Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang

Call

Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang

Membina Insan, Mengubah Kehidupan.

Kami hadir untuk membantu, membimbing dan menyokong anda serta keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik berdasarkan nilai Islam dan kasih sayang.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki dapat bersama dengan para pendakwah otai di Daurah Mursyid Dakwah peringkat negeri Pulau Pi...
24/09/2026

Syukur Alhamdulillah. Rezeki dapat bersama dengan para pendakwah otai di Daurah Mursyid Dakwah peringkat negeri Pulau Pinang.

Semoga Allah terus beri kekuatan untuk belajar, berkhidmat dan menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah.

22/09/2026

Ini antara salah faham paling besar tentang Islam. Mari kita dengar sampai habis. InsyaAllah

Hari ini, kita hantar saudara Aniq Ammar Hor ke hospital… 🤲Beliau akan dimasukkan ke wad dan menjalani X-Ray bagi meliha...
21/09/2026

Hari ini, kita hantar saudara Aniq Ammar Hor ke hospital… 🤲

Beliau akan dimasukkan ke wad dan menjalani X-Ray bagi melihat keadaan tulang yang patah sebelum doktor menjalankan operasi pemasangan plat titanium.

Di sebalik ujian ini, ada seorang insan yang sedang berharap agar semuanya dipermudahkan. ❤️

Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan Aniq, lancarkan pembedahan dan berikan kesembuhan.

21/09/2026

Ziarah 48/100

Jom kita sambung ziarah Kak Nur Aisyah, seorang ibu tunggal yang diuji dengan stroke.

Like, Follow dan Share.

Ikuti Perkembangan Seterusnya.

Maybank
5570 9082 5174
Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat saya syukuri. 🤲Dalam kehidupan ini, antara nikmat yang paling bermakna ialah ...
19/09/2026

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat saya syukuri. 🤲

Dalam kehidupan ini, antara nikmat yang paling bermakna ialah apabila kita diberi peluang untuk berdiri bersama insan yang pernah mengajar dan membimbing kita dalam perjalanan dakwah.

Semalam, saya sangat teruja dan bersyukur kerana dapat berforum bersama guru saya dalam dunia dakwah, Bro Lim Jooi Soon.

Daripada seorang yang belajar daripada beliau, kini Allah izinkan saya duduk bersama di satu pentas untuk berkongsi tentang dakwah. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan pasti saya kenang.

Alhamdulillah, forum berjalan dengan lancar dan semoga mesej yang disampaikan dapat memberi manfaat serta membuka hati para jemaah yang hadir.

Terima kasih Bro Lim atas ilmu, bimbingan dan inspirasi selama ini.

Dakwah bukan tentang siapa yang lebih hebat, tetapi bagaimana kita bersama-sama menyampaikan kebenaran dengan hikmah. ❤️

Semoga Allah terus membimbing langkah kita dalam perjuangan dakwah. 🤲

🔥 ADAKAH HIJRAH ITU HANYA UNTUK ORANG YANG BARU MASUK ISLAM?Atau sebenarnya… kita semua masih perlu berhijrah?🎙️ SEMBANG...
19/09/2026

🔥 ADAKAH HIJRAH ITU HANYA UNTUK ORANG YANG BARU MASUK ISLAM?

Atau sebenarnya… kita semua masih perlu berhijrah?

🎙️ SEMBANG HIJRAH
📅 Ahad, 20 September 2026
⏰ 9:00 malam
🎤 Host: Bro Ben
Founder & CEO, Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang

🤝 Panel: Bro Robert Ta Honn Yu
Setiausaha Agung, MACMA

Jom kita sembang santai tentang hijrah, kehidupan dan bagaimana menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah.

📲 Jumpa Ahad ini, 9:00 malam.
Jangan sekadar dengar… mungkin ada sesuatu yang menyentuh hati kita. ❤️

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan izinNya forum semalam berjalan dengan lancar. Diberi peluang untuk m...
19/09/2026

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan izinNya forum semalam berjalan dengan lancar.

Diberi peluang untuk menjadi moderator kepada dua Ustaz yang penuh dengan ilmu. Rasa sangat kerdil tapi dengan izinNya dapat kendalikan dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada penganjur terutama sekali Muhammad Faizal Ismail kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk tampil ke depan belajar mengambil pengalaman. Alhamdulillah.

Jazakumullah Khairan.

Alhamdulillah, syukur atas jemputan untuk Bicara Santai: “Dakwah, Mengajak atau Menghukum” bersama guru saya, Bro Lim Jo...
17/09/2026

Alhamdulillah, syukur atas jemputan untuk Bicara Santai: “Dakwah, Mengajak atau Menghukum” bersama guru saya, Bro Lim Jooi Soon 🤲

InsyaAllah, kita santai-santai berkongsi pengalaman dan pandangan tentang dakwah — mengajak dengan hikmah, bukan menghukum.

📍 Masjid Saiyidatina Mariam, SP Saujana, Sungai Petani
🗓️ Sabtu, 19 September 2026
🕰️ Selepas Solat Maghrib

Jom hadir. Mungkin satu perkongsian kecil, mengubah cara kita melihat dakwah. ❤️

16/09/2026

Ziarah 47/100

Jom kita sambung ziarah Kak Halimah yang sedang diuji.

Like, Follow dan Share.

Ikuti Perkembangan Seterusnya.

Maybank
5570 9082 5174
Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang

Syukur Alhamdulillah. Diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah kepada Menteri Besar Kedah Dato Seri Haji Muhammad Sanu...
16/09/2026

Syukur Alhamdulillah. Diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah kepada Menteri Besar Kedah Dato Seri Haji Muhammad Sanusi dan para jemaah Masjid Al Muhtadin selepas solat Subuh pagi tadi. Terbaik program Subuh macam Jumaat.

Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat. Jazakumullah Khairan kepada penganjur.

Kredit gambar kepada jemaah yang hadir. Barakallahu Fiikum.

Address

1571, Jalan Nangka, Taman Jambu Mawar
Pinang
14000

Telephone

+601155005203

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Insan Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share