Komuniti Johor

Komuniti Johor Berkongsi berita negeri Johor dan aktiviti menarik sekitar negeri Johor

08/09/2026

Malam2 di JB best healing di kawasan mana?

21 SUSPEK KES BUNUH DI KULAI DITAHAN, TUJUH BAKAL DIDAKWAKULAI, 8 September 2026 – Polis Johor berjaya menahan keseluruh...
08/09/2026

21 SUSPEK KES BUNUH DI KULAI DITAHAN, TUJUH BAKAL DIDAKWA

KULAI, 8 September 2026 – Polis Johor berjaya menahan keseluruhan 21 suspek, termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di Kulai pada 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Ab Rahaman bin Arsad, berkata tangkapan membabitkan 20 lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 15 hingga 31 tahun.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan dalam beberapa siri operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sekitar Johor Bahru, Kulai dan Selangor.

Semakan mendapati 14 daripada 21 suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek didapati negatif.

Bagi tujuh tangkapan awal, Mahkamah Majistret Kulai membenarkan tahanan reman sehingga 8 September 2026, manakala 14 tangkapan susulan direman sehingga 12 September 2026.

Polis kemudian melengkapkan kertas siasatan dan merujuknya kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada 7 September 2026 untuk mendapatkan arahan lanjut.

Hasilnya, tujuh suspek akan berdepan pertuduhan, iaitu:

- Seorang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
- Dua suspek di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.
- Empat suspek di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

Manakala 14 suspek lagi dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu pihak pendakwaan sebagai saksi.

Pertuduhan terhadap suspek di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 426 Kanun Keseksaan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kulai pada 9 September 2026.

Sementara itu, pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada tarikh yang sama.

Polis Johor turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian kerana tindakan sedemikian boleh membawa kepada akibat yang lebih buruk.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di 019-2792095 dan Bilik Gerakan IPK Johor di 07-2212999.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”




Lima anjing yang serang Haira diburu, status rabies akan dikenal pastiJOHOR BAHRU – Lima ekor anjing liar yang dipercaya...
08/09/2026

Lima anjing yang serang Haira diburu, status rabies akan dikenal pasti

JOHOR BAHRU – Lima ekor anjing liar yang dipercayai menyerang kanak-kanak berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, kini sedang diburu pihak berkuasa.

Usaha menangkap haiwan berkenaan dilakukan bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan, termasuk mengenal pasti sama ada anjing terbabit mempunyai jangkitan rabies atau sebaliknya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khaled berkata, tindakan segera itu penting susulan kebimbangan pihak hospital terhadap kemungkinan risiko rabies selepas kejadian serangan tersebut.

Menurutnya, operasi memburu dan menangkap anjing liar di kawasan berkenaan telah dimulakan Pejabat Daerah Batu Pahat dan akan dipergiatkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

“Antara tanggungjawab besar pihak berkuasa ialah menangkap anjing yang terlibat kerana pihak hospital perlu mengetahui status rabies haiwan berkenaan.

“Jika disahkan bebas rabies, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada doktor dan keluarga mangsa kerana kebimbangan mengenai jangkitan itu boleh memberi kesan terhadap proses pemulihan Haira,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Haira yang masih menerima rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, Selasa.

Operasi berkenaan turut membabitkan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Fared berkata, operasi akan diteruskan dan diperluaskan mengikut keperluan bagi memastikan ancaman anjing liar di kawasan terbabit dapat ditangani dengan segera.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan DVS menggunakan semua kaedah yang dibenarkan undang-undang, termasuk pemantauan serta intipan bagi mengesan dan menangkap anjing liar.

Katanya, operasi menangkap anjing liar sebenarnya telah dijalankan sebelum kejadian menimpa Haira.

“Pada 12, 26 dan 30 Ogos lalu, MPBP bersama DVS telah menjalankan operasi dan sebanyak 22 ekor anjing liar berjaya ditangkap.

“Bagaimanapun, kita akui masih terdapat banyak anjing liar di kawasan tersebut sehingga kejadian malang ini berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan sama, usaha menangani masalah anjing liar akan diperluaskan ke seluruh Johor susulan isu berkenaan turut dikesan berlaku di beberapa kawasan lain.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, turut mengarahkan semua PBT supaya menyegerakan operasi membanteras anjing liar di kawasan masing-masing.




Mereka berumahtangga di situ ke..Lokasi Dataran Bandaraya Johor Bahru.JKM Negeri Johor - JKMNJMajlis Bandaraya Johor Bah...
08/09/2026

Mereka berumahtangga di situ ke..

Lokasi Dataran Bandaraya Johor Bahru.

JKM Negeri Johor - JKMNJ
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Kredit : Threads

08/09/2026

Apa benda yg korang nak sangat tapi masih belum dapat?

SPRM tahan pengerusi perumahan disyaki seleweng RM1.6 jutaJOHOR BAHRU – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah ...
08/09/2026

SPRM tahan pengerusi perumahan disyaki seleweng RM1.6 juta

JOHOR BAHRU – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang daripada kira-kira 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan sekitar RM1.6 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta kira-kira RM4,000 daripada setiap pemohon bagi urusan permohonan lot tapak perumahan kerajaan.

Siasatan awal mendapati kegiatan berkenaan dipercayai berlaku antara 2016 hingga 2025.

Wang yang dikutip itu p**a dipercayai diseleweng untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa berkenaan menggunakan invois palsu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” katanya.

Sinar Harian




08/09/2026

Wajar ke gaji minimum dinaikan sehingga RM3 Ribu?

08/09/2026

Rakaman "dashcam" kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan mpv di Jalan Kempas Lama persimpangan Jalan Bunga Mawar, Kg Maju Jaya jam 8.04 pagi 07/09/26.

Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini. Semoga dipermudahkan urusan hendakNya aamiin.

  | 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈! 🎓Anda ada impian tapi tak tahu jalan? Jom temui kami di Pameran Kerjay...
07/09/2026

| 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈! 🎓
Anda ada impian tapi tak tahu jalan? Jom temui kami di Pameran Kerjaya Kolej Kemahiran Johor (KKJ)!
Kami akan berada di sekolah anda untuk membantu memberi gambaran jelas tentang peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kemahiran.
📌 𝐂𝐚𝐭𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚:
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 8 September 2026 (Selasa)
𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Dataran Perhimpunan, SMK Taman Nusa Damai
Nota Penting: Pameran ini hanya terbuka kepada warga sekolah sahaja.
Datang bawa semangat, balik bawa matlamat! See you there!

07/09/2026

🚨 KEDAI JUDI LEBIH BERKUASA DARI PENGUATKUASA? 🚨

Rentetan daripada isu kedai judi yang pernah kami bangkitkan sebelum ini di pautan https://www.facebook.com/share/19P7fneVqG/?mibextid=wwXIfr nampaknya kuasa media sosial hanya mampu memberi tekanan untuk sementara waktu sahaja.

Bila isu mula hangat dan menjadi perhatian ramai, premis tersebut tutup sementara. Namun selepas lebih kurang 2 minggu, apabila keadaan mulai reda, kedai tersebut kembali beroperasi seperti biasa.

Jadi persoalannya…

Adakah cukup sekadar tutup sementara sehingga isu reda, kemudian buka semula?

Kalau perkara ini benar melanggar undang-undang, sampai bila penduduk setempat perlu melihat perkara yang sama berulang kali?

Lebih mengecewakan apabila penduduk sudah bersuara, sudah menegur dan isu ini sudah mendapat perhatian di media sosial, tetapi akhirnya keadaan kembali seperti biasa.

Jangan sampai masyarakat mula tertanya-tanya SIAPA SEBENARNYA YANG LEBIH BERKUASA? Kedai tersebut atau pihak penguatkuasa?

Dan jika benar wujud pihak tertentu yang melindungi atau menjaga premis-premis seperti ini, kita sebagai rakyat marhaen hanya mampu melihat tanpa mampu membantah?

Kalau benar begitu, maka tidak hairanlah masyarakat semakin hilang keyakinan dan tertanya-tanya sama ada wang ringgit benar-benar mampu mengatasi segalanya.

Namun kami tetap berharap segala persoalan ini dapat dijawab melalui tindakan dan penguatkuasaan yang telus, bukannya sekadar membiarkan isu ini senyap selepas beberapa minggu.

Kami bukan mahu mengambil alih tugas pihak berkuasa. Kami cuma mahu tindakan yang konsisten, tegas dan benar-benar menyelesaikan masalah, bukan sekadar tindakan sementara apabila isu menjadi viral.

Terima kasih kepada semua yang selama ini berani bersuara, menegur dan bersama-sama mengambil berat terhadap perkara mungkar yang berlaku di kawasan setempat.

Selebihnya, kami serahkan kepada Yang Maha Esa untuk menunjukkan jalan kebenaran dan membuka segala perkara yang tersembunyi.

Kami juga berharap pihak berwajib mengambil serius sensitiviti dan kebimbangan penduduk setempat. Jangan tunggu sehingga isu ini kembali viral barulah tindakan diambil.

Penduduk dah bersuara.
Media sosial dah bersuara.
Sekarang kami tunggu tindakan pihak berwajib p**a.

CC: Onn Hafiz | Ramlee Bohani | PDRM

Address

Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Komuniti Johor:

Shortcuts

Share