Goal Finance

Goal Finance Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Goal Finance, Putrajaya.

Usaha Sama AWC Peroleh Projek Infrastruktur Air Di Sarawak Bernilai RM7.33 JutaKUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — AWC Bhd ...
01/04/2025

Usaha Sama AWC Peroleh Projek Infrastruktur Air Di Sarawak Bernilai RM7.33 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — AWC Bhd dan rakan kongsinya memperoleh projek infrastruktur air di Sarawak bernilai RM7.33 juta daripada Real Teamtrade Sdn Bhd.

Pada Julai 2020, anak syarikat AWC, DD Techniche Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Techkem Utilities Sdn Bhd dan Techkem Resources Sdn Bhd untuk melaksanakan dan membiayai peluang berkaitan air secara rasmi di Malaysia dan rantau ASEAN.

Dalam kenyataan hari ini, kump**an perkhidmatan kejuruteraan itu berkata usaha sama tersebut akan membekalkan serta menjalankan kerja-kerja mekanikal dan elektrik untuk loji rawatan air.

Techkem adalah anak syarikat Techkem Group, antara penyedia penyelesaian rawatan air terkemuka dalam proses dan bahan kimia khusus, terlibat dalam pelbagai projek bagi berbagai-bagai industri.

Usaha sama tersebut akan membekalkan serta menjalankan kerja-kerja mekanikal dan elektrik untuk loji rawatan air

IRDA Yakin Capai Sasaran Pelaburan RM383 Bilion Meskipun Berdepan Pandemik Covid-19KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) – Piha...
01/04/2025

IRDA Yakin Capai Sasaran Pelaburan RM383 Bilion Meskipun Berdepan Pandemik Covid-19

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) – Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yakin dapat mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM383 bilion menjelang 2025, selepas mencatatkan pelaburan kira-kira 87 peratus atau RM332 bilion setakat Jun 2020, meskipun berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.

Pengarah Ekonomi dan Kemakmurannya, Engku Ahmad Kamel Engku Taib, berkata dengan pelaburan kira-kira RM50 bilion lagi dalam tempoh lima tahun akan datang, sasaran itu dijangka dapat dicapai.

“Saya jangka akan ada cabaran, bergantung kepada selama mana krisis pandemik COVID-19 ini akan berlarutan, tetapi pada masa yang sama, saya percaya lambat laun orang akan perlu terus melabur dalam bahagian utama tertentu.

“Dalam tempoh sukar, sering akan ada peluang baharu yang akan muncul,” katanya semasa webinar yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertajuk “Siri Labur MIDA: Membuka Potensi Perniagaan Negeri-Negeri, taklimat oleh Kerajaan Negeri Johor” di sini, hari ini.

Engku Ahmad Kamel berkata IRDA menerima banyak pertanyaan terutamanya dari negara-negara Barat untuk mahu memindahkan asas pembuatan mereka berikutan masalah yang dihadapi akibat daripada pertelagahan perdagangan Amerika Syarikat-China.

Walaupun syarikat-syarikat tidak akan keluar dari China disebabkan penggunaan pasaran domestik yang besar di negara itu, namun terdapat keperluan bagi mereka untuk memindahkan beberapa kemudahan, untuk mengatur rantaian bekalan mereka secara serantau, terutamanya di Amerika Syarikat.

Beliau berkata Johor yang terletak berdekatan dengan Singapura mempunyai kelebihan kerana banyak pengeluar, termasuk dari republik itu, memilih negeri tersebut sebagai aas pembuatan mereka kerana produk yang dikeluarkan mudah untuk diangkut menerusi laluan tambak.

“Seperti yang kita tahu, Singapura memeterai lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA) berbanding kita yang memberikan banyak kelebihan kepada mereka manakala kerajaan kita terus berunding dan membangunkan FTA,” katanya.

Menurutnya, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, cadangan FTA di rantau Asia Pasifik antara 10 negara anggota ASEAN dengan lima rakan FTA mereka — Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan — akan membuka banyak peluang bagi Malaysia.

Mengenai pencapaian pelaburan Iskandar Malaysia setakat ini, beliau berkata 58 peratus adalah daripada domestik dengan 34 peratus jumlah pelaburan dalam sektor seperti pembuatan (79.61 peratus) dan sektor perkhidmatan lain, antaranya logistik, pelancongan dan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, setakat Jun tahun ini, wilayah itu menerima pelaburan kira-kira RM16 billon.

Engku Ahmad Kamel berkata pandemik itu telah menjejaskan banyak sektor di Iskandar Malaysia, antaranya, pelancongan, penjagaan kesihatan, industri kreatif dan pendidikan dengan semuanya melibatkan pergerakan orang ramai.

Oleh itu, katanya, situasi ini memerlukan campur tangan kerajaan untuk meningkatkan mobiliti pengunjung, pelabur dan pekerja berpengetahuan terutamanya dari negara-negara selamat, seperti yang dilakukan beberapa negara jiran bagi membantu memulihkan ekonomi mereka.

Dengan pelaburan kira-kira RM50 bilion lagi dalam tempoh lima tahun akan datang, sasaran itu dijangka dapat dicapai.

MIDF Kekalkan Saranan Beli Untuk Mah Sing, Naikkan Harga Sasaran Kepada RM1.10KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — MIDF Aman...
01/04/2025

MIDF Kekalkan Saranan Beli Untuk Mah Sing, Naikkan Harga Sasaran Kepada RM1.10

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) telah mengekalkan saranan “beli” ke atas Mah Sing Group Bhd, dengan menaikkan harga sasaran kepada RM1.10 daripada 82 sen sebelumnya.

Saranan ini dibuat susulan daripada pengumuman syarikat pemaju hartanah itu semalam, yang merancang untuk mempelbagaikan aktiviti menerusi langkah menceburi bidang penjagaan kesihatan, iaitu pembuatan sarung tangan.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu menjangkakan sumbangan daripada pembuatan sarung tangan lebih daripada dua kali ganda pendapatan Mah Sing untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 memandangkan Mah Sing berhasrat menjual sarung tangan pada harga pesanan semerta yang lebih tinggi daripada harga kontrak.

“Kami menjangkakan pembuatan sarung tangan akan menyumbang pendapatan lebih daripada RM150 juta untuk tahun kewangan 2021 berdasarkan kepada harga pesanan semerta konservatif AS$60 setiap seribu keping berbanding harga pesanan semerta pada masa ini iaitu antara AS$80-AS$160 setiap seribu keping.

Mah Sing dalam makluman kepada bursa semalam berkata di bawah cadangan kepelbagaian aktiviti itu, anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd akan membeli 12 talian pengeluaran sarung tangan baharu yang dijangka dapat meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran ebanyak 3.68 bilion sarung tangan setahun.

Saranan ini dibuat susulan daripada pengumuman mempelbagaikan aktiviti menerusi langkah pembuatan sarung tangan.

Southern Cable Disenarai Di Pasaran ACE Pada RM0.335KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Pengeluar kabel dan wayar Southern ...
01/04/2025

Southern Cable Disenarai Di Pasaran ACE Pada RM0.335

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Pengeluar kabel dan wayar Southern Cable Group Bhd (Southern Cable) disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada RM0.335 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM0.34.

Semasa dibuka, syarikat itu menyaksikan 16.9 juta sahamnya diniagakan.

Pengarah Urusan Tung Eng Hai berkata kump**an itu menyasarkan untuk meneroka pasaran automotif dan lif menjelang separuh kedua 2021 dengan memperkenalkan rangkaian produk baharu termasuk kabel kuasa dan kawalan serta wayar untuk aplikasi automotif dan lif.

“Rangkaian baharu bagi kabel dan wayar untuk segmen automotif dan lif dijangka dibangunkan dan dikomersialkan pada separuh kedua 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2019, 76.1 peratus daripada perolehan kump**an itu disumbangkan oleh wayar dan kabel kuasa, manakala 5.4 peratus daripada kabel komunikasi dan wayar.

Jualan kabel dan wayar kawalan dan instrumentasi menyumbang 9.4 peratus kepada perolehan dan baki 9.1 peratus lagi adalah jualan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

Tung berkata nilai perolehan kontrak kump**an itu adalah sebanyak RM405.4 juta sehingga 1 Sept 2020 termasuk kontrak yang diperoleh daripada sektor perkhidmatan penting seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Ini akan mengekalkan pendapatan kump**an sehingga tahun kewangan yang berakhir 31 Dis 2022, katanya.

Kump**an itu memperuntukkan RM30.0 juta untuk perbelanjaan modal dan pengembangan daripada jumlah keuntungan yang diraih.

“Daripada jumlah ini, RM18.5 juta adalah untuk membeli dan menaik taraf jentera serta peralatan, RM7.5 juta untuk membina kilang baharu dan RM4.0 juta untuk membiayai pembelian dan pemasangan sistem teknologi maklumat perancangan sumber perusahaan (ERP).

“Sebanyak RM27.5 juta akan diperuntukkan sebagai modal kerja, manakala RM9.2 juta sebagai pembayaran balik pinjaman bank. RM4.5 juta akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Kump**an itu memperuntukkan RM30.0 juta untuk perbelanjaan modal dan pengembangan daripada jumlah keuntungan yang diraih.

Tutorial Bergambar 6 Langkah Mudah Untuk Set Indicator Moving Average dan Bollinger Band Di Dalam Chart Dan Cara Penggun...
01/04/2025

Tutorial Bergambar 6 Langkah Mudah Untuk Set Indicator Moving Average dan Bollinger Band Di Dalam Chart Dan Cara Penggunaannya

Sebagai seorang pelabur, ilmu teknikal amat penting untuk membuat keputusan dalam setiap pelaburan. Kebiasaanya, para pelabur akan menggunakan screener untuk melihat dan membuat kajian saham-saham pilihan. Setiap platform dagangan biasanya ada menyediakan kemudahan screener ini.

Ada juga laman sesawang lain yang menyediakan kemudahan ini secara percuma seperti:

KLSE Screener (www.klsescreener.com)
MalaysiaStock.Biz (www.malaysiastock.biz)
TradingView (www.tradingview.com)
Namun, screener percuma ini mempunyai sedikit kelemahan iaitu pergerakan harga saham akan sedikit lewat (delay) berbanding harga semasa. Berbeza dengan screener yang berbayar yang biasanya mempunyai kelebihan tersendiri yang memudahkan pelabur untuk membuat kajian mereka.

Untuk artikel kali ini, kami akan menunjukkan langkah-langkah untuk anda set kan indikator di dalam chart serta cara penggunaannya. Untuk artikel kali ini, kami akan menggunakan screener daripada KLSE Screener sebagai rujukan.

1. Buka laman Sesawang KLSE Screener

Perkara pertama kita perlu buat adalah dengan melayari laman web KLSE Screener seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

2. Masukkan Nama Kaunter Pilihan

Kemudian, ia akan membawa kita ke page seterusnya seperti gambar di atas. Ketika berda di page ini, kita boleh membuat pilihan mana-mana kaunter pilihan untuk pergi ke page seterusnya. Selepas membuat pilihan, kita perlu mengisi nama kaunter pilihan di bahagian atas kiri page ini.

Sebagai contoh pembelajaran, saya memilih kaunter Frontken. Selepas kita siap mengisi nama kaunter pilihan, tekan butang search di sebelah ruang yang diisi tadi untuk ke page seterusnya.

3. Pergi Ke Technical Charting

Kita akan nampak beberapa nilai nisbah berserta rumusan laporan kewangan syarikat dan harga semasa kaunter pilihan di page ini berserta gambaran kasar carta candlestick. Untuk ke langkah seterusnya, tekan butang Technical Charting pada belah bawah kanan page ini.

4. Masukkan Indikator Pilihan

Selepas menekan butang Technical Charting tadi, kita akan dibawa ke page seterusnya seperti gambar di atas. DI page ini, kita akan nampak carta candlestick berserta volume dagangan. Untuk langkah seterusnya, kita perlu menekan butang Indikator yang berada pada bahagian atas kiri page ini.

Seterusnya, akan keluar page kecil untuk kita memilihindikator yang ingin kita gunakan. Untuk sesi pembelajaran kali ini, saya akan menggunakan dua indikator asas yang selalu digunakan oleh pelabur berserta menjelaskan secara ringkas cara pengunaannya. Indicator pilihan saya adalah seperti berikut:

Moving Average (MA) 20 dan MA 50
Bollinger Band
Sebelum saya menerangkan fungsi setiap indikator di atas, saya akan menunjukkan cara untuk kita set kan ketiga-tiga indikator ini dan cara kita simpan template-nya untuk pengunaan masa hadapan.

5. Masukkan Indikator Pilihan

Selepas memilih indikator MA ini, default setting akan adalah MA 9. Untuk mengubah setting ini, kita perlu menekan butang input dan memasukkan nilai yang kita mahu. Untuk contoh kali ini, kita akan mengunakan nilai MA 20 dan tekan butang ‘OK’. Untuk MA 50 p**a, kita perlu mengulangi langkah ke empat dan melakukan perkara yang sama dengan langkah kelima ini.

Langkah keempat dan kelima juga diulang untuk mendapatkan indikator lain seperti Bollinger Band.

Carta akan kelihatan seperti di atas, kita akan ada indikator MA 20 (Merah) dan MA 50 (Biru), dan Bollinger Band. Gambar di atas telah diubah setting inputnya untuk lebih sesuai dengan pandangan pelabur masing-masing. Untuk mengubah setting inputnya, kita boleh mengulangi langkah keempat dan kelima untuk indikator pilihan.

6. Simpan Template Indikator

Setelah selesai set-kan indikator pilihan, kita perlu simpan tempate ini agar semua indikator ini akan muncul bagi semua kaunter kajian kita nanti. Untuk menyimpan template ini, tnekan butang Templates pada bahagian atas tengah. Tekan save indicator template dan berikan nama template tersebut.

Cara Penggunaan Indikator
Baik, sekarang kita sudah tahu cara untuk set indikator di screener KLSE Screener, sekarang saya akan menerangkan p**a cara penggunaan setiap indikator tadi secara ringkas.

Moving Average 20 and Moving Average 50
Moving Average (MA) merupakan salah satu indikator asas yang sering digunakan oleh penganalisa taknikal. Indicator ini fungsinya adalah untuk menjadikan pergerakan harga lebih smooth dengan kaedah purata. Indicator ini boleh disesuaikan untuk pelaburan jangka masa panjang atau pendek. Jika MA 20, ini bermakna indikator ini mengambil harga akhir sepanjang 20 hari lepas dan dibahagikan dengan 20. Begitu juga pada MA 50, MA 100 mahupun MA 200.

Indicator ini boleh digunakan secara bersendirian untuk menentukan fasa pergerakan harga saham atau digunakan secara bersama dengan nilai MA yang berbeza untuk mendapatkan signal membeli atau menjual saham itu. Gabungan yang kerap digunakan adalah seperti MA 7 dan MA 20, MA 20 dan MA 40 dan juga MA 20 dan MA 50.

Signal belian bermula apabila MA yang nilai lebih kecil seperti MA 20 bersilang daripada bawah ke atas dengan MA 50 yang lebih besar nilainya seperti gambar di bawah.

Harga saham Frontken terus berada pada fasa kenaikan selepas MA 20 bersilang ke atas dengan MA 50. Sebaliknya harga dalam fasa menurun apabila MA 20 bersilang ke bawah dengan MA 50.

Bollinger Band
Bollinger Band juga merupakan salah satu indikator asas yang digunakan oleh penganalisa teknikal. Indikator ini diterjemahkan dengan menandakan dua garisan pecahan standard deviations (positif dan negatif) daripada garisan harga Moving Average (MA).

Bollinger Band dinamakan sempena nama penciptanya iaitu John Bollinger. Bollinger Band ini dicipta untuk memberi para pelabur mengesan sama ada sesuatu saham itu terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought) di dalam pasaran. Jika harga saham itu terkeluar daripada Band di sebelah atas, ini bermakna saham itu sudah terlebih beli oleh orang ramai. Berdasarkan teori, harga saham itu akan kembali masuk ke dalam Band semula .

Begitu juga sebaliknya jika harga terkeluar daripada Band bawah, ini bermakna saham tersebut sudah terlebih jual, dan harga saham akan masuk semula di dalam Band nanti.

Gambar menunjukkan harga saham Frontken yang terkeluar daripada band yang menunjukkan terlebih jual sebelum masuk semula ke dalam band dan sebaliknya yang berlaku untuk harga yang terkeluar daripada band di sebelah atas.

Rumusan
Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu tahu bahawa semua indikator yang dibincangkan ini adalah lagging indikator dan kadang kala indikator ini memberikan isyarat palsu kepada pelabur. Jika dengan mengunakan indikator sahaja boleh menjadi pelabur berjaya, maka ramailah pelabur berjaya sejak adanya indikator ini.

Realitinya, untuk menjadi pelabur yang berjaya kita memerlukan lebih daripada Indikator semata-mata. Kita perlukan ilmu yang tinggi serta pengalaman yang luas dan disiplin yang baik.

https://thekapital.my/2020/10/16/tutorial-bergambar-6-langkah-mudah-untuk-set-indicator-moving-average-dan-bollinger-band-di-dalam-chart-dan-cara-penggunaannya/

Kebiasaanya, para pelabur akan menggunakan screener untuk melihat dan membuat kajian saham-saham pilihan

3 Kaunter Global Untuk Diperhatikan Sekiranya Donald Trump Menang Pilihanraya PresidenSiapa yang tidak kenal dengan Dona...
01/04/2025

3 Kaunter Global Untuk Diperhatikan Sekiranya Donald Trump Menang Pilihanraya Presiden

Siapa yang tidak kenal dengan Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 dan seorang yang amat lantang ketika berkata-kata. Merupakan graduan daripada University of Pennsylvania’s Wharton School of Finance, Trump mengikut jejak langkah ayahnya dengan menceburi perniagaan hartanah lalu menjadikannya terkenal di New York.

Pada 8 November 2016, Trump telah dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat setelah mendapat lebih daripada 62 juta undian rakyat Amerika. Ianya merupakan undi yang terbanyak diterima bagi seorang calon Parti Republik dalam sejarah. Setelah 4 tahun, Trump sekali lagi akan bertanding pilihan raya untuk menentukan siapakah presiden Amerika yang baru. Namun kini pesaingnya adalah Joe Biden calon daripada Parti Demokrat.

Boleh perhatikan saham-saham ini sekiranya Donald Trump memenangi Pilihanraya Presiden.

1. Twitter

Sumber : pixabay
Presiden Donald Trump mempunyai hubungan yang agak menarik dengan media sosial bernama Twitter ini. Pada awalnya Trump marah apabila tweet beliau sering dilabelkan sebagai tidak benar dan tidak sahih. Ini menyebabkan Trump mengkritik Twitter sebagai platform yang menghalang suara konservatif .

Yang menariknya, Twitter memerlukan Trump sebagaimana Trump memerlukan Twitter. Sebelum pilihan raya presiden tahun 2016, Twitter kurang mendapat perhatian orang ramai.

Namun, disebabkan kontrovesi yang sering datang daripada tweet Donald Trump ketika itu, telah menarik lebih ramai orang ke platform berkenaan. Kesemua tweet yang ditulis oleh Trump kemudiannya di ‘retweet’ oleh pengguna twitter dan ini membuatkan media sosial ini menjadi tumpuan orang ramai. Trump juga cenderung untuk menggunakan Twitter sebagai platform untuk menyampaikan berita yang ingin beliau sampaikan kepada rakyat Amerika Syarikat.

Maka, sekiranya Trump memenangi pilihan raya, Twitter dilihat sekali lagi akan terus mendapat perhatian dan Trump sudah tentu akan terus menggunakan platform ini untuk bersuara.

2. Lockheed Martin

Sumber : Wall Street Journal
Syarikat pertahanan dan aeroangkasa dilihat cenderung untuk meningkat naik di bawah pentadbiran Parti Republikan kerana perbelanjaan pertahanan menjadi keutamaan mereka. Namun ianya bakal berkurang ­kerana tidak kira siapa pun yang akan mengambil alih jawatan presiden, focus sudah pastinya kepada menaikkan semula ekonomi negara.

Namun sekiranya kita lihat kepada sejarah, perbelanjaan pertahanan yang dikeluarkan oleh Parti Republik adalah lebih tinggi daripada Parti Demokrat. Lockheed Martin syarikat pengeluar helicopter Black Hawk, jet F-16 Fighting Falcon dan pesawat Orion dilihat antara yang akan mendapat manfaat daripada kemenangan Parti Republik nanti.

Lockheed tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika pemerintahan Presiden Bill Clinton tetapi syarikat ini menikmati prestasi yang baik di ketika di bawah pemerintahan Presiden George W.Bush. Kemudian apabila berada di bawah pemerintahan Donald Trump, syarikat telah mencatatkan peningkatan sebanyak 64% sejak pilihan raya pada 2016.

Syarikat ini turut mengagihkan dividen kepada pemegang saham dengan nilai Dividen Yield sebanyak 2.7%.

3. Exxon Mobil

Sumber : pxfuel
Hari ini kita dapat lihat terdapatnya lebihan bekalan minyak mentah di seluruh dunia. Permintaan terhadap minyak mentah semakin berkurangan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Harga saham ExxonMobil turut mendapat tempias daripada kurangnya permintaan terhadap bekalan minyak mentah. Namun, saham ini telah menjadi terlalu murah untuk diabaikan sepenuhnya. Saham ExxonMobil didagangkan pada harga yang sama di sekitar tahun 2000-an dan masih mampu memberi p**angan dividen hampir 10%.

Secara realistiknya, sektor minyak dan gas tidak akan menjadi industri yang akan berkembang dalam masa terdekat. Pentadbiran Trump bukanlah dikatakan mampu untuk mengembalikan trend tersebut atau mempengaruhi harga tenaga asli ini, tetapi Trump dilihat tidak akan mengenakan cukai dan peraturan baru terhadap sektor ini.

Pentadbiran Trump dijangka akan mencari jalan untuk mengatur dan mendorong pengeluaran bahan bakar fosil.

Dasar yang berbeza bagi pentadbiran Joe Biden yang lebih cenderung mengawal pengeluaran karbon, kawalan ketat terhadap perlombongan arang batu dan mengurangkan projek penggalian bahan asli.

Boleh perhatikan saham-saham ini sekiranya Donald Trump memenangi Pilihanraya Presiden bulan November nanti

3 Kaunter Global Untuk Diperhatikan Sekiranya Joe Biden Menang Pilihanraya PresidenKurang dari sebulan lagi iaitu pada t...
01/04/2025

3 Kaunter Global Untuk Diperhatikan Sekiranya Joe Biden Menang Pilihanraya Presiden

Kurang dari sebulan lagi iaitu pada tarikh 3 November 2020, rakyat Amerika akan menentukan siapakah presiden bagi negara itu melalui pilihan raya presiden. Adakah rakyat Amerika Syarikat akan memilih untuk mengekalkan Donald Trump sebagai presiden atau memilih Joe Biden sebagai ketua negara tersebut? Sama-sama kita nantikan.

Berdasarkan kaji selidik awal yang dibuat Reuters, rakyat Amerika lebih cenderung memilih Biden sebagai calon yang lebih kuat dalam kebolehan beliau menangani virus Covid-19, memelihara hak sivil dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Manakala Trump dilihat sebagai calon yang lebih kuat untuk mengukuhkan ekonomi negara tersebut.

Jom kita tengok saham-saham yang berkaitan sekiranya Joe Biden menang Pilihanraya Presiden nanti.

1. Nikola Corporation

Sumber : bloomberg
Nikola diasaskan oleh Trevor Milton pada tahun 2015 di Salt Lake City,Utah dan kini beribu pejabat di Phoenix,Arizona. Sejak tahun 2016, Nikola Corporation merupakan syarikat yang telah menghasilkan kenderaan tanpa pelepasan gas ke atmosfera. Pada 8 September yang lalu, Nikola berjaya mendapatkan kerjasama dengan General Motors (GM) dalam pembuatan kenderaannya.

Trak elektrik yang dinamakan Nikola Badger bakal menggunakan teknologi bateri ultium GM yang mana pembuatannya akan bermula pada tahun 2022.

Untuk menjayakannya, Nikola menerbitkan USD2 bilion saham syarikatnya dan mengagihkan 11% saham kepada General Motors dan 11% lagi untuk menghasilkan kenderaan elektrik itu kelak.

Kemenangan Biden kelak sudah pasti akan mengukuhkan lagi syarikat Nikola kerana Biden menitikberatkan tenaga hijau di Amerika Syarikat.

2. Tesla, Inc

Sumber : Getty Image
Berbalik kepada tema tenaga hijau, Tesla merupakan di antara syarikat yang bakal mendapat manfaat sekiranya Joe Biden memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Salah satu objektif yang dinyatakan oleh beliau adalah menjadikan Amerika Syarikat sebagai peneraju dalam pengeluaran dan penggunaan kenderaan elektrik. Tanpa mengira siapa yang menjadi presiden seterusnya, kita perlu mengikuti saham Tesla dengan teliti.

Tetapi pentadbiran Joe Biden pasti akan mendorong kepada penggunaan kenderaan elektrik yang dapat membantu syarikat Tesla lebih berkembang maju.

3. Teladoc Health

Teladoc Health merupakan syarikat multinasional penyedia perkhidmatan kesihatan secara maya yang berpusat di Amerika Syarikat. Syarikat ini menyediakan akses maya ke portfolio perkhidmatan dan penyelesaian penjagaan kesihatan. Jenama yang digunakan termasuklah Teladoc, Advance Medical, BestDoctors, BetterHelp dan HealthiestYou; menyediakan akses kepada khidmat nasihat dan penyelesaian kepada pelbagai keperluan penjagaan kesihatan.

Teknologi ini membolehkan pengguna menguruskan rekod perubatan elektronik mereka sendiri.

Biden meminta Kerajaan Persekutuan menyokong penggunaan penjagaan kesihatan secara talian di luar bandar Amerika, terutamanya kesihatan mental dan penjagaan khusus. Biden juga melihat tele-perubatan sebagai kunci penting dalam memerangi pandemik Covid-19.

Pada tarikh 3 November 2020, rakyat Amerika akan menentukan siapakah presiden bagi negara tersebut melalui pilihan raya presiden

Jualan Asing Bagi Ekuiti Tempatan Kekal Sederhana Pada RM86 JutaKUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Penjualan asing bagi ek...
01/04/2025

Jualan Asing Bagi Ekuiti Tempatan Kekal Sederhana Pada RM86 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Penjualan asing bagi ekuiti tempatan di Bursa Malaysia dari Isnin hingga Khamis minggu ini kekal sederhana pada RM86.0 juta bersih berbanding RM27.8 juta untuk keseluruhan minggu lepas.

Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata ini menjadikan aliran keluar asing dari Malaysia setakat ini bagi 2020 bernilai RM22.42 bilion.

Dari segi penyertaan, beliau berkata nilai dagangan harian purata (ADTV) selama empat hari yang dijalankan pelabur asing di Bursa Malaysia tetap tinggi iaitu RM1.4 bilion.

“Amat memberangsangkan apabila ADTV pelabur asing kekal di atas paras RM1.0 bilion selama 16 minggu berturut-turut.

“Ini menunjukkan pelabur antarabangsa masih aktif dalam dagangan di Bursa Malaysia walaupun kemelut politik berterusan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi dagangan Isnin hingga Khamis lepas, pelabur asing berdagang secara berhati-hati, dengan keadaan kekal bercampur-campur.

Pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih pada Isnin dan Selasa dan berubah menjadi penjual bersih pada Rabu dan Khamis, katanya.

Adam berkata, Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini dengan baik pada Isnin apabila pelabur antarabangsa membeli RM39.0 juta bersih ekuiti tempatan namun prestasi dagangan bursa turun 11.9 peratus susulan pengambilan untung sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

“Faktor lain yang menyumbang kepada penurunan dalam pasaran tempatan adalah pengumuman mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah oleh kerajaan mulai Isnin untuk membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata dana antarabangsa kekal sebagai pembeli bersih pada Selasa walaupun pada kadar yang lebih perlahan dengan nilai RM10.0 juta bersih.

Kemelut politik tempatan kemudiannya diimbangi oleh laporan bahawa China berjanji akan membeli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia hingga 2021, katanya.

“Justeru, sebahagian besar kaunter perladangan seperti IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong meningkat serta ditutup tinggi pada Selasa,” katanya.

Adam berkata pada dagangan Rabu, pelabur luar pesisir tidak membeli ekuiti Malaysia sebaliknya menjual RM87.0 juta bersih ekuiti dipengaruhi oleh kebuntuan dalam rundingan rangsangan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, penjualan bersih asing merosot kepada RM48.0 juta pada Khamis dengan sentimen terhadap pembuat sarung tangan berubah suram berikutan tindakan Jabatan Buruh AS untuk meletakkan produk getah buatan Malaysia dalam senarai barangan yang didakwa menggunakan buruh kanak-kanak atau paksa.

“Selain itu, ketegangan di antara AS dengan China semakin buruk apabila Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk memasukkan syarikat Ant Group dari China ke dalam senarai hitam perdagangan sebelum syarikat itu merancang untuk dwipenyenaraian iaitu di Shanghai dan Hong Kong,” katanya.

Nilai dagangan harian purata (ADTV) selama empat hari yang dijalankan pelabur asing di Bursa Malaysia tetap tinggi iaitu RM1.4 bilion.

iPhone 12 Bakal Hangatkan Sektor 5GApple merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam industri telefon bimbit. Bahkan, t...
01/04/2025

iPhone 12 Bakal Hangatkan Sektor 5G

Apple merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam industri telefon bimbit. Bahkan, terdapat jutaan peminat jenama Apple sehingga ada yang bangga digelar ‘iFag’. Kini, syarikat Apple Inc. sudah Menjadi Syarikat US Pertama Yang Berjaya Mencapai Market Cap USD2 Trilion!

Kami sendiri teruja menantikan kemunculan iPhone 12 yang baru saja diumumkan. Kebiasaannya produk baharu Apple akan dilengkapi dengan teknologi baharu seperti kemampuan cip peranti prosesor dan juga kemampuan teknologi 5G.

Kemunculan iPhone Pertama dengan Kemampuan 5G
Teruk juga iFag kena hentamdengan peminat setia jenama Samsung apabila Apple lambat dalam mengeluarkan telefon bimbit dengan kemampuan 5G, biarpun iPhone 11 Max dilihat serba canggih.

Tapi, ada apa dengan 5G?

5G Needs More Memory to Compute | EE Times
Sumber Gambar : Micron
5G adalah merupakan komunikasi tanpa wayar generasi ke-5 yang menjanjikan latensi rendah, sambungan yang stabil, keupayaan untuk menyambung lebih banyak peranti pada sesuatu masa, dan memindahkan lebih banyak data pada suatu masa. Banyak Manfaat Serta Kebaikan 5G yang boleh kita kaji namun ianya perlu disokong oleh infrastruktur yang lengkap sebelum peranti seperti telefon bimbit mempunyai kemampuan 5G.

Seperti bina rumah, perlu dimulakan dengan mendirikan tiangnya, bukannya sediakan atap rumah terlebih dahulu. Industri telekomunikasi perlu menyediakan infrastruktur 5G terlebih agar iPhone 12 nanti dapat manfaatkan penggunaan 5G.

iPhone Bantu Promosikan 5G

Tim Cook mewakili Apple Inc untuk pelancaran iPhone 12 baru baru ini
Dengan adanya iPhone 12 dengan kemampuan 5G, secara tidak langsung ianya mengenalkan 5G ke mata dunia. Rata–rata penganalisis menjangkakan iPhone 12 bakal menjadi pencetus kepada sektor 5G seawal tahun 2021. Menurut sumber Bloomberg, Apple Inc. telah meminta pengilang untuk menghasilkan sekurang–kurangnya 75 juta unit iPhone dan setinggi 80 juta unit iPhone berkemampuan 5G dalam tahun ini sahaja!

Biar pun ekonomi dunia belum pulih sepenuhnya kesan pandemik Covid-19 yang melemahkan aktiviti ekonomi serata dunia, namun dengan perkembangan serta permintaan tinggi oleh Apple menandakan suatu pencapaian serta keyakinan luar biasa terhadapan sektor 5G.

Saham Global Berkaitan
Sudah tentu atas permintaan tinggi sektor 5G ini mampu memberikan impak positif kepada syarikat yang berteraskan perniagaan terhadap kemajuan teknologi 5G. Ianya sesuai dijadikan pelaburan jangka masa panjang seiring dengan permintaan global yang semakin tinggi serta tahap kebersediaan infrastruktur bagi sesebuah negara.

Bahkan di Malaysia sendiri, terdapat cubaan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia di Langkawi, Subang Jaya dan Cyberjaya sebagai tanda ianya bakal menjadi keperluan pada masa hadapan.

Lantaran itu, terdapat beberapa syarikat saham global yang boleh kita perhatikan untuk dijadikan syarikat pilihan dalam pelaburan kita.

1. Qualcomm
In Victory for Qualcomm, Appeals Court Throws Out Antitrust Ruling - The New York Times
Qualcomm adalah syarikat yang menghasilkan moden dan prosesor telefon bimbit terbesar di dunia, dijangka menjadi pelopor teknologi 5G. Syarikat ini dijangka akan menambah pendapatan syarikat apabila terdapat ura – ura penggunaan modem Qualcomm sebagai untuk telefon bimbit baharu iPhone kelak. Qualcomm juga yakin dengan menyasarkan permintaan 175 juta sehingga 225 juta telefon bimbit 5G tahun ini.

Tersenarai di papan NASDQ, Qualcomm dilihat membuat kenaikan sihat pasca Global Lockdown dan membuat kenaikan setinggi 40% sejak awal tahun ini pada paras tertinggi sepanjang masa (ATH). Dijangkakan pengenalan iPhone baharu bakal melonjakkan lagi kenaikan dan memecahkan harga tertinggi USD $124.43.

2. Qorvo
LATEST NEWS FROM QORVO
Qorvo p**a merupakan syarikat yang mampu memenuhi permintaan cip 5G dan juga peranti radio frekuensi berkemampuan 5G. Syarikat ini tidak hanya membekalkan permintaan kepada Apple bahkan kepada syarikat penerbangan seperti Boeing Co, syarikat telekomunikasi seperti Motorola Solutions Inc dan juga sektor elektronik seperti Jabil Inc dan Texas Instuments Incorporated.

Juga tersenarai di papan NASDAQ, Qorvo dilihat membuat kenaikan sihat pasca Global Lockdown dan membuat kenaikan setinggi 16.77% sejak awal tahun ini dan juga pada paras tertinggi sepanjang masa (ATH). Dijangkakan lonjakan permintaan sektor 5G baharu bakal memberi impak positif dan memecahkan harga tertinggi USD $137.34.

3. Advanced Micro Devices (AMD)

AMD bukanlah penerima manfaat utama daripada pelancaran iPhone 12, namun AMD telah memulakan langkah dengan melibatkan diri sebagai salah sebuah syarikat yang menerajui data center sebagai persediaan 5G.

Terbaharu, AMD ingin mewujudkan ekosistem terbaik untuk data center di India yang menempatkan infrastruktur pemprosesan data seperti AR dan VR yang memerlukan prosesor berprestasi tinggi yang boleh didapati dengan produknya Ryzen dengan solusi AMD EPYC.

Tersenarai di papan NASDAQ, AMD memiliki modal pasaran sebanyak USD $97.65 bilion. Ia dilihat membuat kenaikan lebih 90% sejak awal tahun ini. Harganya p**a menghampiri harga paras tertinggi (ATH) iaitu USD $94.28.

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

iPhone 12 dengan kemampuan 5G, secara tidak langsung mengenalkan 5G ke mata dunia, syarikat mana yang bakal kena tempiasnya?

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Goal Finance posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Goal Finance:

Share