04/05/2025
Esport bukan tempat memupuk adab yang buruk
Esport sepatutnya tempat menunjukkan semangat kesukanan player yang memperlihatkan kepakaran penguasaan dan kepintaran.
Esport mempamerkan maruah pasukan dan juga bangsa serta agama
Player esport adalah mutiara yang lahir dari jutaan manusia yang punya minat yang sama.
Pakcik bimbang, jika isu ini diremehkan dan tidak diberikan amaran dan tindakan, esok lusa mak ayah dan ibu bapa akan nampak esport sebagai medan pertempuran emosi yang kotor dan jijik. Toksik berleluasa dengan abad sopan dipedulikan.
Untuk counting memang dibenarkan tetapi berpada padalah, perkataan chib4i merujuk pelata carutan dan hinaan. Memang ditujukan kepada player lawan iaitu chibi dari pasukan vamos.
Jangan biarkan “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”
Malu pakcik bila kaedah menjatuhkan pihak lawan dipentas yang berprestij dikotori dengan toksik terang terangan. MPL MY s13 perlu ada garis panduan jelas supaya player patuh dengan peraturan semasa LIVE berlangsung. Ribuan mata memandang dan ia memberi impak kepada gen Z yang rata rata akan menjadikan player sebagai idola mereka.
Esok lusa bila orang kata “budak main game tak ada masa depan dan rempet” jangan la pulak persalahkan orang tu. Dah memang dunia esport ini tak ada garisan adab, terimalah natijahnya.
Aib dan tak bermoral. Pakcik hilang respect pada player ini dan tak perlu beri sokongan pada dia.
Ini pendapt peribadi pakcik ya.
Sebagai pakcik pakcik yang lebih berusia.
Biar kita miskin harta, jangan miskin adab dan budi bahasa.
Wassalam