FZ Fishing Studio

FZ Fishing Studio Go fishing, have fun, enjoy the moment... yeahhh

05/11/2025

Saya ini mmg penggemar game ultralight dan finesse fishing. Cuma pilihan softplastic dan juga rigging utk kedua² game ini masih minima. Oleh itu saya cuba utk membawa anda mencuba rigging yg menggunakan Navis Super Snap + Navis Cheb Head + Navis Weedless Hook #8 dan softplastic GEMUK 4.2cm. Semuanya dari FZ Fishing. Makin b*k rencah dalam game ini, makin luarbiasa keseronokannya. Setup saya adalah spt di bawah:

Setup
Reel: EXP Leggera
Mainline: Dual Ultimate X4 10lb
Leader: Mystery 100% FC 16lb
Rod: Mystery Army 2 4-10lb
Navis Super Snap
Navis Cheb Head
Navis Weedless Hook
Lure: GEMUK soft plastic 4.2cm

Utk walk in, waze / google map:
🚶‍♂FZ Fishing Studio, Arked Sri Bengkulu, Sg. Choh, Rawang. Selangor

Online:
🌐 https://fzfishing.com
🌐 https://shopee.com.my/imbhotep1

Waktu operasi kedai
🕰 Sabtu - Khamis 2pm - 11pm
🕰 Jumaat 3.30pm - 11pm
🎣 Ahad - Cuti

Ini trip fishing and camping di spot rahsia solex x boleh bgtau sesape nnt mak marah 😂. Mase ni saya x boleh tidur. Saya...
23/10/2025

Ini trip fishing and camping di spot rahsia solex x boleh bgtau sesape nnt mak marah 😂. Mase ni saya x boleh tidur. Saya pun try la casting mlm. Mana la tau kot ada ikan sambar dan kalau x sambar, harapannya saya mengantuk la lps tu.

Sedang saya asyik casting dlm sejuk mlm angin sepoi² bahasa burung hantu berkicauan cengkerik berpesta fun fair, tiba² bulu tengkuk saya meremang. Ehh, apa benda p**a ni. Kawan² dlm khemah dah tak keruan. Mcm monyet pun ada. Mrk tunjuk ke arah pokok besar di seberang sungai.

Saya masih x faham. Slps bbrp kali kawan² duk tunjuk ke arah pokok, saya pun mengalihkan pandangan. Nohhh, ada makcik kat atas pokok tu. Rasa nk terkucil pun ada sbb terkejut.

Saya beranikan diri utk bertanya. Makcik buat apa atas tu? Dia jawab, ptg tadi makcik cari pucuk paku. Pastu ada b@b!. Makcik pun xtau mcm mana makcik boleh panjat dan ada atas ni. Boleh x tlg makcik. Makcik nk turun. Lama sgt dah kat atas ni. Nk balik masak sambal nasik lemak utk meniaga esok.

Kami pun ramai² tlglah turunkan makcik tu. Sekian ceritanya 😂

BTW, SKB akan bakal ke udara semula x lama lagi ya. Maaflah x sempat nk buat laju² utk siri ni. Keparahan ekonomi.

20/10/2025

Ada ka depa kata strike saya selama ni hanya sekadar edit. Kuajaq sungguh. Nah ni strike mama on Navis dan soft plastic GEMUK 4.2cm. Setup saya spt di bawah:

Reel: EXP Leggera
Mainline: DUAL X4 Ultimate 25lb dari
Leader: Mystery 100% FC 16lb
Rod: Mystery Arrogant 5 piece travel rod PE1
Navis Super Snap #0
Navis Cheb Head 3g
Navis Weedless Hook #8
Lure: Soft plastic GEMUK 4.2cm

Saya live di tiktok masa ni. Sekang mana gift tiktok universe saya?

Saya mula bergelumang dgn penghasilan content dlm industri memancing secara sepenuh masa bermula pada thn 2019. Ia bermu...
18/10/2025

Saya mula bergelumang dgn penghasilan content dlm industri memancing secara sepenuh masa bermula pada thn 2019. Ia bermula dari youtube channel yg mula memuatkan content² mancing bermula thn 2017. 2017 dan 2018 ada la sikit² video yg dpt saya kongsikan krn pada waktu tersebut saya sibuk dgn kerja hakiki.

2019 - full time. Mencabar? Sudah pasti. Jika semua kerja senang dlm dunia ni, saya percaya kita tdk akan mempunyai masalah fakir miskin. Content² saya lebih fokus kpd game jigging dan bottom drift utk segmen salt water dan game UL dan Finesse casting utk segmen fresh water.

Saya mula berkarya dgn menawarkan apa yg saya s**a buat. Ini krn dlm industri memancing ni, cabangnya agak besar. Perlu ada titik fokus. Jadi saya meminati game jigging dan casting. Itulah yg saya hamparkan.

Apa yg saya perhatikan, terdapat perubahan pada landskap industri ini. Sblm pandemik, para penonton hanya ingin melihat strike (majoriti). Slps pandemik, saya dpt lihat ramai yg mula mencari ilmu memancing yg bersesuaian dgn game yg mrk minati. Ini perkembangan yg bagus.

Tetapi jgn lupa, dalam kita mengejar ilmu ini, adab itu penting. Jika hanya berilmu tanpa adab, iblis itu lebih tinggi ilmunya. Jadi utk memenuhi ruang ilmu ini, saya di kedai FZ Fishing Studio mmg kerap berkongsi ilmu dan pengalaman dgn siapa shj yg menginginkannya. Yg penting beradab.

Saya juga turut meraikan kelainan pendapat. Krn walaupun saya mempunyai ilmu dlm bidang yg saya minati ini, tdk semestinya ia merangkumi segalanya. Belajarlah setinggi mana pun - ilmu tdk akan habis. Let's make fishing great again.

P/S: gambar ni adalah student paling bebal sekali. 10 kali sekejap temper. Kene ada kesabaran yg tinggi hadap dia ni. Menekan-nekan. Kalau dia berangin, sekali lompat dah sampai benua Eropah dari KL ni. Kene terangkan elok² sbb dia blom bayar yuran 😂😂😂

https://youtu.be/XV-us20KscsFZ Fishing Studio kini telah melancarkan satu sub-jenama iaitu GEMUK selain sub-jenama NAVIS...
17/10/2025

https://youtu.be/XV-us20Kscs
FZ Fishing Studio kini telah melancarkan satu sub-jenama iaitu GEMUK selain sub-jenama NAVIS sedia ada. Mmg gabungan yg lengkap dari Navis Super Snap, Navis Cheb Head, Navis Weedless Hook dan kini Soft Plastic GEMUK dgn panjang 4.2cm dan didatangkan dlm 7 warna. Dlm setiap pek, anda akan mendapat setiap warna serba satu (multicolour).

Sementara itu, satu lagi jenama iaitu MYSTERY FRESH & OCEAN juga telah melancarkan Major Bait bersaiz 6cm bagi penambahan kpd siri sedia ada sblm ini iaitu Major Bait 8cm. Mmg meriah industri soft plastic kita.

Bagi saya, sbg seorg pemancing, lebih b*k brand di luar sana, makanya kita sebagai pemancing akan mempunyai lebih b*k pilihan. Jom - Lets make fishing great again.

Link utk pembelian ada dlm video ya gaisss. Features baru di Youtube dimana saya boleh linkkan dgn shopee saya. Jgn lupa utk like, follow, share dan subscribe ya. Terima kasih

Selalu org mancing di tiang jambatan. Saya dah bosan dah dgn tiang² jambatan ni. Kita try p**a tiang elektrik. Bekal jgn...
17/10/2025

Selalu org mancing di tiang jambatan. Saya dah bosan dah dgn tiang² jambatan ni. Kita try p**a tiang elektrik. Bekal jgn lupa. Sbb bila dah sampai atas ni, jika lapar dan x bawa bekal, cungap la awak nk naik turun naik turun. Masa ni trip 24 jam.

Scene mmg padu gaisss. Suasano. Boleh nampak semua la kat atas ni. Kenderaan langgar lampu merah. BF GF gaduh tepi jln. Org berjalan balik keje sambil ngadap hp sampai terlanggar tiang. Yg keluar awal dari pejabat gi ngulo. Bermacam ragam, bermacam peel. Saya pacak je atas ni sambil makan dan sambil tunggu ikan makan. Nyaman. Angin sepoi² bahasa.

Utk buang air baik yg kecil atau yg besar, korg rasa cemana?

Saya masih ingat lagi thn 1986, saya menjejakkan kaki ke darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2, Teluk Intan, Per...
16/10/2025

Saya masih ingat lagi thn 1986, saya menjejakkan kaki ke darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2, Teluk Intan, Perak. Saya ni anak polis. Bapak saya hantar saya ke sekolah 1st day dgn pakaian seragamnya. Point 1 - zaman ni rata² kami cukup x s**a kalau mak atau bapak dtg sekolah. Mcm cacing kepananasan baq hang selagi mak ngan bapak x balik.

Saya masih ingat lagi, bapak saya dtg bawak besit (besit ni perbuatan. Membesit menggunakan rotan. Saya sbg seorg budak waktu itu, saya panggil besit). Dlm hati saya, bapak aku nk buat apa dgn besit ni? Nk besit aku kat tapak perhimpunan ke? Masa turun kereta, jln belakang bapak saya, mmg x senang duduk. Jalan x kene, berhenti x kene, duduk x kene, berdiri x kene - serba-serbi x kene.

Sampai depan pintu kelas, cikgu kelas dah tunggu dlm bilik darjah. Bapak saya bawa saya, intro kat cikgu, cikgu cek nama dan mengesahkan bahawa saya berada di kelas yg betul. Lps tu mrk pun sembang² la sekejap. Sblm akhir kata, bapak saya bawa keluar besit. Besit ni jenis halus. Kat rumah saya masa tu, koleksi besit ni dr yg halus sampailah yg diameter 3cm. Dlm b*k² rotan atau besit tu, sy paling cukup x gemar yg halus ni. Rasa pedih dia menikam. Bisa dia lama baru hilang. Birat dia usah dikenang.

Bapak saya bagilah besit tu kat cikgu. Bapak saya cakap:

Cikgu, ni amanah saya kpd cikgu. Anak ni mmg biasa saya rotan kalau dia jahat kat rumah. Jadi saya harap cikgu buat benda yg sama pada anak ini kalau dia jahat kat sekolah. Ini kebenaran yg saya bagi kat cikgu. Saya serahkan amanah saya berupa anak dan rotan ini. Saya harap cikgu dapat didik dia supaya menjadi manusia berguna.

Bapak saya pun hulur tangan utk saya salam, kemudian beliau berlalu pergi. Saya terkebil² mcm ayam berak kapur. Aduh, kat umah kene bantai, kat sekolah ni pun nnt kene bantai juga. Nasib badan. Dan berlangsunglah kehidupan saya sbg pelajar darjah 1 yg bila ada silap melampaui batas, cikgu akan besit ja. Nasib baik cikgu kelas saya perempuan. Empatinya lebih. Cikgu disiplin kami lelaki. Bbrp kali juga saya makan penampar dia. Waktu tu, ada masa yg mmg saya sendiri nakal, dan ada masa yg saya kene ranjau dgn kawan² 😂.

Tapi, balik ja rumah, kami x bgtau kat mak bapak kalau kene besit ke, kene penampar ke, kene hempuk dgn btg penyapu ke, kene hempuk atas jari ngan pembaris panjang kayu atau kene libas tgh belakang dgn bulu ayam. Kalau saya report kat mak atau bapak, percayalah, hukuman akan bersambung p**a di rumah dan itu lagi dahsyat. Hang kene, hang duk diam². Itu pegangan hidup kebanyakan kami pada waktu itu.

Sampai sekarang saya sbg anak kecil dulu yg kini dah besar, saya buat spt apa yg bapak saya buat. Saya bg lampu hijau kpd guru utk menghukum anak saya sekiranya dia nakal. Bukan apa, bila dah tua ni, saya cukup terima kasih kat mak dgn bapak saya sbb pukul (dgn niat mendidik) saya dulu. Sekiranya tdk, mungkin saya x jadi manusia spt hari ini.

Jadi dgn apa yg berlaku hari ini, saya rasa sedikit sedih. Ibubapa perlu main peranan di rumah dan guru main peranan di sekolah. Jgn terlampau hak asasi sgt pada pandangan saya. Kembalikan hak guru utk mendidik spt sepatutnya.

Gambar sekadar hiasan. Melampiaskan bgmn mak, bapak dan para cikgu dlm usaha mrk mendidik saya. Lari x cukup tanah. Bila balik hang ingat selamat? Kena jugak.

Luar konteks - Utk kawan² mancing yg rapat dgn saya, tlg ya. Jgn jual nama saya kat isteri anda bila anda nk keluar mancing atau pun nk gi tempat lain tp bg alasan keluar mancing dgn saya. Perkara ini menyusahkan saya disamping memburukkan imej saya sbg seorg pemancing yg handal dan ensem ini. Last warning ya 😂

Gambar nukilan drpd Hassan Othman aka Tok Bean

Hidup sekarang ni keras mat. Ni salah seorg sahabat angler saya - Ali Hunter. Dia bgtau sekarang ni, memancing, buat con...
15/10/2025

Hidup sekarang ni keras mat. Ni salah seorg sahabat angler saya - Ali Hunter. Dia bgtau sekarang ni, memancing, buat content memancing dan menjual hasil tangkapan yg berjaya dipancing sudah tdk cukup utk menampung perbelanjaan harian.

Jadi, beliau telah membuat keputusan utk menambah satu lagi portfolio baru demi kelangsungan hidup dan kehidupan yg lebih baik dan cemerlang. Dia x guna brg² merepek. Lps habis dijampi, kuih-muih dan buah²an tu korg boleh makan sesama.

Jadi jika ada antara anda yg ingin mendapatkan perkhidmatan beliau demi x kumpau, korg DM dia dekat page dia yg saya tag kat atas tu.

Let's make fishing great again - Ali Hunter

Picture credit to Hassan Othman aka Tok Bean

Ini adalah haruan. Dan saya mmg cukup s**a casting ikan bulat ni. Ada juga yg cakap pada saya:Awak main ruan ke? Eeewww ...
29/09/2025

Ini adalah haruan. Dan saya mmg cukup s**a casting ikan bulat ni. Ada juga yg cakap pada saya:

Awak main ruan ke? Eeewww ikan busok
Eewww ruan, jijiks
Saya xleh mancing haruan ni, kalau kene tangan saya nnt berkudis
Dan b*k lagi...

Respon saya hanya satu - selalu saya renyih je sambil tengok muka manusia sebegini. Saya tak nak buang masa lama dgn org sebegini. Buang masa, tenaga dan kehenseman saya shj.

Prinsip saya mudah. Saya tdk pernah buat sesuatu hanya semata² utk puaskan hati org lain, utk dapat pujian dari org lain atau utk dpt like berjuta² lemon.

Saya buat sbb saya s**a. Saya buat sbb saya terhibur. Saya buat sbb saya yg bahagia. Dan dlm proses saya berkarya ini, andai ada yg s**a, saya ucap terima kasih dan Alhamdulillah. Saya lebih s**a menjadi diri saya sendiri daripada saya mencipta karakter dan menjadi org lain.

Dan saya juga x perlu utk menjadi musuh dgn org lain semata² utk menjadi saya dlm versi yg lebih baik. Saya hari ini hanya perlu bersaing dgn saya yg semlm utk menjadi saya yg lebih baik. Inilah kitaran hidup saya. Cuba utk jadi lebih baik dari saya yg semlm. Itu pun kadang saya yg hari ini kalah dgn saya yg semlm.

Dan setup saya utk haruan mama ini adalah:

Reel: EXP Leggera
Mainline: Dual Ultimate 4X 10lb
Leader: Mystery 100% FC 16lb
Rod: Mystery Army 2 4-10lb
Navis Super Snap #0
Navis Cheb Head 3g
Navis Weedless Hook #6
Lure: Mystery Elite soft plastic 5.5cm

Dan kalau korg belum tengok video haruan mama ni, korg boleh ke https://youtu.be/cbv7IputEOw

Utk walk in, waze / google map:
🚶‍♂FZ Fishing Studio, Arked Sri Bengkulu, Sg. Choh, Rawang. Selangor

Online:
🌐 https://fzfishing.com

Waktu operasi kedai
🕰 Sabtu - Khamis 2pm - 11pm
🕰 Jumaat 3.30pm - 11pm
🎣 Ahad - Cuti

https://youtu.be/cbv7IputEOwUtk video kali ini saya kembali ke game fresh water dan spt biasa saya akan mencari ikan fav...
26/09/2025

https://youtu.be/cbv7IputEOw

Utk video kali ini saya kembali ke game fresh water dan spt biasa saya akan mencari ikan favourite saya iaitu Haruan. Mmg layan. Setup saya spt di bawah:

Reel: EXP Leggera
Mainline: Dual Ultimate X4 10lb
Leader: Mystery 100% FC 16lb
Rod: Army 2 4-10lb
Navis Super snap
Navis Cheb Head
Navis Weedless Hook
Lure: Mystery Elite Soft Plastic

Utk walk in anda boleh waze/google :
🚶‍♂FZ Fishing Studio, Arked Sri Bengkulu, Sg. Choh, Rawang. Selangor

Utk beli online :
🌐 https://fzfishing.com

Waktu operasi kedai
🕰 Sabtu - Khamis 2pm - 11pm
🕰 Jumaat 3.30pm - 11pm
🎣 Ahad - Cuti

Bismillah... Ada la sedikit ole² keluaran terbaru dari FZ Fishing. Satu soft plastic bernama GEMUK. Cerita seterusnya, k...
24/09/2025

Bismillah...

Ada la sedikit ole² keluaran terbaru dari FZ Fishing. Satu soft plastic bernama GEMUK. Cerita seterusnya, korg baca kat dlm gambar ya.

Maaf sudah hampir seminggu tiada postingan dr saya. Bukan apa. Saya tumpo. Bahang demam. Nnt ok sikit nnt saya akan shar...
21/09/2025

Maaf sudah hampir seminggu tiada postingan dr saya. Bukan apa. Saya tumpo. Bahang demam. Nnt ok sikit nnt saya akan share perkembangan terkini ya. Ada benda best yg saya nk kongsikan dgn anda semua ni. Tp sekang ni saya sambung tumpo dulu. Doakan saya cepat sembuh ya.

Address

Rawang

Opening Hours

Monday 14:00 - 21:00
Tuesday 14:00 - 21:00
Wednesday 14:00 - 21:00
Thursday 14:00 - 21:00
Friday 15:30 - 21:00
Saturday 14:00 - 21:00
Sunday 14:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FZ Fishing Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FZ Fishing Studio:

Share