04/10/2025
SABAH GAMES (SAGA) TAWAU 2025
Ramai rakan - rakan yang dalam pas**an SAGA dari daerah sendiri dan juga daerah lain menghubungi dan bertanyakan tentang peruntukan atau subsidi s**an yang diberi kepada setiap pas**an untuk ke SAGA Tawau 2025. Mereka sangat kecewa dan terpaksa berhadapan dengan pencarian dana saat - saat akhir yang sudah tentunya akan menyukarkan setiap pas**an.
Sebagai orang muda dan sentiasa menjadi pengurus serta pengiring sebuah pas**an s**an di daerah Keningau, saya turut rasa kecewa dengan peruntukan yang diberi kepada setiap pas**an kerana jumlah yang diberikan sangat tidak berbaloi untuk menampung perbelanjaan pas**an ke SAGA Tawau. Tambahan p**a, kesemua pas**an diberi subsidi tersebut seminggu sebelum bergerak ke Tawau. Bagaimana pas**an - pas**an yang bertanding hendak mencari penaja saat - saat akhir?
Walaupun begitu, setiap pas**an terpaksa meneruskan perjalanan ke Tawau kerana telah berlatih sejak beberapa bulan yang lalu tanpa sebarang tanggungan kos daripada KBS sepanjang latihan persediaan sebelum ke SAGA. Sebagai seorang yang minat dalam s**an, saya yakin bahawa setiap jurulatih dan pengurus pas**an melakukan latihan pusat atau latihan persediaan ini bukannya dibuat secara s**a - s**a tetapi ia merupakan persediaan bagi setiap pas**an untuk bertanding secara kompetetif semasa berada di kejohanan kelak.
Persediaan setiap atlit merupakan sesuatu yang amat penting sekali. Jika tidak, mengapa KBS perlu adakan SAGA bukan? SAGA merupakan salah satu proses dalam pemilihan atlit seterusnya mewakili negeri ke SUKMA pada tahun hadapan. Tetapi persediaan ini memerlukan kewangan yang cukup bagi menjaga kebajikan setiap atlit.
Bagaimanakah setiap daerah dapat melahirkan atlit - atlit yang berkualiti ke SAGA kelak sekiranya kebajikan mereka sahaja tidak dijaga? Kebajikan adalah asasnya!!!
Kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, sebaiknya pihak KBS perlu mengadakan satu mesyuarat kilat untuk mengkaji dalam membuat sebarang pertambahan bajet kepada setiap pas**an yang bertanding. Bajet yang disediakan itu sangat jauh daripada anggaran realiti dan anggaran KBS!! Bagaimana pas**an - pas**an yang bertanding hendak mencari dana di saat - saat akhir? Mungkin perkara ini dapat diatasi dengan baik sekiranya peruntukan diberikan awal 2 bulan daripada tarikh kejohanan.
Berikut merupakan kos perbelanjaan secara realiti dan perbandingan dalam gambar yang paling minimum:
1. Kos Pengangkutan : RM2400 Pergi dan Balik, caj tambahan RM100 satu hari & penghantaran ke tempat kejohanan. Jika 5 hari maka RM500. Total RM2900. Minimum 12 orang dan kontinjen yg melebihi 12 hendaklah menyewa van tambahan. Total RM2900 x 3 = RM8700
2. Kos Penginapan : RM250 x 5 malam = RM1250. Bagi mereka yang tempah awal. Yang tempat lewat akan dapat rumah dalam lingkungan RM450 dan keatas. Untuk kump**an lelaki perempuan, RM1250 x 2 = RM2500
3. Kos Makan : RM30 x 1 kepala. RM30 x - 6 hari = RM180. Tidak termasuk makanan tambahan yang diperlukan semasa kejohanan. Jika 32 kepala total adalah RM5760
4. Kos Perubatan : RM250 x 2 pas**an = RM500
5. Kos insuran pemain : RM15 satu kepala x 26 pemain = RM390
6. Kos air minuman : RM10 x 4 karton sehari x 5 hari x 2 pas**an = RM400
7. Kos luar jangka : RM0
Total : RM17,290.00
Kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin. Sebagai seorang bekas atlit, YB Datuk semestinya memahami setiap hati nurani setiap pengurus pas**an dan atlit - atlit. Kebajikan merupakan asas yang paling penting dalam menghantar pas**an ke sesuatu pertandingan. Diharapkan agar YB Datuk dapat mempertimbangkan peruntukan ini agar ditambah sekaligus membantu setiap pas**an pada SAGA Tawau 2025 minggu hadapan.
Akhir Sekali, luahan hati ini bukannya untuk menjadi hero namun untuk menyuarakan pandangan ramai pihak. Bagaimana peruntukan SAGA 2023 lebih besar berbanding SAGA tahun ini yang dikurangkan 40%. Oleh itu, saya memohon agar setiap pas**an akan menyokong antara sesama dalam menuntut penambahan peruntukan ini agar kebajikan para atlit tidak akan terjejas dan setiap pas**an dapat melahirkan atlit - atlit yang berkualiti!!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
ANAK MUDA SABAH
NC ONEAL VENEDDEY VENCENT