
08/10/2024
MYEG, MIMOS, Worldcoin Foundation dan Tools For Humanity (TFH) berkerjasama untuk melaksanakan teknologi pengesahan berasaskan blockchain (blockchain-based credential verification technology)
https://worldcoin.org/blog/announcements/worldcoin-mimos-partnership-bring-digital-proof-humanness-malaysia
Untuk memudahkan pemahaman semua pihak, saya cuba jelaskan tentang:
1. Worldcoin: Worldcoin adalah projek iris biometric cryptocurrency yang diasaskan oleh Sam Altman (kini CEO OpenAI) pada 24 Julai 2023. Itis-biometrik bermaksud pengimbasan iris mata. Semasa projek ini dilancarkan, mereka akan mengimbas mata orang dengan satu alat yang dipanggil Orb. Setelah melakukan imbasan, ia akan menghasilkan satu identiti unik berdasarkan iris mata tersebut. Waktu itu, sesiapa yang mengimbas mata mereka akan diberikan matawang kripto Worldcoin (WLD).
2. Worldcoin Foundation: Merupakan sebuah organisasi (NGO) yang bertanggungjawab untuk menjaga protokol Worldcoin.
https://www.worldcoin.foundation/
2. Tools For Humanity (TFH): TFH adalah sebuah syarikat teknologi yang yang menghasilkan Worldcoin. Dalam bahasa mudah, merekalah developer Worldcoin.
https://www.toolsforhumanity.com/