Fail Mahkamah TV3

Fail Mahkamah TV3 Setiap Rabu, 9 malam di TV3 dan strim secara HD di tonton.

08/04/2026

Belahan Jiwa, Fail Mahkamah, 9 malam di TV3.

04/03/2026

Padah miliki pelbagai jenis dadah, bapa empat anak berdepan hukuman penjara 8 tahun & 13 sebatan.


Sungai yang panjangnya kira-kira 100 kilometer ini menjadi tumpuan kaki pancing, namun, tanpa disangka, sungai ini juga ...
03/09/2025

Sungai yang panjangnya kira-kira 100 kilometer ini menjadi tumpuan kaki pancing, namun, tanpa disangka, sungai ini juga pernah menjadi lokasi pelupusan sekujur tubuh kaku insan yang tidak berdosa.

Mayatnya dicampak ke arus gelap tanpa belas ihsan, seolah nyawa bagai tidak lagi bernilai.

18/08/2025

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang membantu mengurus inap desa milik bapanya, disabitkan bersalah membunuh seorang tukang cuci rumah berusia 43 tahun di Kampung Tersusun Tasek, Ipoh pada 9 Oktober 2017. Ketika kejadian jam 3.25 petang, dia mendakwa terdengar ‘bisikan’ yang menyuruhnya membunuh mangsa sebelum menyerah diri di balai polis.

Saksikan kupasan lengkap dalam Fail Mahkamah, 20 Ogos, 9 malam di TV3 dan strim secara HD di tonton.

13/08/2025

Perbuatan tidak bermoral seorang warga emas yang sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat memuaskan nafsu akhirnya terbongkar apabila diketahui oleh pemilik haiwan berkenaan.Kes ini mendapat perhatian luas masyarakat dan media pada waktu itu, memandangkan isu ini jarang kedengaran selain dilabel sebagai sesuatu perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan.

16/07/2025

Pada 9 disember 2023, Kuala Lumpur digemparkan dengan penemuan sepasang warga emas maut dibunuh oleh anak kandungnya sendiri angkara dadah. Lebih membimbangkan, suspek dilapor melarikan diri di kawasan sekitar selepas pembunuhan berlaku.

Ikuti kronologi lengkap dalam Fail Mahkamah, 9 malam ini di TV3 dan strim secara hd di Tonton.

09/07/2025

Seorang wanita maut selepas 12 hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah akibat melecur teruk dibakar suaminya sendiri dalam kejadian di Taman Arked, Alor Setar. Kejadian dipercayai berpunca daripada dendam dan pengaruh alkohol, menjadikan mangsa korban keganasan rumah tangga.

Kupasan lengkap dalam Fail Mahkamah, 9 malam ini di TV3 dan strim secara HD di Tonton.

18/06/2025

Malang tidak berbau, apabila seorang wanita warga emas yang sepatutnya menikmati dunia persaraan, maut di tangan anak kandungnya sendiri. Kediaman mereka menjadi saksi bisu tragedi berdarah yang berlaku pada 3 julai 2018 itu.

Saksikan kupasan lanjut dalam Fail Mahkamah, 9 malam di TV3 dan strim secara HD di tonton.

11/06/2025

Seorang pesakit skizofrenia dipercayai telah membunuh neneknya dalam satu kejadian tragis. Suspek dikatakan mengalami halusinasi dan menyangka mangsa sebagai seekor harimau, sebelum menetak kepala serta leher mangsa sehingga meninggal dunia.

Saksikan kupasan lengkap dalam Fail Mahkamah, 9 malam ini di TV3 dan strim secara HD di Tonton.

04/06/2025

Pertengkaran kecil berakhir dengan pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya di Kampung Kerilla, Machang, Kelantan pada 4 September 2017. Mangsa ditembak menggunakan senapang patah miliknya sendiri.

Saksikan kupasan lengkap dalam Fail Mahkamah, 9 malam di TV3 dan strim secara hd di Tonton.

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fail Mahkamah TV3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category