06/07/2026
Hari ini hari paling seram bagi guru-guru di sekolah.
Kenapa “boleh” begitu seram?
Bukan “sebab boleh dik”, tapi hari ni “6 🫴🏻 7 🫴🏻!”
(06/07/2026)
Zaman sudah berubah, dulu kita bermula dengan menilai murid menggunakan sistem merit demerit.
Kini, murid seakan-akan lebih tertarik dengan sistem Sigma Boy, sikap positif dapat “+1000 aura” dan sikap negatif “-1000 aura”.
Kalau guru BM p**a takut menulis frasa “burung berkicauan”, nanti semua jurus “Kicau Mania” murid akan keluar.
Persoalannya, dari mana sebenarnya gelombang ini datang?
Jawapan saya: Media Sosial
Pada tahun 2021, saya memulakan inisiatif dengan memanfaatkan media sosial sebagai tempat penyebaran ilmu secara tidak formal.
Bukan kerana menentang konsep pembelajaran secara formal di bilik darjah tapi sebagai salah satu pendekatan tambahan yang diusahakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa Kadazandusun (BKD). Murid paling dipengaruhi dengan lingkungan masyarakat yang terdekat.
Jauh berbeza dengan bahasa terkemuka yang lain (contoh; BM, BI), BKD mempunyai cabarannya tersendiri.
Pernah saya ditanya oleh seorang murid “mongingia’, kalau saya pandai BKD, apalah saya boleh jadi?”
Soalan yang ringkas tapi terlalu “sigma”. Murid 10 tahun masih belum faham apa itu “memartabatkan bahasa” dan “meneruskan khazanah warisan nenek moyang”.
Sampai sekarang saya masih berusaha untuk buktikan kepada murid bahawa pengetahuan BKD mempunyai masa depan seperti penguasaan bahasa yang lain. Namun, semuanya perlu bermula dari titik permulaan; menguasai bahasa itu sendiri (Kadazandusun).
Salah satu usaha saya adalah program “Learn Kadazandusun through vlogs” di platform Cikgu Lenz melalui Tik Tok dan facebook.
[ Mewujudkan gelombang vlog bahasa menggunakan bahasa ibunda di media sosial ]
Tahun ini saya layan hobi saya dengan “preserving the Kadazandusun Traditional Fern Beehive”. Mengekalkan tradisi dan pembotolan madu dengan branding menggunakan “Kadazandusun Words”.
Konsepnya masih sama, kita mahu berlakunya “bridging” antara generasi muda dengan bahasa warisan ini.
Ada juga yang pernah bertanya “mongingia’, kenapa tidak cakap full Kadazandusun di media sosial?”
Jawapan saya mudah, kalau saya cakap full Kadazandusun, target audience saya cuma tertumpu kepada mereka yang fasih berbahasa BKD, sedangkan objektif utama lebih kepada mereka yang baru belajar BKD dan untuk mempromosikan bahasa warisan ini secara umum.
Selain itu, bahasa ibunda juga perlu “bridging” dengan kemajuan terkini. Maju, bukan bermakna meninggalkan tradisi tapi membawa bersama keaslian itu ke hadapan seiring kemajuan terkini.
Mau atau tidak mau, kita perlu terima yang bahasa ini bersifat progresif. Pembelajaran abad ke-21 bukan terhad di dalam kelas tapi dengan pendekatan secara lansung melalui input murid kita di luar bilik darjah.
Usaha ini bukan perjalanan solo. Semoga lebih banyak rakan pendidik yang mengambil peranan untuk memajukan pembelajaran bahasa ibunda.
Agree to disagree. Padang sama, lain belalang.
Nota kecil: gigi merah bukan sebab moginggat tapi begitulah kononnya aura “Sigma Boy”.