PUMAS Puchong.My

PUMAS Puchong.My Kami anak Malaysia

Kredit kepada YB DS Azalina Othman Said Menteri di JPM (Undang-Undang) mengetuai pasukan perundangan Malaysia berjaya me...
07/09/2024

Kredit kepada YB DS Azalina Othman Said Menteri di JPM (Undang-Undang) mengetuai pasukan perundangan Malaysia berjaya membawa Kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan di Mahkamah Agung Belanda yang memihak kepada Malaysia dan menolak rayuan yang difailkan oleh Pihak Menuntut Sulu.

Keputusan Mahkamah Agung Belanda yang muktamad dan berwibawa, menamatkan percubaan Pihak Menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan tidak sah mereka terhadap Malaysia di Belanda.

Keputusan Mahkamah Agung Belanda ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023 yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan Pihak Menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan "Anugerah Akhir" yang dibuat secara tidak sah di Paris oleh Dr. Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022.

Pengerusi MARA Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan permohonan untuk sambung pengajian luar negara peringkat Ijazah...
19/07/2024

Pengerusi MARA Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan permohonan untuk sambung pengajian luar negara peringkat Ijazah (Bachelor) dibawah Program Universiti Terbaik Dunia atau World's Top Universities Programme (WTU 2024) MARA untuk pelajar Melayu Bumiputra telah dibuka bermula 15-29 Julai 2024. Permohonan dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat dengan melayari web tertera di bawah:

https://www.mara.gov.my/program-pinjaman-pelajaran-mara-ke-universiti-terbaik-dunia-2024/

Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat


Ahli Jawatankuasa Bahagian dan keluarga besar UMNO Bahagian Puchong mengucapkan Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-77 sempena h...
11/05/2023

Ahli Jawatankuasa Bahagian dan keluarga besar UMNO Bahagian Puchong mengucapkan Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-77 sempena hari bersejarah penubuhan rasmi parti keramat ini pada 11 Mei 1946 sebuah gagasan penyatuan orang Melayu untuk menentang Malayan Union yang dilancarkan oleh penjajah British.

Sedekahkan bacaan umul kitab Al-Fatihah semoga roh Almarhum Dato' Onn Jaafar pengasas UMNO dan semua pimpinan Melayu waktu itu dicucuri rahmat Allah SWT.

Semoga dicucuri rahmat Allah SWT jua ke atas roh pemimpin UMNO selepas itu iaitu pejuang kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan para pemimpin lain yang membawa kemerdekaan Tanah Melayu tanggal 31 Ogos 1957 yang kita warisi hingga ke ke hari ini tanahair tercinta MALAYSIA.

10/05/2023

Ikuti rakaman amatur video pendek ulasan Taufiq Ilhami Ketua Penerangan UMNO Bahagian Puchong berkaitan usaha pihak tertentu untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

[Nota: 126 bukan 127]

PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA MOHON AMBIL MAKLUMKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri kebenaran khas kepada murid, gur...
03/05/2023

PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA MOHON AMBIL MAKLUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan untuk memakai baju sukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan berikutan cuaca panas melampau.

Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

Tuan Haji Yusof Yassin Setiausaha UMNO Bhgn Puchong mewakili Dato' Dr. Haji Mohamad Satim Diman Ketua UMNO Bhgn Puchong ...
28/04/2023

Tuan Haji Yusof Yassin Setiausaha UMNO Bhgn Puchong mewakili Dato' Dr. Haji Mohamad Satim Diman Ketua UMNO Bhgn Puchong turun bersama Tuan Ramacantiran M. Ananthan Pegawai JKM Subang Jaya (Daerah Petaling) bertemu wakil 10 keluarga di Kampung Orang Asli Sungai Rasau, Puchong yang terjejas akibat ribut beserta hujan lebat petang semalam, Khamis.

Turut sama ialah Boy Khairul Azmil Ketua Pemuda UMNO Bhgn Puchong dan Taufiq Ilhami Ketua Penerangan UMNO Bhgn Puchong.

25/04/2023

Selamat bertugas kepada rakan-rakan yang mula bekerja hari ini 05 Syawal 1444H bersamaan 26 April 2023 (Rabu). Khususnya, mereka yang bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri.

Bagi anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri barangkali mula mengetip kad perakam waktu kerja bermula hari Ahad ini dan Isnin minggu depan.

Dalam ketidaktentuan ekonomi global akibat pelbagai faktor termasuk peperangan di negara-negara bergolak, sama-sama kita bermohon kepada Allah SWT agar negara kita terlindung dari segala bencana besar yang boleh merobek ekonomi dan merencatkan pembangunan negara.

Semoga terhimpun segala kebaikkan untuk rakyat dan negara tercinta Malaysia.

24/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tahun 1444H/2023

Di Puchong waktu ini angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dingin di petang 03 Syawal 1444H bersamaan 24 April 2023 (Isnin). Buat sahabat handai dan rakan taulan yang kembali ke sekitar Puchong selepas berhari raya di kampung di luar Lembah Klang, berhati-hati ketika memandu. Ingat insan tersayang.

Belum terlambat mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan Cina, India dan Sabah Sarawak non-muslim yang bermastautin di Puchong.

Address

Batu 14
Puchong
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUMAS Puchong.My posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share