08/09/2026
Keadaan jerebu tebal menyelubungi ibu negara pagi ini sehingga beberapa mercu tanda utama termasuk Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur dan TRX hampir tidak kelihatan dari kawasan Sentul. Perkongsian pengguna media sosial menunjukkan jarak penglihatan yang terhad, manakala orang ramai turut melaporkan keadaan sama di beberapa lokasi lain termasuk Sepang. Aplikasi pemantauan kualiti udara turut menunjukkan bacaan AQI Kuala Lumpur pada paras 174, iaitu kategori tidak sihat, sekitar 8 pagi tadi.