Info Semasa My

Info Semasa My Informasi, viral dan komedi

30/09/2026

Aksi polis kejar lori hijau di Pasir Gudang tular

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
30 September 2026, 12:24 pm

JOHOR BAHRU – Sebuah lori berwarna hijau dipercayai dicuri dan dipandu secara berbahaya termasuk melawan arus di sekitar kawasan Pasir Gudang, di sini hari ini.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas beberapa rakaman video memaparkan lori berkenaan dipandu secara agresif sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Berdasarkan maklumat yang tular, lori terbabit dipercayai dikesan bergerak di beberapa lokasi sebelum dipandu melawan arus dan memotong kenderaan lain secara berbahaya.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang berdepan risiko kemalangan sekiranya terserempak dengan kenderaan berkenaan.

Difahamkan, pemandu lori tersebut berjaya ditahan polis selepas beberapa jam dikejar.

Sehingga kini, polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE


Kereta rempuh premis selepas tersalah tekan pedal minyak September 29, 2026, Selasa - 10:22pmTAWAU: Gara-gara dipercayai...
29/09/2026

Kereta rempuh premis selepas tersalah tekan pedal minyak

September 29, 2026, Selasa - 10:22pm

TAWAU: Gara-gara dipercayai tersalah menekan pedal minyak, sebuah kereta meluncur ke hadapan sebelum merempuh sebuah premis perniagaan di Batu 3, Jalan Apas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pemandu lelaki tempatan berusia 60 tahun dikatakan baru selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran sebelum masuk ke kenderaannya untuk keluar dari petak parkir.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai tertekan pedal minyak ketika hendak menggerakkan kereta berkenaan.

"Kereta itu kemudian meluncur ke hadapan lalu merempuh sebuah premis perniagaan.

"Dalam keadaan panik, pemandu cuba mengundurkan kenderaan sebelum melanggar sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang diletakkan berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, namun pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Katanya, saringan awal air kencing terhadap pemandu terbabit didapati negatif dadah, manakala ujian pernafasan turut dijalankan di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Rosdi pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan memberi perhatian sepenuhnya ketika mengendalikan pedal minyak serta brek.

"Pemandu juga perlu memastikan gear berada pada kedudukan betul sebelum menggerakkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Terdahulu, rakaman kejadian tular di media sosial memaparkan sebuah kereta merempuh premis berkenaan sebelum mengundur dengan laju dan melanggar kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir.

Oleh
Hamzah Sanudin
Artikel Utusan Borneo

29/09/2026

Suami isteri m4ut, anak lelaki cedera nahas di Tampin

BERNAMA

Tampin: Sepasang suami isteri m4ut manakala anak lelaki mereka berusia empat tahun cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gemencheh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian pada 10.55 pagi itu, wanita berusia 26 tahun yang juga penumpang hadapan kereta Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya berusia 27 tahun yang memandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Gemencheh ke Bukit Rokan manakala Perodua Bezza dari Bukit Rokan menghala ke Gemencheh.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan yang dipandu sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Bezza berkenaan.

"Akibat kejadian itu, pasangan suami isteri berkenaan disahkan meninggal dunia manakala anak lelaki berusia empat tahun cedera dan dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amiruddien berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-441 2502 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Imanul Hassan Mohamad Shah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: September 28, 2026 @ 7:15pm


“Saya kekal jawatan sampai Najib p**ang ke rumah”- Anthony LokeOleh .MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI29 September 2026, 12:05 ...
29/09/2026

“Saya kekal jawatan sampai Najib p**ang ke rumah”- Anthony Loke

Oleh .MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
29 September 2026, 12:05 pm

KUALA LUMPUR: Surat perletakan jawatan Anthony Loke Siew F**k sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Siew F**k berkata, beliau diminta oleh Perdana Menteri untuk mengekalkan jawatan tersebut untuk satu tempoh.

Namun ketika ditanya tentang tempoh masa untuk memegang jawatan tersebut, beliau berkat perletakan jawatan berlaku secara automatik sekiranya Najib dibebaskan.

“Tempoh masa itu ialah apabila Najib p**ang ke rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini hari ini.

Minggu lalu, Siew F**k dilapor menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3 petang.

Menurut Siew F**k, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara tangan kepada Anwar selepas mengadakan perbincangan.

“Dalam perbincangan tersebut, Anwar menasihati saya untuk meneruskan tugas buat sementara waktu. Beliau akan membuat keputusan, tetapi saya katakan bahawa perlu juga ada satu tempoh masa, ” katanya.-UTUSAN

29/09/2026

Drebar lori terus jadi trauma...
Keadaan mangsa kurang pasti, tiada maklumat/ info yang lebih lanjut.

PERINGATAN KEPADA SEMUA:
Jangan duk sebelah lori, titik buta banyak, harus sentiasa peka halatuju/ kepala lori dan keadaan sekeliling contoh signal kiri kanan dari kenderaan lebar dan panjang.

Video Kredit: Owner


POKOK TUMBANG TIMPA DUA KENDERAAN, ENAM MANGSA SELAMAT29 September 2026 – Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak meneri...
29/09/2026

POKOK TUMBANG TIMPA DUA KENDERAAN, ENAM MANGSA SELAMAT

29 September 2026 – Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di Lotus, Jalan Simpang Pulai–Lahat, Station 18, Ipoh, Perak pada jam 4.26 petang.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 4.29 petang, melibatkan kekuatan tujuh orang anggota bersama jentera LFRT-1 dan EMRS-1.

Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang dan menimpa dua buah kenderaan iaitu Perodua Bezza dan Perodua Alza.

Kesemua enam mangsa yang berada di dalam kedua-dua kenderaan berjaya keluar dengan sendiri sebelum ketibaan pihak bomba. Kesemua mangsa, terdiri daripada tiga lelaki/wanita Cina dan tiga Melayu, dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok yang tumbang bagi memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat.

Komander Operasi:
PBK I Zaimeer bin Zulkifli

Operasi masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

JBPM Negeri Perak
“CEPAT DAN MESRA”


Malaysia mula hantar p**ang pelarian Myanmar hari iniKuala Lumpur: Malaysia mula menghantar p**ang kira-kira 1,500 pelar...
29/09/2026

Malaysia mula hantar p**ang pelarian Myanmar hari ini

Kuala Lumpur: Malaysia mula menghantar p**ang kira-kira 1,500 pelarian Myanmar hari ini, dalam fasa pertama program penghantaran p**ang.

Mereka adalah kump**an pertama daripada 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk p**ang secara sukarela dari pusat tahanan.

AFP dipetik berkata, puluhan bas tiba dengan diiringi polis di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, berhampiran Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.

Warga Myanmar itu dijangka melalui proses dokumentasi sebelum dibawa ke pangkalan tentera laut berhampiran dan seterusnya dihantar ke Myanmar menggunakan kapal.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai daripada kump**an itu merupakan etnik Rohingya dan pihak berkuasa Malaysia tidak mendedahkan jumlahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), etnik minoriti Islam yang berdepan penganiayaan itu membentuk dua pertiga daripada kira-kira 190,000 pelarian dan pencari suaka Myanmar di Malaysia.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian dalam satu usaha penghantaran p**ang yang jarang dilakukan, sekali gus mencetuskan kebimbangan kump**an hak asasi manusia.

Awal bulan ini, Myanmar memberi jaminan rakyatnya yang berada di luar negara akan dibawa p**ang secara "selamat dan bermaruah", susulan kritikan PBB serta kump**an hak asasi manusia.

Anwar turut berkata beliau akan menjemput pemimpin rampasan kuasa Myanmar yang kini memegang jawatan presiden, Min Aung Hlaing, untuk melakukan lawatan rasmi bagi membantu mempercepat proses penghantaran p**ang itu.

Malaysia yang menempatkan antara pop**asi pelarian terbesar di Asia Tenggara bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak mengiktiraf status pelarian secara rasmi.

Disiarkan pada: September 29, 2026 @ 10:49am


28/09/2026

Banjir, tanah runtuh kembali melanda Nepal

Oleh KOSMO!
28 September 2026, 7:08 pm

KATHMANDU – Hujan lebat membunuh 14 orang di Nepal dan sekurang-kurangnya 56 lagi di India serta mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan beribu-ribu penduduk, lapor laman berita The Vibes hari ini.

Di Nepal, pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan banjir kilat di 49 daripada 77 daerah di negara itu dengan paras air sungai-sungai utama terus meningkat.

Agensi berita antarabangsa memetik jurucakap Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara, Shanti Nahat berkata, Rasuwa dan Nuwakot yang terjejas akibat banjir dahsyat yang mengorbankan lebih 1,450 orang dengan ribuan lagi masih hilang pada bulan lalu harus kekal waspada walaupun tidak dianggap kawasan berisiko tinggi pada masa ini.

Bekalan elektrik terputus sepenuhnya di daerah Manang, Mustang, Myagdi dan Baglung, dengan pihak berkuasa berusaha untuk memulihkan kuasa, kata pegawai Kementerian Tenaga.

“Banjir di Sungai Rahuganga merosakkan struktur dan menara talian penghantaran projek hidroelektrik 40 megawatt,” kata Menteri Sumber Air dan Tenaga Biraj Bhakta Shrestha.

Banjir dan tanah runtuh turut mengganggu telekomunikasi di beberapa bahagian di Nepal selepas gentian optik dan bekalan elektrik rosak, kata Menteri Komunikasi Bikram Timilsinha p**a. — AGENSI


28/09/2026

Selepas kes rider food delivery langgar budak sekolah di SK Pmtg Pauh haritu.
Ni kes harini, situasi yg sama jugak. Parent mintalah sungguh² hantar anak tu sekali ke depan pintu sekolah.

PERINGATAN JUGAK KEPADA:
Rider motor jugak, jgn jadi bangang sgt, laju² bukannya dpt untung berbillion² sebulan pun... Kawasan sekolah sila bawa slow, jgn ride laju² seperti bangsãt tak ingat dunia.

DRIVE SAFE RIDE SAFE...

Video Kredit: Owner


Seorang m4ut, seorang lagi cedera dilanggar bas Rapid KLSaadiah IsmailSaadiah_ismail@bh.com.myKuala Lumpur: Seorang m4ut...
28/09/2026

Seorang m4ut, seorang lagi cedera dilanggar bas Rapid KL

Saadiah Ismail
[email protected]

Kuala Lumpur: Seorang m4ut dan seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan ke Subang Mewah, pada 6.19 pagi tadi.

Rapid KL memaklumkan, ketika melalui Persiaran Subang Permai, bas berkenaan melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

"Sebuah motosikal yang berada di lokasi terbabit juga terbabit dalam kemalangan itu.
Akibat daripada insiden berkenaan, penunggang dan pembonceng itu cedera.

"Ambulans tiba di lokasi kejadian pada 7.07 pagi dan pegawai perubatan mengesahkan seorang daripada mangsa sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

"Mangsa cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rapid KL merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

"Rapid KL komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berhubung kejadian ini.

"Pada masa yang sama, Rapid KL akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan penumpang, kakitangan dan semua pengguna jalan raya," katanya.

Disiarkan pada: September 28, 2026 @ 6:01pm

Artikel Harian Metro

Address

Batu Pahat

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Semasa My posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Info Semasa My:

Shortcuts

Share