APM Kudat

APM Kudat Sedia Pantas Berintergriti

  **Latihan Bulanan PDPA Kudat & PUPA Matunggong Fokus Kemahiran Menyelamat Aras Tinggi dan CPR Lanjutan**KUDAT, 24 Ogos...
24/08/2025




**Latihan Bulanan PDPA Kudat & PUPA Matunggong Fokus Kemahiran Menyelamat Aras Tinggi dan CPR Lanjutan**

KUDAT, 24 Ogos – Semua anggota Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kudat dan Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Matunggong telah menghadiri latihan bulanan pada 24 Ogos 2025 yang memberi penekanan kepada silibus pengenalan peralatan aras tinggi dan ulang kaji bantuan pemulihan pernafasan lanjutan (CPR).

Latihan ini penting bagi meningkatkan kecekapan anggota dalam mengendalikan operasi di kawasan yang memerlukan kemahiran teknikal tinggi seperti bangunan bertingkat, menara atau struktur sukar dicapai. Pendedahan kepada penggunaan peralatan aras tinggi membantu anggota menguasai teknik keselamatan dan penyelamatan dengan lebih yakin dan berkesan.

Selain itu, pengulangan latihan bantuan pemulihan pernafasan lanjutan memastikan setiap anggota mahir memberi bantuan kecemasan dengan segera dan tepat. Kemahiran CPR yang mantap boleh menjadi faktor penentu nyawa ketika menghadapi situasi kecemasan sebelum bantuan perubatan tiba.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah











Address

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM KUDAT, BANGUNAN URUSETIA KUDAT
Peti Surat 21
89058

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share