13/01/2021
Diary : 13hb January 2020 | 10.30 pm
Kematian itu pasti... Sesiapa yang hidup pasti akan mati.. itulah yg terjadi apabila membaca, melihat apa yang terjadi dengan keadaan pesawat di indonesia yang terhempas penuh tragis..
Hati aii cepat tersentuh sangat2 bila tengok benda yang menyedihkan.. aii seorang yg mudah cepat menangis bila tengok benda yang melibatkan hati dan perasaan tp itulah lumrah kehidupan.. ya allah besarnya keajaiban yang kau berikan kepada kami.. dengan melihat apa terjadi sentiasa insaf di dalam hati ( tetapi lepas tu buat lagi ) herm.... itulah manusia...
Beria aii menangis tengok video, gambar, dan kata2 yang diungkapkan kepada yg terlibat.. dan apakah daya ajal dan maut allah swt dah ciptakan.. ada satu2nya bila terjadi macam nie, banyak yang aii baca komen dan buat status dimana orang akan cakap " ha sebab tue lah tknak naik kapal terbang, sebab jadi mcm nie lah " memang tk naik lah! tp pernah ke kita terfikir, sejak2 nie banyak kematian tragis yg berlaku di mana kita berada..
contoh : ada yang digilis oleh lori.. berkecai hancur, diheret dan ada kadang2 terbakar dalam kemalangan... tidakkah terfikir sama kematian itu? yang penuh tragis? cukup lah berkata2 yang gah pada diri sendiri.. if allah swt dah catit kamu mati dalam keadaan yang tragis.. ya! takdir allah swt keajaiban dan mempercayai " kun fa ya kun " allah swt itu sangat lah diyakini. jika dikatakan terjadi, maka terjadilah ia. jadi jaga lah percakapan kita berkata yang baik-baik semoga allah swt berikan kita takdir yang baik-baik...
semoga semua ahli keluarga mangsa sabar dengan segala dugaan yang telah diberikan. Kerana allah swt bg dugaan ini kepada mereka, allah swt tau, mereka sangat kuat dan tabah menerima dugaan ini. Amin.. dipermudahkan..
Al- Fatihah
Mangsa pesawat Sriwijaya