18/07/2025
Kadang-kadang saya dapat soalan begini.. musim apa yang paling sesuai melawat ke Switzerland. Bagi saya, setiap musim ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Terp**ang dengan pilihan masing-masing. Sini saya cuba bagi sedikit tips berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Musim salji (winter Dec- Feb)
Bagi saya musim winter ini sesuai untuk mereka yang s**a outdoor activities seperti skiing, snowboarding, snowshoeing etc. Tapi masa siang lebih pendek jadi activities sangat terhad. Banyak tempat yang tutup juga kecuali ski area. Tapi kebaikan musim winter, kamu boleh experience Christmas vibes, Christmas market dan boleh main snow juga. Train ride paling cantik cuba Glacier Express dan Bernina Express. Kalau musim winter memang magical.
Musim bunga (spring Mac-Mei)
Musim ini sangat sesuai melawat Switzerland. Masa ni lah semua hidupan nampak hidup. Bunga-bungaan yang cantik dan temperature pun bagus. Kami paling s**a hiking musim ni sebab cuaca yang sedang-sedang. Tidak sejuk sangat dan tidak panas sangat. Tapi, musim spring juga terkenal dengan musim hujan. Jadi kalau mau melawat Switzerland musim spring kena bawa baju hujan dan waterproof shoes. Pro tip, rate paling murah di Switzerland ialah bulan Mei. Ini off peak season atau ada yang panggil shoulder month.
Musim panas (summer June-Ogos)
Musim panas antara musim yang paling sibuk di Switzerland. Kebanyakan orang Swiss ambil cuti panjang musim ni. Diorang s**a buat outdoor activities especially bulan June sebab temperature yang masih kurang panas. Bulan July dan Ogos tu sangat panas kadang-kadang boleh sampai 38Β°C. Lebih panas dari Malaysia. Di sini tiada aircond sebab pasang aircond tu satu pembaziran. Musim panas kan pendek. Tips, bawa kipas mini kamu.
Musim luruh (autumn Sept-Nov)
Ini favourite season saya. Bagi saya musim luruh ni sangat romantic. Warna daun-daun yang kuning keemasan, merah dan hijau dengan background langit yang biru. Sangat cantik. Kami juga s**a hiking musim ini sebab temperature yang tidak panas dan tidak sejuk sangat. Tapi musim luruh juga terkenal dengan musim hujan. Jadi kalo datang musim luruh kena bawa baju hujan. Pro tip, off peak season ialah bulan September jadi rate bulan ni ada murah sikit.
So far ini saja sharing saya. Nanti saya edit kalau ada tambahan.