VOCKET

VOCKET The Vocket Sdn Bhd [1305683-A] | 201801043651

X:
IG:
TT: VOCKET.

ialah sebuah digital media yang memaparkan berita berita terbaru tentang travel, teknologi, fesyen dan kreativiti. VOCKET dilancarkan pada Julai 2014 sebagai sebuah platform media yang asalnya memfokuskan kepada berita berita inspirasi dan positif. Dicipta selepas melihat kurangnya digital media tempatan yang memaparkan feel good story, VOCKET telah berkembang menjadi sebuah media utama yang memfo

kuskan berita berita terbaru dan relevan kepada mereka yang berminat dengan perkembangan komuniti travel dan aspek lain yang relevan dengan budaya seperti fesyen, hasil seni, reka bentuk, teknologi dan gaya hidup. Sejak ditubuhkan, VOCKET telah berkembang menjadi sebuah platform yang ramai pengunjung dan platform berita yang dipercayai. Selain dari muka hadapan laman web yang memfokuskan kepada berita setiap hari, VOCKET telah berkembang kepada video platform yang mengetengahkan individu individu kreatif dalam industri tempatan untuk memberi insight tentang industri seterusnya membina komuniti yang dapat berinteraksi sesama sendiri. Menarik minat pelbagai jenis lapisan pembaca di seluruh Malaysia, VOCKET menjana 1 juta pengunjung sebulan dan lebih 5 juta page views setiap bulan. VOCKET merupakan destinasi utama untuk mereka yang sukakan internet culture dan gaya hidup. Ediorial VOCKET ditambah baik dengan penghasilan video untuk memberi penceritaan yang berkesan melalui gaya dan visi tersendiri VOCKET. Platform video akan memberi dimensi baru kepada cerita cerita menarik gaya hidup dan budaya.

26/12/2025

Najib Razak dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

Mahkamah Tinggi memutuskan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak didapati bersalah atas keseluruhan 25 pert...
26/12/2025

Mahkamah Tinggi memutuskan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak didapati bersalah atas keseluruhan 25 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didapati bersalah atas 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

Daripada jumlah itu, beliau didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima wang berjumlah RM2.08 bilion, tujuh pertuduhan memindahkan dana RM2.05 bilion dan lima pertuduhan menggunakan dana RM22.6 juta.

Sumber: Buletin TV3

Fury Redemption 2025 kembali menggegarkan arena dengan aksi penuh adrenalin!Saksikan sendiri pertarungan sengit dan dram...
26/12/2025

Fury Redemption 2025 kembali menggegarkan arena dengan aksi penuh adrenalin!

Saksikan sendiri pertarungan sengit dan dramatik dari barisan petarung hebat di Arena Sukan Kuala Lumpur, pada 28 Disember 2025.

Jangan tunggu lagi! Dapatkan tiket di www.wowtix.com sebelum habis.

Jangan lepaskan pengalaman luar biasa ini!

26/12/2025

Nani: Isu Disiplin Pemain Man United Seperti Sekarang Takkan Berlaku Di Era Sir Alex Ferguson

Empat surat daripada Raja Arab yang dikemukakan dalam mahkamah bagi kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Naj...
26/12/2025

Empat surat daripada Raja Arab yang dikemukakan dalam mahkamah bagi kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didapati palsu, sekali gus gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Menurut Hakim, keterangan saksi pembelaan juga bercanggah antara satu sama lain, khususnya berhubung siapa yang menawarkan bantuan kewangan, kehadiran pihak lain semasa pertemuan dengan Raja Abdullah, serta keperluan kelulusan di peringkat Kabinet.

Malah katanya, delegasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Arab Saudi pada 2015 juga gagal membuat pengecaman identiti yang sah terhadap individu yang diperkenalkan sebagai Putera-Putera Saudi.

Mahkamah turut mendapati dana dimasukkan ke akaun peribadi tertuduh melalui entiti luar pesisir dan akaun pihak ketiga, bukan secara langsung daripada Raja Abdullah atau keluarga diraja Saudi.

Sumber: Buletin TV3

26/12/2025

Ini Sebab Frank Leboeuf Mahu Cole Palmer Terus Kekal Di Chelsea Dan Tidak Ke Real Madrid

26/12/2025

'Sekarang Dihargai Dan Selalu Dapat Tip' - Rider Akui Kesan Positif Selepas Filem Papa Zola Meletup

26/12/2025

Perak Pintas Apple Jadi Aset Ketiga Paling Berharga Di Dunia

26/12/2025

Satu Dunia Setuju Video Touge Evo Malaysia Ini Punca Utama Ramai Terjebak Jadi 'Car Guys'

25/12/2025

Futsal B-19 ASEAN 2025: Senarai Pasukan Mara Ke Separuh Akhir

25/12/2025

Roberto Martinez Dedah 3 Sebab Cristiano Ronaldo Masih Pilihan Utama Portugal

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VOCKET posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to VOCKET:

Share