...
23/01/2025

Tol percuma: Takkan pemilik Rolls Royce, Mercedes dan Maserati pun dapat juga- PMX

KERAJAAN sedang memperincikan pendekatan bersasar bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, adalah tidak adil jika kump**an "maha kaya" juga turut menikmati tol percuma pada musim perayaan.

Sebaliknya, kata Anwar penyasaran itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40.

“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.

"Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.

“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Anwar berkata demikian pada sidang media penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di Davis, Switzerland.

Sebelum ini, Nanta dilapor berkata tahun 2024 merupakan tahun terakhir bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan mesyuarat Kabinet tahun lepas.

Nanta berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar dan kerajaan akan mengumumkan mekasnisme itu apabila ia telah selesai diperinci.- Malaysiapost

Adam Adli: Jangan halang anak muda berhimpun TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim meminta kerajaan membe...
23/01/2025

Adam Adli: Jangan halang anak muda berhimpun

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim meminta kerajaan memberi ruang kepada anak muda berhimpun dalam himpunan antirasuah yang dirancang Sabtu ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan salah seorang peserta demonstrasi sebelum bergelar timbalan menteri berkata, agenda himpunan itu selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, anak muda sedang membentuk fikrah dan tekad dalam melawan kebobrokan serta barah rasuah, malah ia perkara yang patut dipandang tinggi.

“Kita tidak perlu khuatir dengan suara dan ekspresi anak-anak mahasiswa hari ini.

"Jangan hanya kerana mereka tidak memuji, dianggapnya mereka memusuhi kita.

“Perdana Menteri sendiri sentiasa menekankan kemahuan untuk melihat anak-anak muda yang berkobar-kobar dalam menegakkan keadilan dan melawan rasuah.

“Jadi, wajar berikan ruang buat mereka untuk menyempurnakan peranan masing-masing di zaman ini,” katanya menerusi satu hantaran di platform X yang dulunya dikenali sebagai Twitter, hari ini.- Malaysiapost

'Gag order' Titah Adendum: Saya jawab waktu lain, kata ZahidTIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi e...
23/01/2025

'Gag order' Titah Adendum: Saya jawab waktu lain, kata Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai 'gag order' yang dimohon Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung Titah Adendum tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid ketika ditemui media hari ini berkata, beliau akan mengulas isu berkenaan di hari yang lain.

"Saya akan bercakap di waktu lain," katanya ketika ditanya mengenai 'gag order' bagi melarang orang ramai bercakap mengenai titah tambahan itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Lapangan RISDA Tahun 2025, di Bangi, hari ini.

Isnin lalu, AGC telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah larangan bersuara atau gag order bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Timbalan Ketua Bahagian Sivil AGC, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media berkata, permohonan itu difailkan melalui e-Filing pada 7.45 malam.

Sementara itu, peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib, 71, mengesahkan perkara sama.- Malaysiapost

23/01/2025

Jurusolek lelaki tak mengaku cabul pelakon lelaki

23/01/2025

Kerajaan sedang perinci pemberian tol percuma secara bersasar- PMX

Ujian khas bacaan al-Fatihah untuk pelajar GiatMARA- Asyraf MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) mewajibkan pelajar latihan TVET ...
23/01/2025

Ujian khas bacaan al-Fatihah untuk pelajar GiatMARA- Asyraf

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) mewajibkan pelajar latihan TVET GiatMARA menjalani ujian khas bacaan al-Fatihah dan fardu ain.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan maklumat daripada pengawai GiatMARA mendapati ramai pelajarnya gagal membaca surah berkenaan dengan baik.

"Semua pelajar latihan TVET GiatMARA semua pelajar latihan TVET GiatMARA saya minta untuk diwajibkan melalui ujian khas bacaan al-Fatihah dan fardu ain.

"Jika gagal, MARA akan buat program khas intervensi pengukuhan fardu ain," tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Jelas Asyraf ujian ini penting bagi memastikan pelajar GiatMARA dapat menguasai bacaan al-Fatihah dengan baik bagi menyempurnakan solatnya.

Mana mungkin katanya untuk pelajar berkenaan menunaikan ibadah serta aspek fardu ain dengan sempurna jika bacaan penting dalam solat tidak dikuasai dengan baik.

Walaupun mungkin ada pihak memandang remeh pendekatan inin, namun baginya ia satu pendekatan penting.

"Mungkin ada pihak memandang remeh, tapi daripada pengalaman pegawai-pegawai GiatMARA ada pelajar yang tunggang langgang bacaan al-Fatihah mereka.

"Jika Fatihah pun bermasalah, macam mana ibadah asas solat nak disempurnakan. Ini belum lagi aspek-aspek fardu ain dan bacan al-Quran yang lain," katanya lagi.- Malaysiapost

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysiapost-TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysiapost-TV:

Share